Senin, 18 Maret 2013

Novel : Peperangan Cinta : Bab 16

                          Bab  16

“ASSALAMUALAIKUM,” Nisrina melangkah masuk ke rumahnya. Dah jadi perkara biasa baginya jika orang datang untuk merisik dirinya. Tapi, sekarang siapa pula yang merisik aku ni?! Mesti lepas aku beritahu rahsia aku. Pecut! Semua pecut! Tak nak kahwin dengan aku! Aku nak orang yang betul sayang dan cintakan aku. SEPENUH HATI! Terima aku seadanya. Tapi, lelaki seperti itu payah nak cari… Kan?

“Inilah anak saya, Nisrina,” ibu Nisrina menghampiri Nisrina dan memperkenalkan Nisrina kepada mereka.

“Lawa orangnya. Patutlah anak teruna kita tersangkut. Tak nak kahwin sebab tunggu dia ni rupanya,” kata salah seorang daripada rombongan merisik itu.

Nisrina hanya tersenyum. Kalaulah anak kau tu tau hal yang sebenar. Sampai mati tak ada rombongan mai sini kot.

“Saya minta diri dulu ye,” kata Nisrina sopan lalu masuk ke dalam biliknya. Pandailah umi nak urus. Bukannya tak biasa!

Tiba-tiba pintu bilik Nisrina diketuk.

“Siapa?” tanya Nisrina sebelum membuka pintu. Kena lelaki. Naya!

“Akak ni!” kata suara di luar. Nisrina membuka pintu, pasti kakaknya Nadreena yang datang.

Nisrina melangkah ke katil. Nadreena hanya mengikut.

“Nis.. Akak sarankan lebih baik kamu pergi jumpa lelaki tu, beritahu dia hal yang sebenar. Yang kamu suruh dia masuk meminang lagi buat apa, sengaja nak bagi dia kecewa,” tuduh Nadreena tanpa mengetahui hal yang sebenar.

“Akak! Nis tak pernah kenal dengan orang yang hantar rombongan merisik tu,”balas Nisrina.

“Bohonglah! Dia ada gambar Nis waktu Nis di Australia dulu. Gambar tu..”

“Hah! Australia! Gambar?!”

“Ya! Dia ada gambar Nis takkan Nis tak kenal siapa dia kot?!” bantah Nadreena lalu dia keluar memberikan ruang untuk Nisrina berfikir.

“Australia? Gambar? Aku pergi Australia pun pada 4 tahun yang lepas! Jangan–jangan! Oh no! Please say it’s wrong!”

 

LAGU Waste Land berkumandang di telefon milik Ariana. Ariana mengambil telefonnya lalu menekan butang terima pada Samsung Galaxy Beam.

“Ada apa cik Farisah Nisrina?” tanya Ariana dengan nada selamba. Novel yang tadi dibacanya dipandang.

“Ariana!! Tolong aku!! Ada antara geng suami kau tu hantar rombongan merisik dekat aku!!” jerit Nisrina sepenuh hati. Ariana merenggangkan telefonnya dari telinga. Lalu dia menggosok telinganya. Kuat gila suara minah ni!

So?” tanya Ariana sepatah.

What?! Kau tau tak aku dalam kebingungan yang amat sangat! Macam mana aku nak tolak lamaran si ‘dia’ tu?” tanya Nisrina. Ariana mengambil keropok lalu duduk di sofa yang tersedia di bilik Haikal itu.

As usual, cuma tambah perencahnya sedikit, bagi pedas telinga dia,” kata Ariana selamba.

He’s among your husband’s friend, Ariana Yusrina!” tekan Nisrina.

So! Kau tau tak dia siapa?” tanya Ariana. Dia lansung tidak kisah dengan masalah Nisrina. Dia dah berulang kali dapat masalah yang sama. Selesaikanlah sendiri.

“Aku tak tahu,” kata Nisrina sambil tersengih. Sungguh dia terlupa untuk menanyakan nama lelaki itu kepada ibu dan ayahnya.

“Bongok lah kau ni! Macam nila, kau pergi tanya ibu dan ayah kau dulu sebelum call aku balik,” Ariana menekan butang merah. Hish! Perhabis masa je layan budak ni! Lebih baik aku pergi sembahyang dulu lagi bagus.

 

“UMI, WALID! Boleh beri Nis nama atau alamat ke no phone lelaki tu?” tanya Nisrina berhati-hati.

“Buat apa? Kamu jangan buat masalah! Terima je dia! Umi dengan walid dah sepakat. Kami nak kamu terus nikah dengan dia. Tak payah tunang-tunang. Belah sana pun dah setuju,” kata Datin Sri Aishah.

“Alah.. Umi… Janganlah buat camni kat Nis.. Pleaselah umi.. Boleh ” Nisrina cuba memujuk Datin Sri Aishah.

“Kamu dah cukup umur dah Nisrina! Apa yang kamu tunggu lagi? Kahwin  je la,” kata Datin Sri Aishah lagi.

“Tapi..”

“Tiada tapi-tapi, Farisah Nisrina! Walid kata nikah-nikah!” kata Dato’ Sri Mohamad.

“Yelah, yelah!”

 

SAMSUNG Galaxy Beam milik Ariana berbunyi lagi. Ariana teruskan bersolat tanpa mempedulikan telefon bimbitnya yang berdering.

Haikal yang baru memasuki bilik itu, tersentak apabila telefon Ariana berdering. Dia melihat Ariana sedang solat. Jadi, tak salahkan kalau dia yang jawab.

Dipandang skrin itu. Nama Farisah Nisrina dengan gambar Nisrina di Korea menggamit dia untuk menjawab.

“Ariana!!! Ayah aku nak aku kahwin!! Ayah aku tak nak aku tahu siapa yang hantar rombongan itu kat aku. Dan yang paling teruk sekali. Dia nak aku nikah terus. Tak dak tunang-tunang!” jerit Nisrina.

“Baguslah! Dah kemaruk dah Daiyan tunggu kau!” jawab Haikal selamba.

“Eh! Lelaki! Haikal! Yang kau pergi jawab panggilan tu buat apa? Aku nak cakap dengan Ariana lah! Tapi, apa yang kau cakap tadi? Daiyan tunggu aku?”

Haikal terus menutup panggilan itu. Nasiblah kau! Siapa suruh kau cakap macam tu. Haikal terus berlalu ke bilik air.

Sementara itu…

“Eh! Dah tutup! Haikal! Sampai hati kau!” rungut Nisrina bersendirian.

“So, Daiyan rupanya. Macam manalah aku nak jumpa dia ye? Nak pergi rumah Ariana buat apa? Bukannya dia ada pun. Ah! Ann! Aku harap agar kau dapat pujuk suami kau suruh bagi nombor telefon Daiyan. Amin,” Nisrina mengetap bibir. Ariana! Tolonglah aku!

 

‘ANN! Please minta nombor Daiyan dari suami kau! Tadi waktu aku calldia angkat. Aku ingat kau angkat then, aku cerita semuanya kat dia. Kau tahu tak dia boleh diam! Then, lepas aku habis membebel, dia kata baguslah dah kemaruk Daiyan tunggu aku. Then, aku tanya dia kenapa jawab call aku. Aku nak cakap dengan kau. Lepas tu, dia terus tutup. Tensionbetul aku! Please! Mintalah nombor Daiyan dari laki kau!’

Ariana tergelak. Teruk betullah kau ni Nisrina. Haikal yang baru selesai solat berpaling menghadap Ariana. Keningnya berkerut.

“Kau ni kenapa? Kena sawan ke?” tanya Haikal selamba. Terus Ariana berhenti gelak, dia berpaling menghadap Haikal.

“Kenapa usik telefon aku? Dan lagi satu, aku nak pindah! I want my own privacy! Yang di mana aku tak payah nak berlakon manja dengan kau!” ujar Ariana.

“Tengoklah dulu,” kata Haikal lalu merebahkan badannya ke atas katil.

“Saya nak pindah! Titik!” kata Ariana lalu keluar.

Haikal mengambil telefon bimbitnya lalu menelefon Daiyan.

“Assalamualaikum Haikal, ada apa?” Daiyan membuka bicara.

“Waalaikumussalam. Aku cuma nak beritahu yang aku ada nombor Nisrina. Sebentar aku nak ambil. Ini dia, copy tau,” kata Haikal.

“Aku tak nak jadi copycat!” balas Daiyan tanpa mempedulikan apa yang Haikal nak kata.

“Daiyan! I’m serious! Here, her number! O17-*******! You got it?” tanya Haikal.

“Yes, I got it! Her number is 017-******* right?”

“Yeah! Wei, aku nak tanya. Ariana ajak aku pindah. Kau rasa aku patut ikut tak?” tanya Haikal.

“Yup! Kau tak nak ke tempat yang privacy sikit. Kau orang berdua sahaja..”

“Woi! Otak jangan kuning eh! Aku katuk kepala kau baru tahu! Pandai-pandai aje! Meluatlah cakap dengan kau! Call Ikram lagi baik!”

“Op! Op! Kau nak call ustaz alim tu! Aku rasa better notlah wei! Nanti bukan dia bagi cadangan, dia bagi ceramah pula!” potong Daiyan.

“Sekurang-kurangnya otak dia lagi merah daripada kau! Kesian si Nisrina, dapat suami otak kuning,” kata Haikal selamba.

“Cakap jangan main cakaplah wei! Kalau dia tolak pinangan aku! Kau orang yang pertama yang aku cari!” Daiyan memberikan amaran kepada Haikal.

“Kenapa pula? Tanyalah dia dulu kenapa dia tolak pinangan kau! Then, baru cari aku! Tapi, aku rasa better not lah! Nanti Ariana cakap kau gay!” kata Haikal selamba membuatkan muka Daiyan makin memerah. ‘Dia ingat aku nak cari dia, sebab aku nak nangis kat pelukan dia ke! Nak termuntah aku dengar! Ariana! Ariana! Malang nasib kau bersuamikan budak tak cukup skru ni!’ kutuk Daiyan.

“Dahlah! Aku rasa kau memang patut jumpa Ikramlah! Suruh dia letak skru banyak-banyak dekat kepala kau ni! Kot-kotlah skru dah banyak hilang,” ujar Daiyan selamba.

“Okey! Aku call Ikram sekarang juga! Tapi sebelum itu, bye bye my otak kuning friend! Haha!” kata Haikal lalu mematikan panggilan.

“Kureng punya kawan! Dia kata aku otak kuning! Memang nak kenalah budak ni! Harap jer laki orang, tapi perangai Masya Allah! Aku rasa budak-budak lagi bagus,” rungut Daiyan sendiri. Mestilah sendiri takkanlah berdua! Siapa yang teman dia pun entah?
by Ayas Liaa Min

P/s: Hey guys! Sorry sgt. Miss Ayiz tak sempat nk update. Ini sambungan dia. Enjoy yourself.Insyaallah kalau Miss Ayiz dan Miss Liaa ada masa, kami berdua akan menampilkan cerpen-cerpen terbaru. Insyaallah. Kami agak sibuk apabila musim persekolahan. Sorry kerana membuatkan korang terpaksa menunggu.(by Nur Aizat Ayiz N.M.S.)