Kamis, 27 Desember 2012

Novel : Peperangan Cinta : Bab 13


Bab 13
“GUYS! Aku tak mahu lah masuk bilik itu! Umpama neraka kau tahu tak?!” rungut Ariana.

“Padan muka kau! Teruk sangat ke kalau duduk di Itali tu! Kita orang boleh pergi sekali dengan kau!” balas Azza.

“Yelah, kau kata tak teruk! Aku tak boleh balik rumah, tak boleh jumpa mommy aku! Kesian kat aku!” rungut Ariana.

“Yelah, tu! Cik Ariana oi! Ops! Lupa! Puan Ariana oi!” Ariana menunjukkan penumbuk ke arah Arani.

Tiba-tiba Nisrina menghampiri Ariana. Ariana memandang pelik ke arah Nisrina.

“Kau ni apasal pulak dah Nis?” tanya Ariana.

“Tu! Mamat tu! Dia asyik tengok aku tau tak?!” bisik Nisrina.

“Mana?” tanya Ariana lalu meliarkan pandangannya mencari siapakah yang dimaksudkan oleh Nisrina.

“La.. Si Daiyan tu lah,” bicara Nisrina.

“Oh! Kau tak tahu ka? Dia memang minat dekat kau sejak dulu lagi,” tutur Ariana selamba. Serentak dengan itu, Nisrina mencubit paha Ariana. Orang cakap betul-betul dia main-main!

“Anna! Jangan main-main boleh tak?!” keras bicara Nisrina.

“Kau orang ni kenapa? Betul ke tak?” tanya Arani. Dia pening melihat sikap rakan-rakannya itu. Bisik-bisik apa entah!

“Si Nisrina ni hah! Dia perasan orang mengintip dia!” kata Ariana selamba.

“Anna! Kau ni kejamlah! Tak mahu duduk sebelah kau! Duduk sebelah Azza lagi bagus!” kata Nisrina lalu beralih tempat ke sebelah Azza. Dia menjelirkan lidahnya ke arah Ariana.

“Hehe..”

“Hey! Anna! Kau tak bimbang ke about your first night?” tiba-tiba Azza menyuarakan soalan sensitive bagi Ariana.

“Kalau dia berani, aku tendang lah. Tapi tak kut! Sebab kami berdua kena paksa kahwin!” ujar Ariana.

“Ataupun, dia sendiri nak kat kau!” selamba je Arani menuturkannya.

“Ara!” Ariana mengambil sebiji bantal lalu dibaling ke arah Arani.

“I get it! Haha!”

 

“WEI! Carl! Kau mintak lah dekat ‘bini’ kau tu alamat si Nisrina tu!” ujar Daiyan sambil menekankan perkataan bini.

“Sekali lagi kau cakap macam tu! Aku jamin kau akan bermalam di hospital,” ujar Haikal.

“Hehe.. Sorry..”

“Apa kata kau minta sendiri! Baru gentleman bro! Nanti Ariana fikir si Carl ni berminat dengan si Nisrina! Naya kau bro!” kata Akif menepuk-nepuk bahu Daiyan. Daiyan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Aku seganlah,”

“Astaghfirullah! Kau ni teruklah Daiyan!” Haikal meraup-raup mukanya. Bengang dengan sikap kawannya yang segan tak bertempat.

“Hish! Kalau macam ni biar akulah pergi minta! Senang!” kata Ikram. Langkah diayun menuju ke arah sofa di mana Ariana, Arani, Nisrina dan Azzalea sedang bergurau senda.

 

“ASSALAMUALAIKUM, akak! Ada seorang abang tanya alamat rumah akak berempat apa?” seorang budak menghampiri Ariana, Arani, Nisrina dan Azzalea.

“Hah! Abang tu nak buat apa dik?” tanya Nisrina. Aneh dengan permintaan budak kecil itu. Namun, budak itu hanya menggeleng tanda tidak tahu.

“Maaf, saya tidak tahu,” kata budak itu. ‘Mak oi, formalnya!’ ujar Ariana di dalam hati.

“Okeylah, begini adik. Adik pergi tanya dulu abang tu nama apa sebelum minta kat kami, okay?” usul Ariana. Budak itu mengangguk lalu berlari ke arah sesuatu tempat. Puas Ariana mencari di mana bayang budak itu namun tidak kelihatan.

“Budak tu ke mana ha? Tak nampak pun!” rungut Ariana.

“Biarlah kat dia, nanti dia datang bagi je lah alamat,” selamba je Azzalea menuturkannya.

“Kau gila ke? Entah mamat mana mintak! Mamat psiko ke? Kau senang-senang je nak  bagi,” marah Nisrina.

“Bukannya mereka nak pergi serang rumah kita pun,” balas Azzalea. Arani berfikir sejenak.

“Betul juga! Nanti kalau mereka serang rumah  kita. Kita report jelah dekat polis,” kata-kata Arani menyebabkan mereka bersetuju untuk memberikan alamat rumah mereka kepada ‘lelaki misteri’ itu.

Tidak beberapa lama kemudian, budak itu menghampiri mereka.

“Ikhwan! Huh! Huh! Nama abang.. abang tu Ikhwan.. huh” budak itu mengeluh kepenatan.

“Jauh ke dik? Sampai adik semput macam ni. Meh akak tulis,” pinta Nisrina.

 

BUDAK itu menghampiri Ikram. Ikram mengusap kepala kanak-kanak itu lalu memberikannya duit.

Ikram berjalan ke arah teman-temannya yang sedang menunggu jawapan untuk alamat gadis yang telah berjaya mencuri sekeping hati Daiyan.

“Nah! Bukan susah mana pun!” kata Ikram lalu duduk. Segera Daiyan mendapatkan kertas itu. Untuk seketika, matanya terbeliak. Mulutnya terlopong. Akif yang melihat keadaan Daiyan menutup mulut Daiyan dengan menggunakan tangannya. Dalam hati dia berkata ‘teruklah kau ni, Daiyan’

“Aku minta seorang yang kau bagi empat-empat ni kenapa?” kata-kata Daiyan menyebabkan Haikal menarik kertas yang dipegang oleh Daiyan.

“Hah? Kau ni biar betul!” tanya Haikal dengan matanya yang terbeliak.

“Well! That is called tactic!” kata Ikram lalu tersenyum sinis.

“Kau buat macam mana?” tanya  Akif. Hairan juga dengan si Ikram ni. Bukankah dia orang yang paling liat nak jumpa perempuan dan paling alim di dalam kumpulan mereka.

“Aku upah seorang budak!” selamba je Ikram berkata.

“La! Tak guna kau Ikram! Aku ingat kau pergi minta sendiri! Licik betullah!” Daiyan menepuk-nepuk bahu Ikram.

“Biasalah! Ikram!” Ikram menjongket-jongket keningnya.