Kamis, 11 April 2013

Novel : Peperangan Cinta : Bab 18

                                   BAB 18



“ABANG!” panggil Azzalea. Ikram berpaling ke arahnya.

“ Yes! Miss Azza! What can I do for you?” kata Ikram lalu meneruskan kerjanya semula. Azzalea melangkah ke arah Ikram lalu duduk di depan Ikram yang sedang sibuk meneliti kertas kerjanya.

“ Abang, abang rasa Ara cantik tak?” Ikram terus memandang ke arah Azza.

“ Kenapa tanya soalan luar alam ni?” tanya Ikram lalu meneruskan kerjanya kembali. Azzalea memuncungkan mulutnya. Dia bangun lalu duduk di sebelah Ikram. Dia menggoncang-goncang lengan Ikram.

“ Abang! Jawablah! Bukannya susah pun! Jawab ‘ya’ atau ‘tidak’ je,” pujuk Azzalea. Ikram mendengus. Budak ni memang tak faham bahasa melayu lah.

“Jawapannya..” tiba-tiba telefon Ikram berbunyi.

‘Kau memang menyelamatkan aku lah telefon, tanpa kau aku tak tahu nak jawab apa kat Azza’

“ Assalamualaikum, Haikal! Kenapa call?” Ikram terus mengaju soalan kepada Haikal . Dia berpura–pura sibuk lalu melangkah masuk ke biliknya dan mengunci pintu.

“Waalaikumussalam. Jom lepak! Ann dah keluar and I’m so bored!” ujar Haikal. Ikram mengerutkan kening.

“Kau dengan Ann ada apa-apa ke?” tanya Ikram perlahan.

“Mana ada! Aku bosan sebab dah tak ada orang untuk aku bergaduh,” ujar Haikal selamba.

“Husna kan ada..” balas Ikram.

“Ada BFF no 1 mama aku dekat rumah. Adik aku terpaksa layan..” ujar Haikal selamba.

“Bukan adik kau benci ke dengan minah tu?” tanya Ikram.

“Yup! And, sekarang dia buat project untuk halau minah tu. And, in a few minutes minah tu akan blah..” ujar Haikal.

“So, tunggulah minah itu blah,” ujar Ikram selamba.

“Ikram!” panggil Haikal tegas.

Yes! Mr. Haikal,” balas Ikram. Haikal mengetap bibirnya.

Whatever, now meet me at Seri Rasa Restaurant now!” ujar Haikal lalu mematikan panggilannya.

“Ok.. Ok..”

 

“OIT, Ara jom keluar.. Aku bosanlah. Abang aku nak keluar,” ujar Azzalea. Arani menolak perlahan kepala adiknya yang sedari tadi cuba mendengar perbualan Azzalea dan Arani.

            “Ikut jelah Ikram tu,” ujar Arani selamba sambil menjegilkan matanya ke arah Farhan. Farhan tersengih sambil buat muka selamba ‘Tak gentarlah kak oi!’ ujarnya di dalam hati.

            “Banyak cantik muka kau! Ingat aku ni apa? Kau ingat aku ni princess? Dikelilingi oleh jejaka-jejaka kacak yang merangkap bodyguard aku?” ujar Azzalea tegas. Arani melepaskan tawanya. ‘Akhirnya dia mengaku yang Akif tu handsome..’ ujar Arani di dalam hati.

            “Pergilah keluar date dengan Akif,” ujar Arani. Farhan mengetap bibir. ‘Akak, pleaselah setuju, boleh juga Han ikut akak,’ ujar Farhan di dalam hati.

            “Banyak cantik muka kau! Kau nak abang aku kejar aku dengan parang?” Arani tertawa. ‘Ikram? Nak kejar Azza dengan parang? Dalam mimpi kot? Kan dia sayang sangat adik manja dia ni,’ ujar Arani di dalam hati.

            “Eh? Sanggup ke Ikram tu..” ujar Arani sambil meleretkan suaranya.

            “Ah! Whatever! Cepat bersiap! Kita jumpa di Restoran Seri Rasa,” ujar Azzalea lalu mematikan panggilan.

 

“ALAMAK, penuhlah! Jomlah kita pergi restoran lain,” ujar Arani. Azzalea merenung sekitar restoran itu. ‘Oh! My brother! There you are!’ ujar Azzalea di dalam hati. Dia menarik lengan Arani yang masih terpinga-pinga. Farhan segera mengikuti langkah mereka.

            “Abang! Tumpang duduk..” ujar Azzalea sambil tersengih. Ikram mengalihkan pandangan ke arah adiknya. “Tak ada orang lain ke kau nak kacau, dik?” tanya Ikram pula. Azzalea memerhatikan sekeliling.

            “Sayangnya, tak ada..” ujar Azzalea sambil menjongket kening. Ikram mengeluh perlahan. “Duduklah,” ujar Ikram. Memandangkan dia hanya berdua dengan Haikal jadi tak salah seandainya adiknya dan Ara serta.. Eh? Mamat mana pula ni?

            Hai, Ik. Meet my brother, Farhan Arsyad,” ujar Arani. Ikram menyalami tangan Farhan. Seketika kemudian, Haikal menghampiri mereka.

            “Hey, bro. Azza, Ara and..?”Haikal melirikkan matanya ke arah Farhan.

            “He’s my brother..” belum sempat Arani menghabiskan ayatnya Farhan sudah memotong.

            “Farhan Arsyad,” Haikal menganggukkan kepalanya lantas mengambil tempat duduk di sebelah Ikram.

            “Ann mana?” tanya Arani.

            “Sebab Ann tak adalah, mamat ni ajak aku keluar. Bosan kot, bini tak ada di rumah,” ujar Ikram selamba. Haikal menghadiahkan jelingan maut ke arah Ikram.

            Oh, I wonder. Where will she go?” Azza menjongketkan keningnya. Takkanlah ke rumah Nisrina? Nisrina kan sedang sibuk buat persiapan pernikahan dia.

            “Entah, ke office mungkin. Sebab dia pakai baju kerja,” ujar Haikal selamba. Mata Azzalea dan Arani membuntang. Ariana! Kau dah gila!

            Azzalea segera keluar diikuti oleh Arani, Farhan, Haikal. Ikram meletakkan beberapa keping wang di atas meja lalu berjalan keluar.

            Arani mengikuti langkah Azzalea laju. Tanpa disedarinya, ada sebuah lori yang memandu laju ke arahnya. Farhan yang melihat kelibat lori itu menolak Arani. Namun, belum sempat dia berlari pergi, lori itu telah menghentam tubuhnya.

            “FARHAN!!” jerit Arani. Tubuh Farhan sudah pun terkulai layu. Dengan pantas, dia menghampiri Farhan lalu meletakkan kepala Farhan di ribanya.

            “Farhan, jangan tinggalkan akak.. Akak sayang Farhan,” air mata yang mengalir tidak dipedulikannya. Yang penting, sekarang ini ialah Farhan.

            “Ara.. Sorry aku tak tahu yang kau orang ikut aku,” ujar Azzalea perlahan sambil menahan sebak.

            “It’s okay.. Aku pun salah sebab tak hati-hati,” ujar Arani. Perasaan bersalah menghantui dirinya. Tangisannya makin lama makin kuat.

 

ARANI masih menitiskan air mata berharganya itu. Azzalea sudah putus asa untuk memujuk Arani. ‘Adik.. Maafkan akak. Akak tak jaga adik betul-betul. Akak lalai. Adik.. Maafkan akak. Maafkan akak, Farhan Arsyad,’

            “Haikal, tolong call Ann. Hanya Ann sahaja yang mampu memujuk Ara,” ujar Azzalea lemah. Haikal mengerutkan kening. Dia mana tahu nombor Ariana.

            “Aku tak tahu nombor Ann,” Spontan Azzalea memandang muka Haikal. ‘Nombor bini sendiri tu.. Mustahil tak tahu!’

            “Woi, Haikal! Kau ni suami dia ke kawan dia ke musuh dia?” ujar Azzalea dengan riak tidak percaya.

            “Musuh dia..” balas Haikal selamba. Terlopong mulut Azzalea. Ikram dengan segera menarik dagu Azzalea lalu menutup mulutnya. ‘Ni adik aku ke apa ni?’

            “Haikal, kau memang.. Urgh!” Azzalea mencapai telefon bimbitnya lalu menelefon Ariana.

            “Ann! Kau datang ke hospital sekarang!”

            “Kau bagi jelah dekat Aizreil. Pandai-pandailah dia settlekan!” ujar Azzalea.

            “Aku tak kira! Sibuk tak sibuk! Kau baru kahwin semalam tau! Takkan hari ini dah masuk office!” ujar Azzalea geram.

            “Dia ada ijazah tahu! Macam mana dia tak boleh settlekan hal itu! Takkan nak berharapkan kau aje!”

            “Baru tak baru! Siapa suruh dia melepak dekat Jepun lama-lama? Cakap je dia tak nak kerja!”

            “Hormat tak hormat! Sekarang laki kau pun ada kat sini! Apa aku nak suruh dia guna kuasa veto dia heret kau mai sini!” Mata Haikal terbuntang. Apa kes aku sekali kena ni?

            “Tahu pun takut! Sekarang ke hospital sekaranng juga!” ujar Azzalea mengakhiri perbualan.

            “Handphone!” pinta Azzalea. Haikal hanya memberikan telefon bimbit miliknya kepada gadis itu.

            “Ini nombor Ann. Aku set nama dia My Wife,” ujar Azzalea selamba. Haikal membuntangkan matanya.

            “Woi! Apa ke nama lovey doveyyang kau bubuh? Aku dengan dia dahlah musuh sejak kecil! Pandai-pandai je!” ujar Haikal marah. Azzalea menjelirkan lidahnya lalu duduk semula di sisi Arani.
By Ayas Liaa Min
P/s: Miss Ayiz sibuk tahun ni.Subjek makin bertambah,Hw makin bertambah.Inilah nasib student badlishah.Klu korang nk tahu yg selanjutnya tentang SMK SULTAN BADLISHAH,search sndiri la.hehe.