Sabtu, 20 April 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU BAB 2

Assalamualaikum u oll...

Selamat petang dan selamat berhujung minggu korang.Hari ni akan di update sambungan Aku DiTakdirkan Untukmu.Mekasih yang sudah baca prolog dan juga bab 1.Mekasih yg bagi feedback. =)

        
BAB DUA



     MINGGU pertama bekerja Dian Batrisya sudah dapat menyesuaikan dirinya dengan di Khalid Group.Sepanjang seminggu bekerja Dian juga dapat mengenali kawan baru termasuklah Zafran Nufail lelaki yang boleh di kategori dalam  golongan yang handsome.Masuk minggu kedua bekerja memang tidak dinafikan yang Dian mula sibuk.Tugas seorang graphic designer bukanlah mudah.Banyak benda yang di harus fikir paling utama adalah harus kreatif.

     Dian sedang mengadap komputernya langsung tidak menyedari kehadiran seseorang di hadapannya.Tangannya ligat menekan tetikus ke sana dan kemari.Kerja di hadapannya lagi penting memandangkan tarikh untuk di hantar pada pihak atasan pada minggu depan.Hasil kerja yang pertamalah orang kata .

    “Dian Batrisya..” Kedengaran seseorang memanggil Dian.Kemudian Dian terus mendongak kepalanya lalu memandang kepada suara tadi.Ternganga sekejap Dian apabila melihat wajah di hadapannya.

   “Hana kau ke ni?” Tingkah Dian lalu berdiri sambil menunjukkan jari telunjukkan kepada orang yang di panggil Hana .

    “Ya akulah Hana Yasmin.Amboi kau baru setahun menghilang dah lupakan aku.Sedihlah macam ni.”Tingkah perempuan yang bernama Hana Yasmin.

   “Serius kau nampak lain.Rindunya aku dekat kau Hana.Kau apa khabar?Kau buat apa sekarang?”Ujar Dian bertalu-talu sewaktu memeluk Hana Yasmin.
    “Amboi banyaknya soalan kau Dian.Mana satu ni aku nak jawab?”Soal Hana Yasmin  sebaik saja Dian melepaskan pelukan.Dian tayang muka sengih.

    “Opss sorry .” Ujar Dian menutup mulutnya.Tingkah laku Dian yang comel di kala ini sedang di perhatikan oleh seseorang di sebelah sana.Siapakah orang itu?Sudah tentu lelaki yang cuba mendekati Dian Batrisya iaitu Zafran Nufail.Di bibir Zafran Nufail terlukis satu senyuman .Dian Batrisya tidak perasan akan Zafran Nufail yang berada di situ.

   “Ok no problem.Aku jawab semua soalan-soalan kau tadi.Aku sihat seperti yang kau lihat.Untuk pengetahuan kau juga aku bekerja di syarikat ini juga.Namun aku di tempatkan di bahagian buat research .” Tingkah Hana Yasmin dengan senyuman di bibir.

    “Serius kau kerja sini.Wah aku tak sangka boleh jumpa kau dekat sini Hana.Dah hampir setahun kan kita tak jumpa.Dah lama ke kau kerja sini?”Soal Dian Batrisya lagi dengan teruja.
   Hana Yasmin adalah sahabat baik Dian  di zaman Universiti.Sememangnya mereka berdua agak rapat sewaktu zaman belajar dahulu.Selepas masing-masing tamat belajar sudah terputus hubungan .Selepas setahun barulah dapat berjumpa balik.

     “Ye serius aku kerja sini.Eh Dhiya’ apa cerita sekarang?Dia kerja mana?”Soal Hana Yasmin lagi.

      “Dhiya’? Dia pun dah bekerja .Aku bekerja di sini manakala dia pula ke company lain.Dhiya’ dah hampir tiga bulan lebih dia dah bekerja.Rezeki aku lambat sikit tapi Alhamdulilah penantian aku tidak sia-sia. Aku dapat tawaran kerja di sini.Paling aku tak sangka dapat jumpa kau dekat sini.” Balas Dian Batrisya lagi dengan senyuman manis.Terserlah kedua-dua lesung pipitnya.

   “Amboi rancaknya awak berdua bersembang.”Tegur Zafran Nufail .Tersentak Dian Batrisya dan juga Hana Yasmin.

     “Eh Encik Zafran.Terjumpa kawan lama masa belajar tu yang kemain bersembang.”Jawab Hana Yasmin kepada Zafran.

     “Iye ke Dian?Awak berdua ni kiranya dah lama kenallah ye?” Soal Zafran Nufail lagi.
     “Aaah Encik Zafran.Kami berdua kenal zaman university lagi.”Jawab Dian Batrisya sambil memandang Hana Yasmin.

    “Oklah Dian.Nanti kita bercerita panjang ye.Aku nak sambung buat kerja .”Tingkah Hana Yasmin .

   “Ok boleh.Nanti kita bercerita panjang.” Balas Dian sambil tersenyum .Hana Yasmin pula terus melangkah masuk ke jabatannya.Dian hanya melihat kelibat Hana Yasmin masuk ke jabatan di mana bahagian Hana Yasmin bekerja.

   “Erm Dian awak keluar lunch dengan siapa hari ni?” Soal Zafran Nufail sambil menghulurkan  fail yang di minta oleh Dian petang semalam.

   “Saya keluar lunch dengan adik saya Encik Zafran.Kenapa ye?”Soal Dian Batrisya pula sewaktu mengambil fail dari tangan Zafran Nufail.

   “Ish tak payahlah awak nak berencik-encik dengan siapa.Panggil saya Zafran sudahlah.”Tingkah Zafrain Nufail sambil tersenyum pada Dian.

   “Baiklah Zafran.Oklah saya sambung buat kerja dulu ya.”Balas Dian pula lalu menuju ke tempat duduknya.

    “Ok selamat bekerja Dian.Bila ada masa nanti kita luch bersama ya.?” Pinta Zafran Nufail.Terkebil-kebil mata Dian memandang Zafran Nufail.

    Apahal pula si Zafran ni.Buang tabiat gamaknya.Kenapa nak ajak aku makan pula.Mesti ada apa-apa ni.Ish pelik betul aku dengan mamat ni.Bebel Dian sendirian di dalam hatinya.

   “InsyaAllah Zafran tapi saya tak janji tahu”Jawab Dian dengan jujur.Zafran sudah tersenyum sebelum melangkah menuju ke ruang kerja miliknya.Jarak antara ruang kerja Zafran dengan Dian bukanlah jauh sangat.Zafran boleh melihat Dia dengan jelas apabila berada si tempat duduknya Cuma Dian saja yang tidak perasan yang dirinya selalu menjadi perhatian Zafran Nufail.Adakah Zafran Nufail sudah menyukai atau menaruh hati pada Dian Batrisya?Siapa tahukan.

    “Dhiya’ kenapa lambat hari ni?Puas tahu Dian tunggu Dian dekat sini.” Ujar Dian Batrisya sewaktu memboloskan diri ke dalam kereta.

     “Sorry Dian.Dhiya’ kena siapakan sesuatu tadi.Maafkan Dhiya’ ye.Kesian Dian basah kena hujan .Balik nanti Dian terus mandi eh . Dhiya’ risau Dian demam nanti sebab kena hujan.”Jawab Dhiya’ dengan muka bersalah.

      Dian tahu macam mana Dhiya’.Dhiya’ bukan yang jenis suka merayap .Mesti ada hal penting.Salahnya Dian juga kerana berdegil nak menunggu Dhiya’ di luar pejabat.Hujan tengah lebat terkena la tempiasnya.Kalau nak masuk balik dalam pejabat pun semua orang dah balik.Tadi Hana ada mengajaknya untuk balik bersama namun Dian hanya menolak.Begitu juga dengan Zafran tapi Dian tolak .

    “Dian marilah saya hantarkan Dian balik.Hujan ni,  nanti makin lebat kesian Dian nanti basah kuyup.” Ujar Zafran sebaik saja menurunkan cermin kereta di sebelah Dian.
    “Tak apalah Zafran.Dian balik dengan adik Dian.Sekejap lagi dia sampai.Terima kasih ye Zafran.”Balas Dian dengan senyuman.

      “Dian tak sudi ke kalau saya nak hantarkan Dian balik.?”Pujuk Zafran Nufail lagi.Seperti biasa Dian hanya tersenyum pada Zafran.

     “Jangan risau.Adik Dian dah nak sampai.Lain kali ya.Zafran baliklah dulu.”Balas Dian sambil mengesat mukanya yang terkena tempias air hujan dari tepi koridor.

    “Betul ni tak nak.?Kalau macam tu apa kata Zafran temankan Dian sampai adik Dian sampai sini boleh?”Soal Zafran Nufail lagi.Di capainya payung yang terletak di tempat duduk belakang.

    “Eh tak apa.Jangan susahkan diri Zafran.Sekejap lagi adik Dian sampai.Betul ni.Zafran balik la dulu.” Ujar Dian lagi sambil menolak permintaan Zafran.Dian tidak mahu menyusahkan Zafran Nufail.Kedengaran Zafran Nufail mengeluh sambil memandang raut wajah Dian.Baru saja dia ingin membuka pintu kereta untuk keluar menuju arah Dian namun Dian menolak untuk tidak menyusahkannya.

   Susahnya aku untuk melembutkan hati Dian Batrisya.Memang dia seorang yang unik.Dian adalah lain daripada yang lain.Jauh beza dengan kawan-kawan perempuan yang dia kenali sebelum ini.Hati Zafran Nufail berbicara.

   “Baiklah.Kalau macam tu Zafran balik dulu tapi kalau ada apa-apa terus call Zafran tahu.Dian dah simpankan nombor telefon Zafran kan.” Tingkah Zafran lagi.

   “Ok.Zafran balik la dulu ya.Dian tak apa-apa dekat sini.”Tingkah Dian lagi.Zafran sebenarnya susah hati untuk tinggalkan Dian sendirian.Namun dia bimbang juga jikalau Dian akan tidak selesa dengannya.

   “Zafran terima kasih ya,Tu adik Dian dah sampai.Dian balik dulu ya.”Balas Dian lagi sambil menunjukkan kereta yang di pandu oelh Dhiya’ yang sudah pun sampai di perkarangan pejabatnya.

   “Ok hati-hati ya Dian.” Balas Zafran sambil tersenyum.Lega hatinya bila melihat Dian sudah menuju ke kereta yang di pandu olehnya.Terkejut seketika Zafran melihat wajah adik Dian.Wajah mereka memang seiras.Saling tidak tumpah.

     “Ye ke?Kesiannya Dhiya’.Sorry .”Tingkah Dian lagi sambil menarik tali pinggang keledar lalu di pakainya.

    “Dian ok tak ni.Siapa lelaki handsome tu?buah hati Dian eh?”Usik Dhiya sewaktu kereta sedang bergerak dengan perlahan menuju balik ke rumah.Biasalah kalau dah petang begini memang tidak lari dari kesesakkan lalulintas.Kebanyakannya menuju pulang ke rumah masing-masing setelah seharian penat bekerja.

   “Ish Dhiya’ ni jangan nak mengarutlah.Dia bukan buah hati Dian la.Nama dia Zafran Nufail.Dia kerja satu pejabat dengan Dian.”Tingkah Dian sambil menepuk lembut bahu Dhiya’. Dhiya’ sudah ketawa melihat muka malu Dian.

   “Waa nama kemain lagi sedap.Orangnya pun handsome.Single lagi tak?” Soal Dhiya’ lagi .Sewaktu itu Dian sedang ralit memandang kereta yang sedang berbaris-baris di hadapannya bertemankan lagu yang kedengaran di dalam kereta.Lagu dari corong radio yang  sedang dimaikan oleh DJ adalah lagu Putih-putih Melati yang di nyanyikan oleh ST12.

  “Amboi kemain lagi.Dhiya’ berkenan ke?Kalau berkenan boleh la Dian tolong .”Jawab Dian dengan selamba sambil tersengih pada Dhiya’.Sempat lagi Dian mengangkat keningnya pada Dhiya’.

    “Ish Dian ni mulalah nak mengarut.Suka sangat usik Dhiya’ kan.Eleh padahal Dian suka pada Zafran Nufail tu kan.Cepat mengaku.” Balas Dhiya’ dengan sengihan nakal.

    “Mana ada.Dhiya’ jangan nak buat cerita eh.Zafran tu kawan sepejabat Dian je.Haaa Dhiya’ lupa Dian nak bagitahu Dhiya’ yang Dian terjumpa kawan kita masa belajar dekat university dulu….”

    “Siapa-siapa?” Soal Dhiya’ dengan teruja.Belum sempat Dian menghabiskan bicaranya Dhiya’ sudah memotong.

    “Sabarlah.Dian belum habis cakap Dhiya’ dah potong.Macam mana.Dhiya’ ingat lagi tak pada Hana Yasmin.Haaa Hana pun kerja dekat Dian kerja juga tahu.Makin cantik Dian tengok Hana sekarang ni.” Balas Dian sambil tersenyum.

    “Hana Yasmin…Ermmm Hana Yasmin eh..Haaaa Dhiya’ dah ingat dah.”Jerit Dhiya’.Terkejut Dian.Kus semangat.Ish Dhiya’ ni suka sangat kalau bab menjerit,Nasib baik dalam kereta dan tingkap tertutup kalau tidak mahu terkejut orang dengar.

  “Dhiya’ janganlah jerit macam tu.Terkejut Dian tahu.” Tingkah Dian sambil mengurut dadanya.Boleh kena sakit jantung macam ni kalau hari-hari si Dhiya’ menjerit rupa itu.Dhiya’… Dhiya’..Dian menggelengkan kepala melihat telatah Dhiya’

   “Oppss sorry.Kuat eh Dhiya’ menjerit.”Soal Dhiya’ dengan selamba.
    “Ya la.Apalah Dhiya’ ni.” Balas Dian lagi.

      “Hana kerja situ.Lama kot kita dah tak jumpa dia kan Dian.Apa cerita dia sekarang.Dah kahwin ke?” Soal Dhiya’ lagi sambil meneruskan pemanduannya sebaik saja kereta di hadapan mereka bergerak.

    “Tu la.Dian pun terkejut pagi tadi.Pasal kahwin tu Dian tak pastilah.Tak sempat Dian nak tanya.Tak apa nanti kita ajak Hana keluar jalan lepas tu apa lagi kita borak sakanlah.” Dian memberikan idea sambil mengangkat keningnya pada Dhiya’.

     Dhiya’ memandang muka kembarnya Dian lalu tersengih tanda setuju.
     “Cantik.” Tingkah Dhiya’ .Dian sudah tersenyum.

Bersambung...
  
NotaHujungKaki:Bab 3 akan muncul watak seterusnya.Rafiqi Aryan lak.Hehhehee..Mekasih semua yang baca..