Kamis, 06 Desember 2012

Novel : Peperangan Cinta : Bab 10

Bab 10

TELEFON Ikram berdering. Ikram lantas bangkit lantas menghampiri telefonnya. Dia membuka mesej yang dihantar oleh Azzalea.

            ‘Bang, what happen last night? Date dia orang menjadi tak? Azza risaulah! Sekarang ni kita orang nak naik flight. Ann berkeras nak balik awal. Alasan? Dia malas nak balik lambat. Abang balik petang ni, kan? Take care, okay? Azza balik dulu.. – Azzalea’

            Ikram menghela nafasnya. Ariana! Pandai aje buat keputusan sendiri. Dahlah semalam pun sudah hancus! Hari ini dia balik! Tak sempat nak beri penjelasan.

            “Kau kenapa Ik?” tanya Akif. Ikram memandang ke arah Akif lalu mengeluh.

            “Oit! Kau kenapa? Girlfriendcabut lari ke apa?” tanya Akif lagi. Ikram menjeling ke arah Akif namun Akif hanya tersengih.

            Bad news Haikal! Kita tak sempat nak jelaskan pasal hal mama kau kepada Ann. Dia cabut balik dulu. And, I think in a few days she will left Malaysia,” ujar Ikram sambil memandang ke arah Haikal. Haikal mengurut pelipisnya. Ah! Susah! Ambil flight petang ni. Sampai esok! Mana sempat! Ntah-ntah lusa dia dah blah!

            “Dia sambung pelajaran di mana?” tanya Haikal.

            I have no idea! Azza tak beritahu pun! Kalau kita tahu pun, macam mana kita nak cari dia, en?” ujar Ikram lagi.

            “Fuh! Naya lah kalau macam ni!” ujar Haikal lalu merebahkan badannya.

 

 “WOI, kau rasa mereka cari kita tak?” tanya Nisrina kepada Ariana yang sedang jauh termenung.

“Lantaklah mereka. Aku tak kisah, janji hidup aku aman,” Ariana mengangkat begnya lalu dibuka. Dia hendak menyusun baju-bajunya ke dalam almari. Lusa, dia akan mula mendaftar.

“Wei, sebentar lagi lepas siap simpan semua ni, kita pergi shopping, menurut kata Lisa, musim sejuk akan tiba,” cadang Nisrina. Lisa Airin, seorang mahasiswi di salah sebuah Universiti di Korea. Lisa ialah teman serumah mereka sepanjang mereka berada di Korea.

“Boleh jugak, tapi kemaslah barang ni dulu,” ujar Ariana lalu mengambil salah satu bajunya lalu disimpan.

“Memanglah kemaskan baju ni dulu, takkanlah shopping dulu kot,” kata Nisrina selamba. Ariana menjeling Nisrina. Geram kata-katanya dipermainkan.

“Boleh juga!” balas Ariana semula.

 

HAIKAL termenung sendiri. Rasa bersalahnya tak akan hilang jika dia tidak meminta maaf dengan Ariana. Minah ni pun satu! Hilang dibawa angin ke apa?

            “Woi! Bro! Kau kenapa? Macam orang mati bini je gayanya!” Akif menyergah Haikal.

“Alamak! Aku dah duda! Tak sangkanya aku!! Duda walaupun tak kahwin lagi! Aik! Macam mana aku boleh jadi duda sedangkan aku tak kahwin lagi?! Musykil! Musykil!” selamba je Haikal berkata begitu. Pecah ketawa Daiyan dan Ikram. Muka Akif memerah menahan geram. ‘Dia perli aku, sesedap kacang goreng je dia perli aku’ getus Akif.

“Oh! Tak sangkanya aku! Aku ingat kawanku ini masih bujang rupanya duda! Siapalah jandanya itu? Ariana apa?” Akif membalas kata-kata Haikal dengan mengaitkan musuh utama Haikal iaitu Ariana.

“Ish! Ish! Ish! Tak sangka betul! Patutlah pantang berjumpa mesti bergaduh rupa-rupanya mereka pernah berkahwin dan pernah bercerai! Ish! Tak patut-tak  patut!” Daiyan pula berkata. Mereka ni sepakat nak perkena Haikal. Huhu.. Padan muka kau Haikal.. Haha..

“Kau orang nak makan penumbuk tak? Sesedap kacang goreng kau cakap macam tu dekat aku. Terasa tau tak?” Haikal berjauh hati.Tak pasal-pasal dirinya yang terkena.

“Alamak! Haikal sudah nangis. Ariana tolong!” Daiyan sengaja menguatkan suaranya umpama dia memanggil Ariana. Segera Haikal menutup mulut Daiyan. Takut orang lain mendengar dan memikir yang bukan-bukan.

Tiba-tiba kerusi sebelah Haikal ditarik. Terkejut Haikal apabila melihat Eryna duduk di sebelahnya.

‘Minah ni lagi,’getus Haikal. Ikram, Daiyan dan Akif mengeluh kasar. Tidak suka dengan kehadiran gadis itu.

“Huh! Kalau you all nak tahu betina-betina gatal yang bersama kau orang waktu bercuti hari itu dah pergi luar negara. Mesti mereka tak beritahu you all lansung kan? Biasalah! They all want you all to find them! Kesian you, Carl! Sebab ibu you tak sukakan si Ariana tu. Padan muka betina tu. Kena tampar depan orang ramai. I rasa sebab  tu kot dia pergi oversea,” Eryna membuat gayanya yang tersendiri sambil mengutuk Ariana. Ikram, Akif dan Daiyan tersentak.

I think you kot yang bawa mama Haikal ke Australia. Anyway,mereka pergi ke oversea sebab mereka dapat sambung belajar di sana. Azza ada beritahu I hari itu,” kata Ikram selamba.

“ Ermm... Carl kita orang pergi dulu ya,” Daiyan menarik-narik lengan Akif seraya berkata. Melalui pandangan mata Daiyan menyuruh Akif pergi. Mereka bangun lalu berlalu pergi. Ikram mengikut jejak langkah mereka. Tinggallah Haikal dan Eryna berdua. Namun, tidak sampai beberapa minit, Haikal terus bangun lalu berlalu tanpa mempedulikan Eryna. Eryna tersenyum sinis.

‘Huh! Ariana! Ariana! Padan muka kau! Sesedap hati kau je nak rampas Haikal daripada aku! Kau memang silap besar la! Haha!! Nasiblah kau ke luar negara! Kalau kau masih di sini! Dan masih lagi merenyam dengan Haikal..! Aku akan pastikan kau mati..! Hahaha !!!’ Eryna tersenyum sinis. Rasa-rasanya kita perlu hantar dia ke Hospital Bahagia ke? Ataupun ke penjara?

 

4 TAHUN KEMUDIAN...

“Alhamdulillah! Akhirnya kita sampai ke tempat yang dituju! Malaysia! I love you! Saranghaeyo!!” Arani mendepangkan tangannya. Azzalea menepis lembut tangan Arani yang terkena wajahnya.

Azza terus mengambil telefon bimbit Samsung Galaxy ACE kepunyaannya. Dia mencari-cari nombor telefon. Dia mengeluh perlahan.

“Tak adalah pula,” katanya sedikit kuat.

“Kau cari apa?” Arani menjengukkan mukanya ke telefon Azza. Azza menyimpan semula telefonnya ke dalam beg tangannya lalu berkata.

“Nombor telefon Hospital Tanjung Rambutan, nak suruh dia orang ambil kawan aku yang sudah pun terencat akal,” kata Azza selamba.

“Kau cakap tentang aku kan,” syak Arani.

“Entah, aku tak mention pun nama kawan aku tu, kalau kau kata kau, kaulah,” kata Azzalea selamba lalu berjalan meninggalkan kawannya yang tercangang. Azza berjalan ke arah ibu bapanya yang sudah menunggunya di kereta.

Sementara itu..

“Bangang betul! Tak sangka dalam diam dia perkena aku!! Tak patut punya sahabat!” Arani menyumpah-nyumpah Azzalea.

“Akak! Akak boleh berhenti membebel tak,” tegur Farhan Arsyad. Adik Arani.

“Tak boleh!” Arani terus berlalu dan menaiki kereta.

            “Apalah nasib aku dapat kakak macam ni? Redha ajelah..” ujar Farhan Arsyad sambil menggelengkan kepalanya.

 

“GIRLS! Meet me at Mega Mall! 4:30 pm! I just give you 30 minutes to get ready! If you late, I will leave you!”

“Hey Ann ni! Bertuah betullah! Ada ke patut dia bagi 30 minit je! Mana sempat!” keluh Nisrina. Dia tahu yang kata-kata Ariana itu muktamad. Pernah dia terlewat 5 minit Ariana dan yang lain tinggalkan dia. Huh! Apa nak buat?! Ikut jelah!

 

“NASIB baik tak lewat! Kalau lewat aku tinggal! Jom!” arah Ariana. Azza, Arani dan Nisrina hanya mengikut, malas nak bergaduh dengan anak Tan Sri Mansur tu!

Mereka menuju ke arah Kedai Buku Popular. Niat mereka hendak mencari novel dan buku yang ada di pasaran sekarang.

“Kau orang rasa nak pilih Pabila Cinta Memanggilku ke Erti Cinta ye,” tanya Azzalea sambil menunjukkan kedua-dua buku novel itu.

“Dua-dua, bolehlah aku kongsi sekali. Jimat duit aku!” balas Arani sambil tersengih macam kerang busuk. Azza mendengus. Ish! Arani ni! Harap je anak orang kaya tapi rupa-rupanya kedekut!

“Azza! Sharing is caring!” Nisrina pula tersengih-sengih.

“Kau silap! Sharing is wasting!” kata Azzalea selamba lalu berlalu. Betul! Perhabis duit dia je! Bukannya nak bagi duit hulur tolong bayar sekali ni tak! Aku jugak yang kena bayar semua!

Ariana hanya tertawa dengan kelatah kawan-kawannya itu. Macam budak-budak! ‘Hey! Apalah nasib aku?’ Ariana menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Tulah! Minta lagi kat Azza kan dah kena sembur!” Ariana berlalu. Arani dan Nisrina memuncungkan mulutnya.
p/s: 1 post seminggu, dan nantikan kemunculan cerpen terbaru Lia 'I Hate You.. But.. I Love You' , In Shaa Allah pada hujung bulan ini. Lia pun agak sibuk sekaran, so tak boleh mengarang sangat.. Sorry?