Rabu, 06 Februari 2013

[NOVEL] : DIRIMU SATU BAB 13

Assalamualaikum u oll..

Ok ni bab seterusnya.My adik dah bising 2, 3 ari lepas asyik dok tanya "Kaklong bila nak update DMS." Taaadaaaaa ni dia bab 13.Thanks pada yg singgah ke blog ni baca ye...



                             SYED RAFIQUE ISKANDAR  (Ada la iras  Dong Hae ni )


BAB 13





BAB 13
MALAM itu ahli keluarga aku berkumpul di ruang tamu .Berselerak barang-barang hantaran di atas permaidani .Dengan dulang , dengan bunga, reben,gam , barang-barang untuk di buat hantaran semua.Aku menolong ibu menyusun barang-barang tersebut.Aku melihat ibu test mengubah bunga untuk di jadikan hiasan di atas hantaran.

“Tu dia berseleraknya.Ini edisi mengubah ke apa?” Soal abang aku tiba-tiba lalu melabuh punggung di atas permaidani sambil membelek-belek barangan yang di beli semalam.
“Sibuklah abang ni.Janganlah kacau ibu nak buat kerja tu.” Aku mula membebel.

“Eleh padahal adik yang menyibuk mengacau ibu buat kerja ni.” Tingkah abang aku .Ibuku sudah tersenyum.

“Eh kan adik dah cakap adik ni kan assistant ibu, abang apa tahu.Dah abang duduk diam-diam .Ambil remote ni tengok tv jangan sibuk orang nak buat kerja .” Jawab aku sambil menghulurkan remote tv pada abang aku.

“Kedekutnya....” Sempat lagi abang aku  menyindir aku.Aku buat muka selamba je.
“Apa yang bising-bising ni?” Kedengaran suara abah pula yang baru muncul di ruang tamu.
“Budak berdua ni la abang.Bukan abang tak tahu anak-anak abang ni ada je benda nak di gaduhkan.” bebel ibuku pula.

“Bukan abah, adik nak tolong ibu mengubah ni.Abang yang sibuk mengacau.” Dalih aku selamba.

“Eh mana ada abang kacau, tadi abang tanya je.” Cebik abang aku pula.
“Korang berdua ni ada je.Bagus juga adik tengah cuti ni boleh tolong ibu .Kalau tidak jenuh juga tangan ibu nak buat untuk dua belah pihak.” Ibuku bersuara lagi sambil membelek bunga ros plastik di tangannya.

“Jangan risau ibu.Adik ada boleh tolong ibu.” Jawab aku sambil tersengih.
“Jangan tolong tengok sudahlah .” Sampuk abang aku selamba matanya tengah ralit memandang kaca televisyen di mana cerita Majalah 3 sedang di tayangkan, dengan pantas tangan aku membalingkan bunga ros plastik ke arah abang aku.Namun sempat di sambutnya.Pihak abang aku tema Coklat  manakala pihak Kak Raisya pula bewarna Cream.

“Eh adik lupa abang nak tanya semalam.Kak Sya ada bagitahu abang yang adik terlanggar seseorang masa dekat surau semalam.Siapa?” Soal abang dengan tiba-tiba.

“Hah siapa?kejap-kejap nak fikir..Haaa ingat dah adik terlanggar seorang auntie ni.Apa dah nama dia eh.Da..Ida…Haaaa auntie Zalida .”  Ujar aku ke arah abang aku.
“Uhuk..uhukk..” Kedengaran abah aku tersedak sewaktu menghirup air kopi sambil menonton televisyen.

“Abah ok ke? “ Soal aku dengan cemas.Air kopi  panas lagi kot.
“Abah ok.” Ujar abah aku sambil membuang pandang ke arah ibu aku.
“Macam mana rupa dia?” soal abang aku lagi.

“Boleh tahanlah cantik juga orangnya.Putih pula tu.Dia datang dengan suami dan anak lelaki dia waktu tu, tapi adik tak nampaklah suami dengan anak dia sebab diorang ada di surau juga.”.

“Abang.. tapikan waktu dia tengok adik memang lama.Adik panggil berkali-kali kot dengan kak Raisya.Adik tanyalah kenapa pastu dia cakap muka adik ada iras-iras anak perempuan dia .Adik terlupa pula nak tanya pasal anak dia .” Mata aku masih ralit menilik pada bunga.

Sekali lagi abah aku tersedak.Ibu aku terus bangun dan merapati abahku.Aku terus memandang pada abah.Wah romatiknya aku tengok.

“Abang ok tak ni,kopi tu panas lagi.Tu la mata lekat dekat tv.” Bebel ibuku pula.Aku dengan abang aku hanya tersenyum .

“Adik tak tanya ke pasal anak auntie Zalida tu?” Soal abang aku lagi
"Tak sempat pula adik nak tanya.”

“Huyoo besar juga beruang koala yang adik dapat ni ye.” Abang aku mengambil beruang koala yang aku letak di atas sofa sewaktu turun bawah tadi.
“Janganlah jeles.”Balas aku.
“Best juga buat peluk tidur ni.” Ujar abang aku lagi sambil memeluk koala pemberian abang Am petang semalam.

“Amboi itu adik punya ye.Abang nak abang pergi terbang beli sendiri.” Aku tersengih.
“Eleh kedekut.Abang boleh beli banyak tau.” Usik abang Amar.Aku mencebik bibir sambil menyambung kembali mengadap bunga ros.

OOHOOIIII penatnya aku dua tiga hari ni.Sibuk betul aku menolong ibu aku menyiapkan barang-barang hantaran untuk majlis pertunangan abang aku.Ni baru tunang kalau nak kahwin nanti lagi penat gamaknya.Aku terus buat gaya penerjun melompat ke atas katil.Beruang koala yang ada di tengah tu aku ambil lalu aku peluk.

“Apa khabar si Maya dengan Alia ye.Banyak hari dah aku tak ber facebook and ber skype dengan diorang.” Aku membebel seorang diri sambil merenung kipas yang berputar.
Aku bangun lalu mengambil laptop kesayangan aku yang berada di atas meja solek lalu aku bawa naik ke atas katil dan membuka laptop.Terus saja tangan aku menekan butang On.

Pertama sekali aku buka email, mana tau kot-kot ada email baru yang masuk ke kan.Selepas itu baru aku log in facebook aku di mana facebook merupakan salah satu laman social yang sangat popular masa kini.Berita di facebook lagi laju dari berita yang di tayangkan dekat tv.Adakalanya berita yang disebarkan di facebook itu tidak benar.Jangan terpengaruh sudahlah.Teknologi semakin canggih dan jenayah cyber pun makin canggih.Kadang-kadang aku pelik dengan mereka yang pandai dalam teknologi tetapi salah menggunakan teknologi.Mengapa perlu di salah gunakan ilmu yang ada? Ada lagi satu laman sosial yang tengah popular sekarang iaitu twitter.

Aku membuka satu persatu notication facebook aku.Kedengaran pop up chat naik tertera nick name Maya iaitu MayaSari.

MayaSari: Assalamualaikum cik Amani oit..
Budak Nerd : Waalaikumussalam cik Maya oit..Kau tak tidur lagi?
MayaSari:Tak lagi.Aku tak boleh tidolah .Berserabut kepala otak aku ni.
Budak Nerd : Why ?
MayaSari: Family akulah.Nampak gayanya memang tiada  jalan dah kot.Kes penceraian tu dah settle.Aku dah tak boleh buat apa-apa.Sekarang ni aku dah malas nak ambil tahu.
Budak Nerd : Sabar Maya mungkin jodoh mereka setakat itu.Kita tak ada hak kan.
MayaSari: Entahlah Maya.Aku sedih tengok keluarga aku berpecah begini rupa.Tapi aku kena redha kan.Aku kena laluinya dengan tabah.Apa-apa pun aku tak boleh membenci Mummy dengan Daddy aku.Aku tak nak di labelkan anak derhaka.
Budak Nerd : Kau kena sabar dan tabah.Ingat aku dengan Alia sentiasa ada dengan kau tahu.Eh minggu depan abang aku tunang tahu.Kau ikut sekali eh temankan aku please.Ibu dengan abah aku yang suruh aku jemput kau sekali.
MayaSari: Ok no problem.Lagipun aku bosan juga ni tak ada benda nak buat dekat rumah nanti kau roger dekat aku la tarikh dan masanya .

Setelah puas berchat dengan Maya , mata aku sudah mula mengantuk.Lalu aku log out facebook dan juga shutdown laptop dan meletakkan semula di meja solek lalu aku memadam lampu tidur  dan meletakkan kepala di atas bantal.Sebelum tu jangan lupa baca doa tidur.

KEESOKKAN harinya aku menemani ibuku ke pasaraya Mydin untuk membeli barang dapur.Kali ni aku keluar berdua dengan dengan ibu jadi akulah yang drive kereta.Lama tak bawa kereta tapi kira oklah boleh bawakan.Setelah siap parking kereta aku dan ibuku terus melangkah masuk ke dalam mydin aku menarik troli lalu mengekori ibu aku.Ibuku sudah pun mengeluarkan list barang dapur yang perlu di beli.

Aku berjalan – jalan sambil memandang barang yang tersusun di rak.Dari satu lorong ke satu lorong aku jelajah.Sampai di rak bahagian sabun mandi dan syampu aku terus pergi.Memandangkan sabun dan syampu dekat bilik aku tu nak habis maka aku pun belilah yang baru.

“Aduh…” Kedengaran orang mengaduh kesakitan sewaktu aku mendongak ke rak atas untuk mengambil syampu tapi sayang tak sampai.Apasal orang yang jual syampu ni letak di bahagian atas.Aku ni dahlah tinggi sangat nak mengambilnya.Aku terus menunduk ke bawah sambil melihat orang yang mengerang kesakitan tadi.

“Awak lagi?” Soal suara itu.Kalau dah rupa itu siapa lagi yang aku jumpa kalau bukan dengan si Rafique.

“Awak buat apa dekat sini?” Soal aku pula tidak puas hati.Asal terserempak lagi dengan mamat perasan ni?

“Saya tengah main bola.” Jawab Rafique selamba.Aku sudah mendengus geram.
“Yang awak pergi langgar kaki saya dengan troli ni kenapa?” Soal Rafique lagi
“Mana saya tahu awak ada dekat sini.Saya nak ambil syampu dekat atas tu tapi tak sampai pula.Dah nama pun trolikan ada kaki mestilah bergerak.Sorry lah bukan sengaja pun tertolak tadi.” Balas aku sambil mengeluh.Apalah selalu ada je kejadian yang menimpa bila  terserempak dengan dia.Pelik betul.

“Tak apalah , nak buat macam mana.Awak nak syampu yang mana?” Soal Rafique lagi sambil memandang muka aku.

“Tu syampu jenama Clear yang botol biru putih tu.” balas aku pula sambil menunjukkan botol syampu itu dengan jari telunjuk aku.

“Ok nah ambil ni.” Rafique sudah mencapai botol syampu yang aku nak lalu dia menghulurkan ke arah aku.

“Thanks..” Balas aku sambil menyambut syampu tadi.
“Awak sorang je ke?” Soal Rafique lagi

“Saya dengan Ibu saya.Dia ada dekat sebelah sana.Ni selipar saya mana?” Soal aku bila teringat kembali sebelah selipar aku ada dengan dia.

“Alamak selipar awak saya dah terbuang kot.Sorry.” Aku mengeluh perlahan.Ermm dah buang nak buat macam mana.Kalau aku marah pun tak guna buat penat mulut aku je.
“Oklah saya minta diri dululah.” Balas aku sambil menolak troli ke depan.Malas aku nak banyak cakap dengan mamat ni.Mana pula ibu aku pergi ni.Mata aku melilau mencari ibu aku.

“Ibu..apa lagi kita nak beli?Biar adik tolong carikan .” Aku menegur ibuku yang sedang melihat botol sos cili.

“Adik tolong ibu ambilkan sabun Bio Zip dengan softlan sekali.Softlan warna purple tau ambil yang paling besar ye.Ibu tunggu adik dekat sini.” Ujar ibu aku .

“Ok baik Puan.” Aku membuat gaya tabik hormat dan terus melangkah ke bahagian sabun.
“Mana sabun biozip ni? Haaaa tu pun.” Aku membebel seorang diri sambil mengangkat sabun  bio zip yang plastiknya colour pink.Dekat rumah aku memang guna yang ni.Cewah promote ke cik Amani?

Aku mencari-cari botol softlan pula.Ada yang refill dan juga ada yang dalam plastik.Mana botol yang besar ye.Alahai kenapalah tinggi diorang letak?Menyusahkan orang betul.Aduhai.Mana orang yang jaga di bahagian ni?Aku nak minta tolong dia ambilkan.
“Awak cari apa cik Amani?” Kedengaran suara seseorang.Macam kenal je suara tu.Aku terus berpaling.

“Awak lagi.Ingat dah balik dah tadi .” Balas aku sambil mengeluh.
“Kenapa mengeluh je ni cik Amani?” Soal Rafique lagi.
“Tu haa saya nak ambil softlan yang warna unggu tu tapi ada dekat atas tu.Manalah tangan saya ni nak sampai.” Luah aku sambil mengeluh dan membuang pandang pada botol softlan.

“Biar saya tolong ambilkan.” Rafique mula mengangkat tangannya untuk mengambil softlan yang aku tunjuk tadi.

“Thanks, ni kali kedua dah awak tolong saya hari ni.” Aku mengambil softlan tersebut.
“Sama-sama .Lepas ni awak banyak la makan calcium ye?” Kedengaran suara Rafique. Ada nada menyindir di situ.

“Awak mengata saya ke Encik Rafique?” Aku menyoal pula.
“Terasa ke cik Amani?” Soalnya pula.

“Dah memang saya ni tak tinggi macam awak kan.So tak payah la nak mengata saya ye.By the way terima kasih sebab tolong saya.Pergi dulu.” Balas aku sambil melangkah meninggalkan Rafique.

Sabar Amani sabar.Nasib baik dia tolong .Kalau bukan sebab dia tolong tadi memang aku dah kenakan dia cukup-cukup .Asyik jumpa je dengan mamat ni kenapa?Dah tak ada orang lain ke aku nak jumpa.Aku membebel dalam hati.

“Ibu barang apa lagi nak beli ni?” Tanya aku lagi sambil meletakkan sabun dan softlan dalam troli.

“Barang-barang kering dah settle, kita pergi ke barang basah pula.Ibu nak beli lauk pauk , sayuran dan buah-buahan sikit.” Ujar ibuku sambil membelek list yang di bawanya.
“Ok jom ibu kita ke sana.” Aku mula menolak troli menuju ke bahan basah.
Sewaktu aku berjalan sekitar bahagian sayur aku ternampak kelibat seorang perempuan.Macam kenal je.

“Auntie Zalida kan ?” Aku bertanya sambil tersenyum ke arah wanita tersebut.
“Amani kan?” Aku hanya mengiakan lalu menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Auntie shopping sorang je ke?” Soal aku lagi sambil melilau mencari kelibat ibu aku.Cepatnya ibu aku jalan dah ada dekat tempat ayam.

“Auntie dengan anak lelaki auntie beli barang dapur sikit.Amani sorang je ke?” Soal auntie Zalida.

“Taklah , Amani dengan ibu .Dia ada dekat tempat ayam tu haa.” Aku menunjukkan kelibat ibu aku di sana.Auntie Zalida tersenyum pada aku.

“Mama dah siap belum?” Kedengaran suara seorang lelaki yang sudah terpacak depan aku.
“Dah siap dah.Boleh pergi bayar dah ni.Oh ye mari mama kenalkan ni Amani, yang mama cerita hari tu yang terlanggar mama .” Auntie Zalida sudah memperkenalkan aku kepada anak terunanya.

“Hai nama saya Zarith Aiman.” Anak teruna auntie Zalida memperkenalkan diri.
“Hai nama saya Amani.” aku tersenyum manis.
“Rasanya Amani lagi tua dari anak auntie kan.Umur Amani berapa ye sekarang?” Soal auntie Zalida.

“Umur Amani dah dua puluh empat tahun auntie.” Jawab aku sambil tersenyum manis.
“Kalau macam tu Zarith panggil Kak Amani la ye.Umur Zarith Sembilan belas tahun.Sekarang sedang menuntut Universiti Malaya.” Sampuk Zarith sambil tersengih ke a rah aku.

“Kak Amani pun masih belajar lagi di UITM Shah Alam .” Balas aku pula.
“Mama jomlah, tadi papa dah call tanya dah siap belum.” Ujar Zarith lagi.
“Oklah Amani , auntie minta diri dulu ye.InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi.”  Auntie Zalida menepuk bahu aku sambil memeluk aku.Aku hanya menganggukkan kepala saja sambil tersenyum.

“Abang Fiq mana Zarith?Cuba call dia cakap kita dah nak balik ni.” Kedengaran suara auntie zalida bertanya kepada anak lelakinya Zarith.Siapa Fiq aku tak tahu.

“Jumpa lagi auntie Zalida , Zarith.” Aku melambaikan tangan ke arah mereka berdua.Auntie Zalida dan Zarith hanya tersenyum sambil melambai tangan sebelum bergerak menuju ke kaunter bayaran.Aku terus berpaling menuju ke arah ibu aku.
“Adik pergi mana?” Soal ibu aku sewaktu aku sampai di depannya.

“Sorry ibu, tadi adik terserempak dengan auntie Zalida tadi .” Jawab aku sambil tersenyum.
“Auntie Zalida?Mana dia?” Soal ibuku pula sambil mencari kelibat auntie Zalida.
“Dah ada dekat kaunter bayaran belah sana.”

“Auntie tu siap peluk adik  lagi ibu sebelum dia gerak ke kaunter.Pelik adik.” Aku mengaru kepala yang tidak gatal.Ye la ni kali kedua aku berjumpa dengan dia tapi kenapa aku dapat rasa yang aku dah lama kenal auntie Zalida tu.

“Entahlah ibu tak pasti pula.Mungkin dia anggap adik seperti anak dia.” Balas ibu aku.Namun aku perasan riak muka ibu lain seperti menyembunyikan sesuatu saja.
“Ye kot.Dah siap ke ibu?Jomlah kita balik.” Tingkah aku sambil menghapuskan persoalan yang sedang bermain di fikiran aku.

“Dah ..dah.Jomlah kita balik.Ibu nak kena masak nanti adik tolong ibu hari ni ye.Malam nanti abang Shah kamu nak singgah rumah kita.Dia ada dekat Kuala Lumpur ni atas urusan kerja.”

“Owh abang Shah nak datang rupanya.Adik pun dah lama tak jumpa dia ibu.Ok balik ni adik tolong ibu masak .” balas aku sambil tersenyum manis lalu menolak kembali troli tadi ke kaunter.Ibuku pula berjalan seiringan dengan aku.

“ASSALAMUALAIKUM…” Kedengaran orang memberi salam di luar rumah.Aku terus berlari ke luar sambil membuka tingkap melihat siapa gerangannya.

“Laa abang Shah dah sampai .” Ujar aku sambil tersenyum sewaktu membuka grill rumah.
“Apa khabar Amani?Lama tak jumpakan”. Soal abang Shah pula.Aku menghulurkan tangan bersalaman dengan abnag Shah.

“Alhamdulilah sihat.Minggu lepas Amani pergi Melaka holiday tapi abang tak ada.Mak Long kata abang outstation.” Balas aku sambil tersengih.

“Nak buat macam mana dah kerja macam tu la Amani.” Tambah abang Shah lagi.
“Jomlah masuk abang Shah.Semua ada dekat dalam .” Aku menutup semula pintu dan mengekori langkah abang Shah yang sudah pun masuk ke dalam rumah.



Bersambung .....

SaLaM KaSiH