Senin, 25 Februari 2013

[NOVEL] : DIRIMU SATU BAB 16

Assalamualaikum u oll..

Ni sambungan Dirimu satu.Maaflah lambat update di blog memandangkan kesibukan melanda diri ini.Hhehehe.Selamat membaca...



NotaKecik  : Perempuan yang cantik kat atas ni nama dia shaznida merupakan salah sorang model Radiusite.Comelkan dia.Inilah Amani dan juga Syed Rafique  dalam imaginasi Ayra Zahra .Hehehhe.




BAB 16




CUTI semester sudah pun berakhir,esok pagi aku akan berangkat ke rumah sewa aku yang terletak di area Shah Alam ni juga.Rumah sewa kami terletak di seksyen 7 Shah Alam .Rumah sewa kitaorang ni apartment la kiranya.Biasalah hidup sebagai pelajar begini la gamaknya bila tiba masa kenalah duduk luarkan.Apa pun cari rumah yang berdekatan dengan kampus senang nak ulang alik.

“Adik dah kemas belum barang-barang yang nak bawa ke rumah sewa esok?” Soal ibu aku sewaktu aku sedang melipat telekung.Di kala itu aku baru saja selesai menunaikan solat isyak di bilik.Malam ni aku tak ikut abah solat berjemaah memandangkan aku terlambat tadi gara-gara keluar merayap dengan Maya.Sejak Alia balik kampung aku banyak lepak dengan Maya.Kalau dulu memang taklah kan.Aku dengan Maya ibarat langit dengan bumi dulu tapi kini dah kamcing .Alhamdulilah aku gembira melihat Maya sekarang.Jauh beza dengan Maya yang dulu.

“Sekejap lagi adik sambung mengemas.”Balas aku sambil melemparkan sebuah senyuman manis kepada ibu aku.

“Jangan tangguh-tangguh , nanti ada pula barang yang tertinggal.Susah pula nak ulang alik balik ambil.” Ujar ibuku lagi sambil melabuhkan punggungnya ke  katil aku.

“Ibu esok , ibu ikut sekali la eh ke rumah sewa adik.” Tingkah aku lagi sambil memanjat katil lalu merebahkan kepala aku ke riba ibuku.

“Mestilah ibu ikut.Ibu nak juga tengok rumah sewa adik tu.Duduk rumah sewa ni kena hati-hati sikit  tau.Jangan cuai sangat tahu.” Ibu aku sudah memberi nasihat.

“Eh abang pun nak ikut sekali juga esok.Mana tahu ada awek-awek cun ke boleh abang skodeng.” Kedengaran suara abang aku  yang tetiba saja muncul di muka pintu bilik aku.
“Sibuk je la abang ni.Ibu tengok abang ni ada ke patut nak skodeng awek, tak sedar gamaknya diri dia tu dah jadi tunang orang.Ibu patutnya kan hari tu kita kahwinkan terus je abang dengan Kak Sya tu.” Tingkah aku lalu bangun dari riba ibuku.

“Kamu berdua ni pantang berjumpa mula la nak bertekak.”
“Ibu  .. adik yang mula dulu.Salahkan dia.Kalau ibu nak suruh abang sekehkan kepala dia boleh je ibu.” Acah abang aku sambil mengangkat tangan membuat gaya ala-ala nak menyekeh kepala aku.Ewah sesedap rasa je.

“Ibu tengok abang dulu yang mulakan tadi.Dah ada tunang ada hati nak ushar awek.” Aku mencebik bibir pada abang aku.

“Ala relax ar.Lelaki ada empat koata kot kan ibu.” Tingkah abang Amar aku sambil tersengih.

“Tengok ibu ada hati nak pasang empat.Sorang pon tak terjaga inikan pula empat.” Tambah aku lagi.

“Betul lelaki ada empat koata .Abah sekarang masih kosong tiga tempat lagi.” Kedengaran abah aku pula muncul di depan pintu bilik aku.Semua mata terarah pada abah aku.

“Amboi bang ada hati juga ke nak tambah koata ni?” Ibu aku sudah menjawab
“Eh kalau awak izinkan apa salahnya kan.” Usik abah aku sambil  tersenyum.

“Abang jangan, nanti ada juga orang tu tidur luar malam ni.” Tu dia ibu aku sudah bagi amaran tu.Aku memandang abang aku lalu menjungkit bahu.

“Hai Pah, sampai hati awak nak  bagi abang tidur luar ye.?” Tingkah abah aku lalu duduk di kerusi yang di tariknya dari meja solek .Aku melihat ibu aku sudah masam mencuka.
“Abang, adik nampak gayanya macam nak hujan je malam ni.” Usik abah aku lagi.Terus mata aku memandang ke muka ibu aku.

“Ibu sedih ke?Ala ibu abah main-main je la ibu.Abahkan sayang ibu.” Ujar aku memujuk ibu aku.

“Ayooo abah ..abang tak tahu nak pujuk.Abah la yang kena pujuk ibu ni.” Usik abang aku pula.

“Ish korang berdua ni mula la kan nak kenakan ibu, nanti ibu cubit baru tahu.” Ugut ibu aku dengan membuat gaya muka geram untuk mencubit  aku dengan abang aku.Selepas itu serentak kami semua ketawa.Haiii romatiknya ibu dengan abah aku ni.Aku terus tersenyum.

“Haaa yang adik tersenyum sorang-sorang ni dah kenapa?Teringat dekat Rafique ke?” Soal abang Amar dengan tiba-tiba.

“Hah Rafique?Apa kaitannya?” Soal aku kembali pada abang Amar lalu berkerut dahi.
“Manalah tahu kot-kot teringat dekat Rafique ke?” Abang Amar sudah tersengih penuh makna.

“Tak ada maknanya.” balas aku lagi.
“Siapa Rafique?” Ibu aku pula yang menyoal.

“Ala ibu , Rafique kawan abang masa sekolah .Masa abang tunang hari tu abang ada jemput dia.Adik dengan Rafique ni memang suka cari gaduh.” Ujar abang Amar.Cis dia kenakan aku .

“Ibu jangan percaya.Abang tipu.” Tingkah aku sambil menghadiahkan satu cubitan di lengan abang aku.Padan muka !.

“Rafique tu abah tengok baik budaknya.” Abah aku pula menambah.
“Abah….” tingkah aku.

“La kenapa pula.Betullah abah cakap.” Ujar abah aku lagi.
“Haa dik abah dah bagi green light dah tu.Sesuai tuk di jadikan calon menantu kan abah.” Abang Amar sudah tersenyum pada abah.Korang percaya tak kalau aku cakap abah aku boleh anggukan kepala tanda setuju dengan kata-kata abang aku.Pelik betul.Sejak bila abah berkompromi dengan abang Amar ni.Musykil aku.

 “Ibu tengok abang ni..” Aku mengadu pada ibu aku pula.
“Betullah tu apa yang abah cakap.” Tingkah ibu pula sambil tersenyum penuh makna tersirat.

“Mana aci ni tiga lawan satu.” Aku tidak puas hati ni.Sejak bila mereka bertiga saling  menyokong dan cuba mengenakan aku.

“Sorry lah dik aci tak ada dekat sinilah.” Tingkah aku sambil tergelak.Lalu aku baling dia dengan bantal.Geramnya suka sangat menyakat aku.Memang satu kepala dengan si Rafique yang perasan tu.

“AMANI..” aku berpaling ke belakang.
“Haa Alia dah sampai pun kau.Rindunya aku dekat kau tahu.”Ujar aku sewaktu Alia memeluk aku.

“Sorry lah aku terlambat sikit.Maya dah sampai ke?” Soal Alia pula sambil melepaskan pelukan.

“Belum lagi.Sekejap lagi dia sampailah.Kau ni mentang-mentanglah cuti sem kemain lagi lupa dekat aku.Punyalah aku dengan Maya tunggu kau online tapi hampa kot.Mana kau pergi?” Soal aku bertalu-talu.

“Sorry la Amani.Aku bukan tak nak online tapi tu la  line streamyx rumah aku buat hal.kau tahu tak kabel telefon dekat area rumah aku tu kena curi macam mana line streamyx nak jalan.Manusia mana yang pergi curi.Padahal dekat dunia ni banyak kot kerja yang halal tapi kerje yang tak elok tu juga la yang diorang nak buat.Tak faham aku dengan kerenah manusia ni.” Alia sudah berleter.

“Tu dia ..rindu aku nak dengar kau membebel macam ni Alia.” Usik aku sambil tersengih.
“Amboi cik Amani perli cik Alia ke tu?” Balas Alia sambil mencebik bibir.
“Bukan perli tapi aku mengata.”Tingkah aku pula.

“Alia..Amani..” Kedengaran suara Maya pula kedengaran.Aku dan Alia sudah melambaikan tangan ke arah Maya yang sedang berjalan sambil mengheret beg roda miliknya .Dikeleknya patung beruang di belah kiri.

“Sampai pun kau Maya.Rindunya aku dekat kau.” Balas Alia sambil memeluk Maya.
“Kau memang balik kampung tak ingat dah aku dengan Amani dekat sini.Sampai hati kau.” Jawab Maya  sambil mempamerkan muka merajuk.

“Alah janganlah merajuk.Bukannya aku menyepi.Aku tahulah kau bukan rindu aku sangat tapi rindu suara aku membebel kan kan kan?” Soal Alia.
“Eh macam tahu-tahu je kau Alia.”Usik aku pula.
“Korang memang.”Cebik Alia pula.

“Alahai hari ni sesi mengemas rumah baru la gamaknya.” Aku mula memandang bangunan apartment yang kami sewa ni.
“Ala relax la.Kita kemas sama-sama ok.” Balas Alia sambil tersengih.
“Betul-betul.” Tingkah Maya pula.

“Eh Amani mana ibu kau?tak datang ke?” Soal Alia sambil melilau mata mencari kelibat ibu aku.

“Adalah.Ibu aku datang tadi.Ibu aku ada dekat bilik aku kot.Dah jomlah jumpa ibu  dengan abah aku.Haaa lagi satu abang Amar pun ada sekali.Kau jangan nak lebih-lebih tenung abang aku eh.Dia baru je tunang tu.” Ujar aku sambil mengusik Alia.
“Eleh kau ni tahu je aku nak ushar abang Amar tu.” Tingkah Alia sambil cebik bibir.
“Ehem..” Kedengaran ada orang berdehem.Terus kami bertiga memandang.Alamak abang aku rupanya.

“Eh Amani.Abang Amar dengar ke aku sebut nama dia tadi.Alahai malulah aku kalau dia tahu aku  nak ushar dia.Nak menyorok bawah meja la macam ni.” Bisik Alia dengan perlahan.Aku menjungkit bahu tanda tidak tahu.

“Eh abang, ibu dengan abah mana?” Soal aku pada abang Amar yang sudah tersenyum kearah kami.

“Ibu ada dekat dalam tu haa.Pergilah kemas bilik adik.Bila siap kemas nanti kita semua keluar makan ok? hari ni abang belanja makan.” Tingkah abang Amar.
“Wow abang Amar belanja.Bestnya.” Amboi kemain si Alia ni dengan selamba badak je dia berkata-kata.

“Ala sekali sekala abang Amar belanja.Hari tu masa abang Amar tunang Alia tak ada.Amani dengan Maya je yang ada.” Tambah abang aku lagi.
“Amboi abang ambil berat pasal Alia nampak.Ingat sikit abang tu dah jadi tunang orang.” Usik aku sambil mengecilkan kelopak mata.

“Ala Alia dengan Maya pun dah macam adik abang juga kan.Tak gitu Alia? “
“Betul-betul.” Tambah Alia sambil tersengih.

“Ni bila nak kemas rumah ni kalau asyik duduk bersembang ni?” Suara ibu aku pula kedengaran.

“Eh mak cik apa khabar? “ Alia sudah pun bergerak menuju ke ibu aku lalu bersalam.
“Alhamdulilah mak cik sihat.Kamu sihat ?Family semua macam mana?” Soal ibu aku .
“Alhamdulilah .Alia sihat family dekat kampung pun sihat.” Balas Alia sambil tersengih.
“Adik, Maya, Alia dah kemas dulu rumah kamu ni.Lepas tu baru kita keluar makan.” Tingkah ibu aku lagi.’

“Baik bos.Ibu ..abah pergi mana?” Soal aku sewaktu mencari-cari kelibat abah aku.
“Abah kamu pergi toilet sekejap.Nanti kejap lagi keluarlah dia tu.” jawab ibu aku lagi .Aku anggukan kepala lagi sambil tersenyum pada ibu aku.
“Ok kawan-kawan.mari kita berkemas.Apa yang penting?” Aku sudah mencapai penyapu yang tesandar pada dinding tadi.

“Kerjasama”. jawab Maya dan Alia serentak. Petikan dari cerita kartun yang  di minati oleh  kanak-kanak iaitu cerita wonderpet yang di tayangkan di TV9.

Akhirnya kami semua memulakan sesi membersihkan kawasan rumah sewa tersebut.Apartment ni memang ada tiga bilik.Memandangkan aku , Alia dan Maya hanya bertiga jadi bolehlah ambil bilik sorang satu.Nama je ada tiga bilik sekali time tidur tiga-tiga tergolek dekat satu bilik.

Dari menyapu, mengelap , mop lantai semua kami buat bersama.Nasib baik ada abang Amar boleh la tolong panjat tempat-tempat yang tinggi.Maklum sajalah kami bertiga ni sememangnya tak cukup ketinggian sangat.Ahaks.

Rumah sewa yang aku dengan kawan aku sewa ni sebenarnya dah ada perabot seperti meja belajar, katil, peti ais, dapur, kipas , rak kasut semua tu.Rumah ni sesuai untuk tinggal enam orang tapi memandangkan kitaorang tidak jumpa lagi rakan untuk sewa bersama jadi aku , Alia dan Maya je la yang menetap dulu.

“Kita nak cari housemate ke nanti?” Alia menyoal aku.
“Entahlah.Kalau nak cari susah juga.Kalau dapat housemate yang ok tak apa , tapi kalau dapat housemate yang banyak memberikan masalah mahu pening kepala kita nanti.” Ujar aku sambil memandang sekeliling rumah yang sudah bersih.

“Betul tu Amani.Sekarang susah nak cari housemate.Orang sekarang ni macam-macam ragam dan kerenah.Susah nak dapat yang betul-betul baiklah orang kata.” Tingkah Maya pula.

“Tengoklah macam mana.Kalau rasa nak cari housemate kita carilah.Aku rasa baik kita bertiga je.Senang nak jaga rumah ni.Ramai-ramai nanti susah pula nak jaga.Kalau dapat yang pemalas lagi la menyusahkan kita nanti.” Tambah aku lagi.

“Ye tak ye juga  tu.Kalau dibuatnya dapat yang pengotor alahai macam kandanglah aku rasa rumah ni nanti.” Alia pula menambah.

“Adik dah siap belum?Kalau dah jomlah siap-siap.Kita keluar pergi makan.” Ujar abang Amar sewaktu muncul di depan aku.

“Dah siap dah.Jomlah.Perut adik pun dah berbunyi ni.” Aku sudah tersenyum.Sebut makanan terus senyum ye cik Amani.

“Korang bertiga pergilah bersiap.Ibu dengan abah tunggu  adik dekat bawah ye.Abang jom turun dulu.”  Ujar ibu aku pula sewaktu berjalan dengan abah menuju ke arah tempat aku , abang Amar dan kawan-kawan aku berada.

“Baik ibu.Nanti kitaorang turun.” Ujar aku tersenyum manis.

BERSAMBUNG  

NotaHujungKaki : Kesibukan melanda minggu lepas.Arap2 minggu ni menyambung semula menulis.Fighting Ayra Zahra ..=)

SaLaM KaSiH