Kamis, 28 Februari 2013

Novel : Peperangan Cinta : Bab 15


<BAB 15>


TEPAT jam 11 malam, Ariana masuk ke biliknya. Dia menguap. Dia membuka tudung dan menanggalkan jubahnya lalu tidur di atas katil bersebelahan dengan Haikal yang nyenyak tidur. Dia berpaling menghadap Haikal. Tiba-tiba, Haikal memusingkan badannya lalu memeluk dirinya, dia cuba melepaskan diri tapi pelukan itu makin erat dikunci.

“Duduk diam-diamlah! Bantal peluk aku dah tiada. Mereka ambil! Jadi, sebab kau sendiri yang offer jadi bantal peluk aku. So, kau duduk diam,” kata Haikal sambil menutup mata.

Terkejut Ariana mendengar kata-kata yang terbit dari bibir Haikal.Oh no!

Don’t hug me! Aku bukannya bantal! Aku orang! Lepaslah!” Ariana cuba melepaskan diri dari pelukan Haikal.

“Kalau kau tak duduk diam, aku cium,” ugut Haikal.

“Ek eleh.. Macamlah ber..”

Cupp!

Satu kucupan hinggap di bibir Ariana.

“Siapa suruh kau tak duduk diam,” kata Haikal selamba. Manakala, muka Ariana dah memerah.

“Oh no! My first kiss!!! Tak guna punya datuk kebayan!!” jerit Ariana di telinga Haikal. Haikal terkejut namun tangannya masih memeluk tubuh Ariana. Ariana mendengus.

“Kau ni kan! Lebih baik kau diam ataupun kau akan menyesal!” ugut Haikal keras. Ariana terkaku di dalam pelukan Haikal. Ugutan Haikal masih terngiang di telinga Ariana. Lelaki! Semuanya mata keranjang! Pantang nampak perempuan berdahi licin!

            Ariana mendengus dan menutup kelopak matanya.

‘Huh! Macamlah berani sangat! Rupa-rupanya kena sikit pun dah takut! Huh!’ perli Haikal.

 

ARIANA terjaga daripada tidur apabila terdengan bunyi azan. Namun dia tidak boleh bangkit kerana tangan Haikal masih mengunci pergerakannya.

“Haikal! Haikal! Bangunlah! Aku nak mandilah!” rungut Ariana. Tiba-tiba Ariana mendapat satu idea. Dia menghembus telinga Haikal. Tiba-tiba, Haikal mengucup pipi Ariana dan terus bangun.

Ingatkan nak perkena Haikal. Rupa-rupanya Haikal perkena dia. Ceit! Kureng punya Haikal.

 

‘AKU ni betul ke kena kahwin paksa? Rasa macam tak je! Padan muka dia! Siapa suruh pakai baju luar alam lagi. Daripada bersopan elok pakai macam tu. Mana tak aku terpukau,’ air jatuh melimpahi tubuh Haikal.

‘Aku ni! Dah jatuh cinta ke? Tapi..tak mungkin! Mana boleh dalam beberapa jam je aku boleh jatuh cinta dengan dia! Tak patut lansung!’ Haikal menidakkan perasaannya.

‘Detak jantungku, berdebar tak menentu apabila melihatnya. Kenapa mesti begini? No! Ini tak mungkin! Memang taklah kan! Dia musuh aku! Takkanlah aku nak jatuh cinta dengan dia kan? Mustahil!’

 

“SO, ada cerita yang kau nak luahkan kepada kami tentang your first night!” tanya Arani.

“Farhah Arani! Itu hak privacy mereka lah!” tegur Azzalea.

“Adik Haikal! Nama dia Tengku Husna Iftinan. Dia mesra sangat dengan aku. Dia ambil business. Next week exam, aku tolong ajar dia,” kata Ariana selamba.

“Kau tetap pakai baju macam biasa waktu kau tidur ke?” tanya Nisrina. Ariana hanya mengangguk.

“Kau umpan mamat tu sungguh!” Nisrina menepuk dahi.

“Aku guaranti tak sampai setahun kau akan ehem-ehem dengan dia,” kata Azzalea selamba.

“Kenapa pula?” tanya Ariana.

“Lelaki kan ibarat kucing! Ikan depan mata takkanlah tak makan kot! Tambah-tambah yang orang bagi free pula dah! Lagilah!” kata Arani.

“Aku tendang je.. Hehe..” balas Ariana.

“Mana boleh.. Isteri.. Kena hormatkan suami, lagi pun kemahuan suami kita tidak boleh halang. Nanti, dari cara baik jadi ganas camna?” nasihat Azzalea.

“Azza.. Aku rasa kan, kau yang patut kahwin dahulu bukan Ann,” Arani berbicara.

“Nak buat bagaimana? Tiada orang nak merisik aku lagi..” ujar Azzalea selamba. Arani, Nisrina dan Ariana membuntangkan matanya.

“Apa?” tanya Azzalea.

“Kita memang kena beritahu Ikram, yang adik dia nak kahwin!” ujar Nisrina selamba. Azzalea membuntangkan matanya.

“Kau jangan! Nanti tak pasal-pasal je dia kahwinkan aku dengan Akif, macam mana?” ujar Azza tegas memberikan amaran.

“Akif yang happy. Tak payah susah-susah tackle kau dah!” ujar Arani pula.

“Ara!” Azza menaikkan suaranya satu oktaf.

“Kau tahu tak Azza, dalam bahasa Korea. Ara bermaksud I know!Maknanya memang Ikram kena kahwinkan kau dengan Akiflah,” ujar Nisrina selamba. Azza menjegilkan matanya. Ariana menggelengkan kepalanya.

Tiba-tiba, lagu daripada FT Island, Love Sick berkumandang. Nisrina segera mengambil telefonnya lalu menjawab panggilan telefon dari ibunya.

“Assalamualaikum, umi. Kenapa telefon Nis?” tanya Nisrina.

“Hah! Merisik! Siapa umi?!” suara Nisrina naik satu oktaf. Arani, Azzalea dan Ariana memandang sesama sendiri lalu berkata : “Merisik?!”

“Okeylah, girls! Ops! Tak boleh sebut girls dah! Okeylah friends! Aku chow dulu! Nak kena fikir macam mana nak tolak rombongan merisik tu.. Bye..” ujar Nisrina selamba. Ariana menjegilkan matanya. ‘Aku tahulah aku kahwin dah!’ ujar Ariana geram.

“Wah! Hebat betul dia! Tak sampai setahun entah dah beberapa orang merisik dia,” ujar Arani.

“Wah! Hebat betul dia! Tak sampai setahun entah dah beberapa orang yang datang merisik ditolaknya,” ujar Ariana selamba. Arani menjeling ke arah Ariana. Sengajalah tu! Nak buat orang marah!

“Aku ni jugalah yang tidak dirisik lagi,” ujar Azzalea.

“Tak apa-tak apa, kita suruh Akif masuk meminang!” ujar Arani selamba. Azzalea membuntangkan matanya.

Don’t you ever do that!” Azzalea memberikan amaran. Ariana menggelengkan kepalanya.

“Kau ni, Azza. Orang tak nak kahwin, kau nak kahwin! Okeylah aku chow dulu,” ujar Ariana.

“Tahulah, dia itu dah ada orang yang menunggu di rumah, sebab tu nak balik awal!” ujar Arani selamba.

“Sekali lagi kau cakap macam tu, aku jamin kau bermalam di hospital!” ujar Ariana tegas.

“Yelah! Yelah! Aku zip mulut! Nak mengusik pun tak boleh. Dah berisi kot?” usik Arani lagi.

“Farhah Arani!!” ujar Ariana sambil menekankan suaranya.

“Okey, okey. Dah, kau pergi blah!” ujar Arani. Ariana segera bangun lalu meninggalkan yang lain.

“Azza! Nak no. tel. Ikram,” ujar Arani. Azzalea memandang Arani dengan renungan yang penuh dengan perasaan curiga.

“Tak buat apa-apa. Cuma, nak je!” ujar Arani. Azzalea kemudiannya memberikan nombor telefon Ikram kepada Arani.

Arani segera mendail nombor Ikram.

“Assalamualaikum, Ik. Ara ni.. Aku Cuma nak beritahu yang Azza tak sabar-sabar nak kahwin, kau suruhlah sesiapa..”

“Arani!! Abang, abang jangan percaya cakap Arani. Azza tak nak bang!” ujar Azza di corong telefon memotong kata-kata Arani.

“Apa-apa ajelah adik oi..” ujar Ikram lantas mematikan panggilan. Dia menggelengkan kepalanya.

“Kau ni memang nak kenakan, Arani!” ujar Azza. Arani membuat muka selamba lantas berlari menuju ke keretanya. Azza terduduk sendiri.

‘Abang.. I hope yang abang tak akan percaya cakap-cakap minah tu! Abang, janganlah nak jodohkan Azza dengan sesiapa..’ ujar Azzalea di dalam hati. Berharapkan, kata-katanya itu sampai kepada Ikram.
By Ayas Liaa Min
P/S:Sorry lambat publish. Cik Ayiz yang tolong publish ni. Cik Liaa kan dah x boleh publish. So, Cik Ayiz tolong dia la. hehe.