Minggu, 09 Desember 2012

[NOVEL] : DIRIMU SATU BAB 5

Assalamualaikum u oll...




Learn From Yesterday Live for today Hope for tomorrow 

GAMBAR DR PAKCIK GOOGLE




BAB 5


  “BENCI ..BENCI …BENCI …” Telinga aku mendengar  suara yang sedang menanggis sambil menjerit benci benci.Tak payah buka pintu bilik pun aku dah tahu siapa yang tengah meroyan.Siapa lagi kalau bukan roommate aku tu si Maya tu.Ada la tu yang tak kena dengan dia malam ni.Nasib aku la nak buat macam mana sem depan baru aku duduk rumah sewa boleh la nanti aku duduk sekali dengan Alia.Lagi senang tak payah aku nak melayan orang yang psiko macam tu.Sabar je la.

Aku terus mengeluarkan kunci bilik hostel lalu menyuakan kunci tersebut ke dalam tombol pintu.Minggu ni minggu akhir sesi kuliah semua.Minggu depan bermula la Study Week.Selepas itu pula aku bakal berhempas pulas dengan final exam yang bakal kunjung tiba  dalam masa seminggu lebih lagi.Aku memulas tombol pintu bilik lalu melangkah masuk ke bilik aku.Hari ni aku tersangatlah penat dengan Presentation .

“Ya Allah , apa ni bersepah sangat ni?dah tak ada rupa bilik aku tengok.Kau ni dah kenapa Maya.Apa kau buat ni?” .Terkejut aku bila buka pintu bilik.Tunggang langgang habis bilik ni dengan nota-nota bertaburan ditambah pula dengan peralatan menulis, bantal ,frame gambar semua bersepah kat lantai.

Aku  berpusing tiga ratus enam puluh darjah melihat keadaan bilik aku.Tetiba aku rasa kepala aku pening melihat bilik ni.Aku dah la penat hari ni balik bilik ingatkan boleh la berehat tapi macam ni pula jadinya.Tangan kanan aku mula memicit kepala manakala tangan kiri bercekak pinggang.Ni la padahnya apabila tidak boleh mengawal emosi.Bercakap pandai tapi bila berdepan dengan masalah tak boleh kawal emosi sendiri.

“Maya kenapa dengan kau ni.Angin tak ada ribut tak ada tiba-tiba kau buat perangai.Kau ada masalah ke apa ni?” Aku mula menyoal siasat Maya, mataku terus terarah kearah Maya yang sedang duduk bersandar di tepi dinding yang sedang menganggis teresak-esak.
“Aku..aku..aku tak sengaja nak sepahkan bilik ni.Kepala  aku berserabut Amani.” Balas Maya sambil menundukkan kepala.

“Maya berapa kali aku nak pesan.Jangan buat macam ni.Kawal emosi kau jangan nak lepaskan amarah kau dengan cara macam ni.Semua orang ada masalah Maya , suka ke tak suka ke memang kena hadapinya.Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.” Tu dia kemain lagi aku menasihati orang.Tak kena kat batang hidung sendiri memang la senang cakap itu cakap ini.Tapi kita sedar tak dalam dunia ni mana ada orang yang tak ada masalah.Masalah tu kan salah satu cabaran dalam kehidupan kita.Apa yang aku merepek pula ni.Adoyai Maya ..Maya  suka sangat buat perangai gini.

“Sudahlah tu Maya kau tenangkan diri kau dulu.Lepas tu kalau kau rasa kau nak kongsikan masalah kau dengan aku , kau ceritakanlah dekat aku nanti.Aku pun penat sangat hari ni aku nak mandi dan nak solat asar.Kau dah solat belum ni?” Aku membiarkan sahaja Maya yang menanggis  .

Maya hanya menggelengkan kepalanya sebaik sahaja aku menyoalnya tentang solat.Sudah aku agak .Aku harap satu hari nanti pintu hatinya akan terbuka.Solat itu  merupakan tiang agama.

“AMANI ..”  kedengaran suara yang memanggil aku dari belakang.Mendengar suara itu pun sudah aku tahu itu suara Alia.Aku berhenti melangkah lalu memusingkan badan ke belakang.Terkedek-kedek Alia berlari menuju kearah aku.

“Mana kau pergi Alia.Dari tadi aku dok mencari kau  kat area hostel ni.Aku pergi bilik kau roommate kau kata kau tak ada.Selalunya kau nak pergi mana-mana mesti bagitahu aku”.
“Sorry Amani.Aku pergi binding report ni  tadi dekat koperasi.Orang ramai pula tu.” Balas Alia sambil termengah-mengah.

“Ya Allah terlupa pula aku pasal report ni.Kenapa kau tak ajak aku temankan kau.Report ni kan report aku juga”. Aku diselubungi perasaan bersalah kerana membiarkan Alia sorang-sorang pergi binding report.

“Ala tak apa la , lagipun petang semalam kau dah bertungkus lumus betulkan balik report kita ni.So pagi ni biar aku pula yang setel kan tentang binding report.Lagipun tadi aku dah singgah bilik kau tapi si Maya cakap kau tengah mandi tu yang aku pergi koperasi terus .Aku terlupa nak mesej bagitahu kau”.Jawab Alia panjang lebar sambil menghulurkan report yang sudah siap binding.Tinggal report yang ni saja yang belum di hantar pada pensyarah.

“Kesian dekat kau, errmmm macam ni la apa kata lepas kita hantar report ni kat Puan Hidayah aku belanja kau makan ok?”.
“Rezeki jangan ditolak.Kau nak belanja makan lagi aku suka”. Alia sudah tersengih-sengih .
“Kau memang bab makan suka.Itulah dulu kemain mengata aku suka makan tengok kau pun sama juga sekarang ni kan.Dah berjangkit penyakit seleraku seleramu jua”.

“Banyak la kau punya seleraku seleramu jua .Dah jom la kita gerak sekarang.Eh kejap sebelum aku terlupa aku nak tanya kau ni minggu depan dah study week kan.Kita study sama-sama eh nanti.macam biasalah eh.” Alia mengerdipkan matanya.

“No problem .Kita stay up macam biasalah nanti.Kalau kau nak tidur bilik aku lagi bagus.Lagi senang kita nak study nanti.Aku pun….”

“Boleh tak kalau aku nak join korang berdua study?” .Eh bila masa si Maya terpacak kat depan ni?konpius aku jap.Aku dengan Alia terus terdiam dan pelik melihat Maya hari ni.Semalam kemain menaggis hari ni dah ok yang paling ketara yang membuat aku dan Alia ternganga adalah Maya sudah memakai tudung.

“Is that you Maya?” Soal aku .Lainnya muka dia bila pakai tudung macam tu.Cantik.
“Yes Amani.Ini aku Maya.Amani aku nak minta maaf pasal semalam sebab aku dah sepahkan bilik kita semalam.Aku ..aku..”..

“Alhamdulilah.Lainlah muka kau bila pakai tudung macam ni.Bertambah ayulah.”
“Aaah betul-betul.Aku sokong tu Amani.Serius lain la muka kau Maya.” Alia masih lagi menilik  muka Maya

“Amani , Alia kalau aku nak jadi kawan korang boleh tak?” Soal Maya lagi .Aku dan  Alia memandang sesama  sendiri .Dengan pantas kami berdua menganggukkan kepala.
“Mestilah boleh.Selama ni pun kau kawan aku kan Maya”.

“Korang berdua memang baik tapi aku ni yang tak baik kan.Ada je masalah aku yang akan menyusahkan kau Amani.Aku tak tahu kenapa aku jadi begini.Salah aku ke Amani?”. Maya sudah menundukkan kepalanya kebawah.Dimatanya sudah bergenang air mata tunggu saat untuk gugur saja.

“Maya sudahlah tu.Semalam kau dah ceritakan tentang tu.Dalam dunia ni kita tak boleh lari dari masalah.Mungkin semalam hari kau mana tahu tiba masanya hari kami berdua pula hadapi masalah begitu rupa.”.Terlintas kembali di kotak fikiran aku sewaktu Maya meluahkan masalah yang melanda dirinya.

“MAYA kau ok tak ni?Kalau kau rasa nak kongsikan dengan aku kau ceritalah pada aku.Mana tahu aku boleh tolong ke?”. Aku bertanya sewaktu Maya berada di tepi tingkap sambil memeluk frame gambar keluarganya.

“Amani sebenarnya ibu bapa aku dah bercerai minggu lepas dan aku baru tahu hari ni.Hati aku kecewa Amani.Kecewa sangat.Aku tak tahu apa punca mereka bercerai.Aku sayangkan keluarga aku.Kenapa begini jadinya Amani.Mummy dengan Daddy aku tak pernah fikir ke perasaan aku macam mana?Kenapa perlu berakhir dengan penceraian begini.”

“Sabar Maya.Kau juga cakap kau masih tak tahu apa punca mereka bercerai.Kau kena tanya sendiri dengan family kau.Barulah kau tahu apa masalah mereka sampaikan mereka nak bercerai.”

“Entah la Amani selama ni aku tengok mereka bahagia saja.Susah aku nak tengok diorang bergaduh ke  apa ke.Daddy aku tak pernah pun nak tinggikan suara pada Mummy aku dengan aku.Kenapa diorang bercerai.Kenapa  Amani kenapa?aku tak faham  semua ni?Ke ada orang ketiga yang telah menghancurkan kebahagian keluarga aku Amani”.Luah Maya air mata sudah jatuh ke pipinya.

“Sabar Maya.Kau tak boleh macam ni.Ingat Maya Final Exam dah dekat.Kau nak gagal ke kau nak berjaya?Aku tahu perit untuk kau hadapi semua ni Maya.Tapi sekarang aku minta satu je dari kau Maya aku nak kau focus pada pelajaran dahulu.Selepas habisnya final exam kau balik rumah dan tanya apa sebenarnya yang berlaku.Kau kena kuat Maya anggaplah ni salah satu ujian dari Allah untuk kau.” Panjang lebar aku memujuk Maya.

Maya ni korang nampak je tak bertudung macam ni tapi dia ni tak ada la suka pakaian seksi yang menjolokkan mata yang boleh buat berdarah mata ke hidung lelaki kat dunia ni tengok. Actually Maya ni salah sorang dari best student.Owh ye terlupa pula aku nak bagitahu korang.Maya ni merupakan pelajar jurusan Teknologi Maklumat.Kami bertiga ni berjumpa kali pertama sewaktu hari pendaftaran pelajar-pelajar baru di UITM tercinta ni.
“Macam mana aku nak focus pada final exam kalau kepala aku tengah berserabut macam ni Amani?Aku buntu .Aku marah aku benci semua ada.Aku rasa nak telan ubat penadolbanyak-banyak  kat atas meja tu.Pening kepala aku.”.

“What kau jangan cari pasal Maya.Kau jangan nak gatal telan ubat panadol tu. Aku tak benarkan.Kau jangan nak buat kerja gila.Ni boleh jadi kes cubaan bunuh diri, kau tahu tak bunuh diri tu berdosa .” Aku sudah mula meninggikan suara pada Maya lalu aku ke meja study milik Maya lalu mengambil botol ubat penadol itu dan aku pegang.Aku akan sorokkan ubat ini demia kebaikan diri Maya.Aku tahu kalau emosi tidak stabil macam-macam benda boleh jadi.Waktu begini kadang-kadang manusia tak tahu apa yang dia buat .
“Dengar sini Maya.Kau ingat dengan telan ubat boleh lenyapkan masalah kau semua.?Jangan haraplah .Fikir dulu sebelum bertindak Maya.Jangan kau nak buat kerja gila.Aku nak kau pergi ambil wudhuk dan sembahyang .Kau dah lama tak sembahyang Maya.Berubahlah Maya.Aku tak nak tengok kau begini rupa.Aku tak nak tengok kau menghancurkan diri kau sendiri.Fikir Maya .” Setelah berkata sebegitu aku terus berlalu .Ubat panadol masih lagi dalam gengaman tangan aku.Aku ingin biarkan Maya bersendirian sementara waktu.Biar dia fikir sebaik-baiknya.

Maya terdiam tanpa sepatah kata .Maya hanya menitiskan air mata tanpa henti.Harap-harap dia tidak akan buat kerja gila la malam ni.Maya ..Maya.


“Terima Kasih Amani , Alia.Aku sebenarnya malu dengan korang berdua.” Kedengaran suara Maya mematikan terus lamunan aku tentang cerita malam tadi.Aku mengeluh perlahan.

“Dah la tu Maya.Tak ada orang dalam dunia ni yang perfect yang tak pernah membuat salah.Aku juga pun ada buat salah.Maya aku minta maaf eh kalau aku terkasar bahasa dengan kau malam tadi.Aku nak minta maaf sebab selama ni aku selalu mengumpat kau.Sorry .”Aku memeluk bahu Maya.

Memang sebelum ni aku buat salah dengan Maya.Ye la aku selalu memgumpat hal dia .Aku tersalah mentafsir Maya .Aku mengeluh sendirian.

“Tak apa Amani.Kata-kata kau malam tadi banyak menyedarkan aku.Semalaman aku tak boleh tidur memikirkan kata-kata kau semalam.Terima kasih Amani atas nasihat yang kau berikan pada aku.” Balas Maya sambil tersenyum.

“Aku ni boleh la bagi nasihat sekarang ni tapi kalau suatu hari nanti aku hadapi masalah yang lebih kurang sama or sama macam kau aku pun tak tahu bagaimana aku nak hadapinya.Entah-entah aku langsung tak boleh nak kawal emosi aku.Korang berdua pun kena la juga tegur kalau aku ada melakukan kesalahan.Apa orang cakap saling ingat mengingati tak gitu?” .Aku sudah tersengih.

“Tak ada hal Amani.Jangan kau merajuk lari dari rumah sudah la.karang susah pula aku dengan Maya nak menjejaki kau”.Balas Alia sambil ketawa.Maya juga turut ketawa.Haip diorang berdua ni memang la boleh jadi geng sekepala.

“Dah-dah kesitu pula kau, kang aku tak nak belanja makan baru tahu.” Tu dia aku dah mula sesi mengugut Alia.Terus berhenti ketawa.

“Mana aci macam ni.Aku tak kira kau dah janji tadi kan.Tak baik mungkir janji.” Alia sudah mempamerkan muka merajuk depan aku.Saja aku nak permainkan Alia.
“Wah kau nak belanja Alia makan ke?Untuk aku pula tak ada ke?” gurau si Maya pula sambil tersengih.Ni lagi sorang nak kenakan aku lah tu.

“Ok ok dah Alia kau jangan nak buat ayam berak kapur pula.Dah jom aku belanja korang berdua makan cendol nak tak?Tapi bukan sekarang la tunggu tengahari sikit.Kita settle kan dulu hantar report ni dan juga ke library hantar buku yang aku pinjam minggu lepas.Amacam boleh?” Aku mmengangkat kening pada mereka berdua.

“Orait boleh-boleh , tak ada masalah”. Balas Alia dan Maya serentak.See kan aku dah kata memang sekepala budak berdua.Cakap pun dah sama.Hehehhe..Bertambahlah sorang lagi  kawan baik aku dengan Alia .Alhamdulilah .

“Eh serentak pula korang jawab ye.Memang sah seleraku seleramu jua.” Giliran aku pula yang ketawa.Alia sudah tergelak .Maya saja yang tersengih sambil mempamerkan muka blur.Sah dia tak faham maksud aku tadi seleraku seleramu jua.Maya ..Maya dial up pula dia.Ahaks..

“SEDAPNYA cendol ni ..” Kemain lagi aku makan cendol .
“Betul-betul aku sokong.Sedap woo cendol ni.Dah la makan diwaktu tengahari begini.Perh memang nikmatlah aku rasa.” Sampuk Alia pula.

“Setuju dengan kau Amani , Alia.Cendol ni memang sedap dengan manisnya cukup rasalah orang kata. Aku rasa macam nak tambah lagi je.Boleh tak?” Balas Maya pula sambil menyuapkan cendol kedalam mulutnya.

“Boleh juga tu.Aku pun nak tambah juga la.”  Ujar Alia sambil tersengih pada aku.
“Ye la.Boleh je aku belanja  kan.Kemain korang berdua ni makan ye.Kalah aku kalau…..”
“Hai korang,makan cendol je ke tengahari ni?Korang diet ke apa?” . Alahai dia dah mai dah si Mazlyn ni.Apa kejadahnya minah ni.Menyibuk betul la.Kat mana aku ada kat situ juga la dia nak ada.Kalau datang tak menyakitkan hati memang tak sah.

“Biarlah kalau kitaorang nak diet pon cik Mazlyn oit.Bukan ada kena mengena dengan kau pun.” Selamber saja aku berkata-kata pada Mazlyn , tapi mulut tetap dengan makan cendol.Alia dan Maya buat tidak tahu.

“Whatever la Amani.By the way aku bagi amaran ni.Janganlah kau mengedik dengan Encik Kamarul tu.Dia tu tak sesuai pun dengan kau.Lainlah kalau macam aku ni yang sentiasa cantik”. Ujar Mazlyn sambil mengibaskan rambutnya yang mengurai .Terngnga jap aku dengar.

Perasan betul minah ni.Apa dia ingat aku gila sangat ke dengan Encik kamarul tu.Huh tak nak aku .Eleh nak tunjuk rambut barulah tuh.Ni mesti baru rebonding ni rambut yang straight semacam je aku tengok.Aku memandang Alia dan Maya.Kemain lagi budak berdua ni mencebik melihat gelagat si Mazlyn.

“Euuuwww tak ingin aku dengan Encik Kamarul tu.Kalau kau nak sangat pergi la tackle dia.Lepas ni aman sikit hidup aku tanpa ganguan dia.Lagi pun aku tengok kau dengan dia memang sepadan dan secocok la orang kata.” Aku mula memuji Mazlyn.Saja nak tengok bagaimana rupa dia bila aku cakap begitu.

“Haaaa tau pun kau yang aku ni memang secocok dan sepadan dengan Encik Kamarul.Kau apa yang ada.Nak kata cantik lagi cantik muka aku ni haa.” Balas Mazlyan dengan bangga.Tangannya dari tadi dok memintal rambut baru miliknya.Aku buat muka tak tahu.Tak kuasa aku nak melayan minah ni.Perasan cantik la sangat.!

“Meluat betul la aku dengan minah ni..” Bisik Alia pada Maya namun masih lagi dapat didengari oleh aku.

Kalau diorang meluat dengan gelagat Mazlyn aku ni lagi la meluat dengan minah perasan ni.Aku pun pelik apa hal sepupu aku ni dari dulu sampai sekarang tak sebulu dengan aku.Suka sangat bangga diri .Suka cari pasal dengan aku. Pelik aku.

“Suka hati kaulah Mazlyn .Aku malas nak …..”

“Wait..wait ..Hello haa korang kat mana.Dah lama aku tunggu ni.Kata nak keluar.Penat tau aku tunggu korang bertiga ni.”. Alahai belum sempat aku habis cakap handphone minah ni dah berbunyi.Mesti kawan baik dia la tu yang tiga orang tu siapa lagi kalau bukan si Lina , Fiqa dengan Rozi.Diorang bertiga tu pun classmate aku juga.Entah macam mana la budak bertiga tu boleh kamceng dengan minah ni.

“Ok cepat sikit.Bye…Sorry ye Amani.Aku  kena pergi dulu aku ada hal sikit denga kawan –kawan aku.Nanti kita cerita lagi ye pasal Encik kamarul tu ye.Ok daaa…” Kemain lengang lagi minah ni sorang sambil melambaikan tangannya.

“Ok daaa…Menyampah aku tengok minah ni.Perasan betul.Macam la dia tu cantik sangat”. Cebik Alia sewaktu Mazlyn sudah melangkah beberapa tapak ke depan.
“Sepupu kau tu kenapa Amani?” Soal Maya pula.

“Entahlah dia.Kau faham-faham je la perangai dia macam mana.Pening kepala aku melayan orang perasan macam tu.Apa la nasib aku dapat sepupu macam tu.Errrmm “
“Dah la Amani , Maya abaikan je la.Jom habiskan cendol ni dulu.Pastu kita balik ke hostel.Kaki aku ni dah lenguh dah ni.” Sampuk Alia tetiba sambil tersengih.

“Ye la.Dah makan cepat.Lepas tu kita balik ok.”. Alia dan Maya sudah tersengih  sambil  menghabiskan saki baki cendol di dalam mangkuk milik mereka.



 SaLaM KaSiH