Kamis, 21 Maret 2013

Novel : Peperangan Cinta : Bab 17

                                                            Bab 17


‘KENAPA aku terfikirkan dia? Aku tahu kalau aku teringatkan wanita yang bukan muhrim aku itu salah. Tetapi peribadinya mengikat aku. Membuatkan aku jatuh kasih. Astaghfirullahalazim. Berdosanya aku. Ya Allah. Jika dia merupakan jodohku. Dekatkanlah hatiku dengannya. Jika dia bukan jodohku. Redhakanlah hatiku dengan ketentuan-Mu’ bicara Ikram sendirian.

Tiba-tiba, telefon bimbitnya mengalunkan lagu For The Rest Of My Life nyanyian Maher Zain yang menandakan ada panggilan masuk ke telefonnya.

Ikram mencapai telefon bimbitnya lalu menekan punat hijau.

“Assalamualaikum, Haikal? Kenapa tiba-tiba call?” tanya Ikram pelik. Si Haikal ni kedekut. Jangan harap dia nak telefon kalau tidak ada hal yang penting.

“Waalaikumussalam. Aik, Ikram! Perli, ke? Mentang-mentang la aku ni kedekut. Sedap je perkena orang,” rajuk Haikal.

‘Hey! Aku kawan dengan perempuan ke dengan lelaki ni? Cuak lah pula dah’ kata Ikram di dalam hati.

“Eh! Memang betullah! Aku tak tipu! Selalunya kalau ramai-ramai kau suruh aku yang call. Mentang-mentang kredit aku tak pernah kong!” rungut Ikram.

“Dahlah! Stoplah! Asyik perli-perli aku je,” Ikram tersenyum. Kawannya memang macam budak-budak. Dia berjalan ke arah balkoni.

“Bukan perli. Sudah kenyataan. Nak buat camna?” kata Ikram.

“Dah! Dah! Aku call kau ni nak minta tazkirah daripada kau..”

“Oit! Dulu bukan main liat dengar tazkirah, sekarang minta tazkirah pula dah!” pangkas Ikram. Dia tahu mesti Haikal sedang marah sekarang. Tapi, apa aku kisah?

“Woi! Aku cuma nak tanya, kau rasa patut tak aku pindah?” tanya Haikal.

“Harus! Takkanlah nak duduk bawah ketiak mak je kot. Lagipun, kalau kau duduk dengan mak kau. Ariana jadi sakit hati. Sebab, dia rasa kau tak adil! Lagipun duduk rumah sendiri lagi senang,” kata Ikram. Dia kenal sangat sikap ibu Haikal yang anti dengan perempuan yang bertudung. Sebab itu jugalah, Ikram menyarankan agar mereka berpindah. Dia takut Ariana makan hati hari-hari sebab kena bahan dengan mak mertua.

Thankslah Ikram, sebab beri aku nasihat,” kata Haikal. Ikram hanya tersenyum.

Welcome, assalamualaikum,”balas Ikram.

“Waalaikumussalam..”

 

ARIANA turun ke tingkat bawah. ‘Eh? Ada tetamu ka?’ ujar Ariana di dalam hati. Dia melihat seorang perempuan yang sedang bersembang dengan ibu mertuanya itu. Kelihatan gadis itu memakai baju tanpa lengan beserta seluar pendek. Macam baru balik joging je.

            Ann.. Come here,” panggil Tengku Sofiah apabila melihat kelibat menantunya turun.

            “Ye, ma..” ujar Ariana lalu berjalan ke arah Tengku Sofiah.

            “Kau pergi buat air untuk Eryna, cepat!” arah Tengku Sofiah. Ariana mengerutkan keningnya. Berasa pelik dengan arahan itu namun diturutinya jua..

            “Perempuan tu jadi menantu aunty?” tanya Eryna. Dia menggigit bibirnya.

            Tengku Sofiah mengangguk. Kemudian, dia mencebikkan mulutnya pula.

            Aunty pun tak mahu dia jadi menantu aunty, kalau boleh aunty nak kamu jadi menantu aunty, apalah yang special sangat dengan perempuan tu sampai uncle kamu sukakan dia. Sebab tu, dipinangnya jadi menantu,” ujar Tengku Sofiah.

            Eryna hanya mengangguk sambil tersenyum sinis. ‘Aku masih nombor satu di dalam rumah ini, Ariana. Jangan kau fikir yang kau mampu tandingi aku! Kau tak akan mampu menawan hati aunty dan Haikal. Tak akan mungkin!’ ujar Eryna di dalam hati.

 

ARIANA menutup daun pintu lemah. Dia terasa dirinya lemah tiba-tiba. Tangisannya berlagu tanpa henti. Perit hatinya apabila mendengar pengakuan yang keluar dari mulut Tengku Sofiah. Kalau tak menyukai dirinya mengapa tak dibantah perkahwinan ini? Kenapa biarkan ku begini? Kenapa?! Tangisannya makin kuat. Seandainya, mommy ada di sini.. Akanku ceritakan keperitan ini. Biar dia mengerti betapa sakitnya hati anaknya ini. Dibenci oleh mentua dan suami sendiri.

            “Woi! Kau kenapa?” tanya Haikal setelah membiarkan Ariana bersendirian buat beberapa minit. Perit hatinya melihat keadaan Ariana. Seakan, ada duka yang disembunyikan.

Ariana bangun dan terus memeluk Haikal.

‘Tolong, sayangi diri ini, cintai diri ini, fahamilah keperitan ini. Sakit! Sangat sakit! Dibenci oleh orang yang kita sayangi. Mengertilah dikau Haikal, aku sudah mencintaimu usai engkau terima nikahnya. Mengertilah dikau Haikal, aku sudah menyayangimu usai engkau lafaz akadnya. Namun, pasti kau tak akan percaya kan? Kerana kita seteru nombor satu!’ ratap Ariana di dalam hatinya.

Tersentak Haikal buat seketika. ‘Aku ni kena kahwin paksa ke? Ke perempuan ni yang nak kat aku? Confius betullah’ ujar Haikal di dalam hati.

“Ariana! Why are you crying?” tanya Haikal lembut. Dia mengusap pelahan pipi Ariana. Nak pujuklah katakan. Ariana terpana. Belum pernah dia serapat itu dengan lelaki, kecuali dengan abangnya.

“Kita pindah! Kau cari mana-mana rumah. Tak kisahlah rumah apa pun, yang penting boleh duduk,” kata Ariana perlahan.

But why?” tanya Haikal pula. Peninglah aku dengan budak ni.

Please, Haikal. I beg you..” ujarku perlahan.

“Then, okay. tak payahlah kita nak berlakon kan? Okay, aku tanya papa,” ujar Haikal lalu melangkah keluar. Biarpun hatinya meronta ingin mengetahui apa yang tersirat di dalam hati Ariana. Namun, didiamkannya. Dia rasa ada baiknya kalau Ariana menceritakannya sendiri. Bukannya, dipaksa.

Ariana terpempan. Maknanya segalanya akan berakhir? Dia menutup kelopak matanya. Aku akan semakin jauh darinya. Adakah cintaku juga akan berakhir? Adakah perasaan ini akan mati? YA ALLAH, kekalkanlah perasaan cintaku ini kepadanya..

 

HAIKAL melangkah turun. Dia memandang Tengku Sofiah yang asyik bersembang dengan Eryna.

            “Carl..” panggil Eryna. Haikal buat endah tak endah. Dia memandang ke arah Tengku Sofiah.

            “Mama, mana papa?” tanya Haikal.

            “Duduklah dulu, Haikal. Sembang-sembang dengan Eryna, mama nak keluar sebentar,” ujar Tengku Sofiah lantas berjalan keluar. Eryna menghampiri Haikal. Dia mengelus lembut dada Haikal.

            “Cakap apa yang kau nak cakap,” ujar Haikal lalu duduk di atas sofa. Eryna duduk di sebelah Haikal. Dia merapatkan kedudukannya dengan Haikal.

            Ariana dan Husna turun ke tingkat bawah. Serta-merta mulut mereka terlopong. Husna mengetap bibir geram. Ariana merenung mereka tanpa perasaan. Sudah cukup dia menangis tadi.

            Husna segera duduk di antara Haikal dan Eryna. Tempat yang sempit itu tidak dipedulikannya. Haikal hanya tersenyum tipis, faham sangat dengan sikap Husna itu.

            “Husna, bangunlah! Sempitlah!” marah Eryna. Husna menjeling ke arah Eryna.

            “Ikut suka hati akulah! Ini rumah aku! Kalau dah tahu sempit pergi duduk di tempat lain!” ujar Husna tegas. Eryna mendengus perlahan. Dia duduk di sofa yang berhampiran dengan Haikal.

            Ariana menggeleng perlahan apabila melihat kerenah Husna. Dia berjalan lalu duduk di sofa yang berhampiran.

“So, Ariana. We meet once again,” ujar Eryna. Ariana memandang sekilas ke arah Eryna.

Ariana membuat muka selamba. Tiada niat hendak membalas sapaan yang lebih kepada sindiran itu.

“Fuh! Sombongnya! Yelah sekarang kan dia dah jadi menantu orang kaya, kan..” ujar Eryna.  Ariana ingin membalas tapi bunyi telefon bimbitnya membantutkan perasaannya itu.

“Assalamualaikum,” sapa Ariana.

“Waalaikumussalam, my baby girl. How are you?” tanya Aizriel. Ariana bangun lalu berjalan ke taman.

“Tension!” ujar Ariana keras. Aizriel hanya tertawa.

“Abang! Jangan buat Ann marah!” ujar Ariana keras.

“Okey, okey.. So, bila masuk office? Minggu depan ke bulan depan?” tanya Aizriel selamba. Ariana melihat jamnya.

“Petang nanti. Kalau tak sampai petang nanti esok,” ujar Ariana. Aizriel terlopong.

“Ann! Kau baru kahwin semalam.. Abang ulang. SEMALAM!” ujar Aizriel tegas.

“Ya! Dan Ann tak sebegitu nyanyuk sampai lupa segala macam perkara. Ann tak sebegitu tua untuk mengenali di mana Ann berada,” ujar Ariana lantas masuk ke dalam rumah. Langkah diatur ke biliknya.

Pandangan beberapa pasang mata di bawah tidak dipedulikan. Dengan lincah dia mengambil bajunya lalu dipakai.

 

“AKAK?!” mulut Husna terlopong. Mata Haikal terbuntang. Eryna buat muka yeah-boleh-aku-ngorat-laki-kau.

            “Yes, I am..” ujar Ariana selamba. Dia menyalami Haikal lalu mengusap lembut kepala Husna lalu berlalu pergi.

            “Kakak kena sakit mental ke abang?” tanya Husna perlahan.

            “Entah.. Abang lupa buka status kemasukan dia ke hospital,” ujar Haikal bersahaja. Husna mengerutkan keningnya.

            “Hospital apa?”

            “Hospital sakit jiwa.. Dah, abang nak pergi lepak!” ujar Haikal selamba lalu naik ke tingkat atas. Mengambil beg dompet serta kunci kereta sebelum memandu kereta keluar.

            “MENTAL HOSPITAL?!” jerit Eryna dan Husna. Mereka memandang satu sama lain sambil buat muka kenapa-kau-copy-ayat-aku.
By Ayas Liaa Min

p/s: Miss Liaa blk hari ni! Miss Ayiz masih mencari idea nk buat cerpen. Hehe.