Selasa, 30 Oktober 2012

[NOVEL] : DIRIMU SATU BAB 1

Assalamualaikum u oll...






cinta

satu ungkapan yg belum pasti keindahannya

kerana d'sebalik keindahan cinta itu

tersirat seribu kepahitan

patinya merentap kedamaian jiwa 

seorang pecinta yg setia.

tatkala ikatan d'undng kekecewaan

namu ia tetap betah mjemput setiap jiwa

yg punya hati dan perasaan
hakikat yg tersimpan disebalik anugerah ini
x terungkai dgn bicara d'bibir
x tergambar dgn lakonan
begitu syahdunya kurniaan Allah
lahirnya dari hati seorang insan
berakal,beremosi,penyayang dan perasaan

BAB 1 



  
BAB 1

        PAGI-PAGI lagi aku dah kelam kabut macam orang gila.Semua benda yang aku semuanya tak menjadi.Entah kenapa nasib aku begitu malang hari ini.Dah la aku terlambat masuk kelas Encik Kamarul hari ini gara-gara bangun lambat.Salah aku juga buat kerja last minit macam nilah sampai tak tidur.Penyakit cari sendiri namanya tu.Tu la perangai aku yang susah nak ubah.Projek ke assignment ke suka sangat buat last minit.Apa nak jadi dengan kau ni wahai Aku.
Kejap lagi sah-sah la aku kena membebel dengan Encik Kamarul a.k.a Encik Penyibuk.Haish tak berkat la kau belajar Aku oit kalau dok mengutuk pensyarah sendiri.Nama tu aku yang bagi pada dia.Serius aku tak suka dengan perangai encik kamarul suka sangat menyibuk hal aku.Jangan tak tahu encik kamarul ni ada hati dengan aku.Semua benda dia nak ambil port.Kemana aku pergi, dengan siapa aku keluar .Semualah.Rimas aku dibuatnya.Namun aku sabarkan juga la bertahan ada beberapa minggu lagi untuk semester ini berakhir.Roomate aku pula tak boleh di harap langsung bukannya nak kejutkan buat derk saja.Kalau time nak minta tolong apa-apa dengan aku barulah bermuka manis.Ceh tension aku mengadap muka dia .Biasalah manusia dalam dunia ni macam-macam ragamnya.
Nasiblah kau Aku dapat roommate yang boleh dikatakan sakit mental.Asal ada problem sikit si Maya macam orang meroyanlah jawabnya.Menanggis dekat celah dinding sorang-sorang.Kadang-kadang aku risau juga takut dia buat perkara bodoh.Nasib baik aku yang jadi roommate dia.Kalau orang lain memang dah lama dah cabut.Aku je yang masih mampu bertahan.Walaupun mulut aku ni macam petir tapi hati aku baik juga.Ceh kau jangan nak perasan pagi-pagi ni Aku.Lebih baik bersiap-siap .Karang naya aku kena bebel dengan Encik Penyibuk.
     Aduh masak aku hari ni ,nak masuk ke tak ni.Aku dah sampai di depan pintu kelas aku dah.Longgar skru kepala lutut aku ni berjalan .Eh silap bukan berjalan tapi berlari-lari itik.Dah la berlari  dengan berbaju kurung hijau pisang tersarung dekat badan aku ni haa.Sah-sah  mata yang memandang tergelak tengok aku berlari.Alamak hai tak boleh nak control ayu la hari ni.Puh kanan puh kiri .Aku membetulkan beg sandang serta buku ditangan.Sempat lagi baiki tudung beb.Control ayu gitu.Haish perasan tak habis-habis aku sorang ni.Dengan berhati-hati aku memulas tombol pintu dan memberikan salam.
    “Assalamualaikum ..Maaf Encik Kamarul saya terlambat hari ini?”
     “Haaa Aku apasal awak lambat hari ini.Awak tahu kelas saya pukul berapa hari ni.Awak tak tengok jam ke Amani?Kelas saya bermula jam sembilan pagi ni sekarang cuba awak tengok jam awak tu dah pukul berapa?”
 Boom kebabo.Ambik kau ,tu dia encik kamarul dah mula membebel macam mak nenek.Nampak je garang tapi dalam hati ada taman beb.Bila aku tak layan mulalah dia meroyan marah sana marah sini..Cewah dia ingat aku ni apa.Huh sabar je la Amani.Aku hormatkan dia sebagai pensyarah aku dan dah lebih dari itu.Masalahnya bukan dia faham pun dah banyak kali aku cakap tapi tak faham-faham betullah.Dia nak suruh aku cakap bahasa apa lagi nak suruh kasi dia faham yang aku tak suka dia.Diulang sekali lagi ye aku tak suka dia full stop !.
      “Awak dengar tak ni Amani?”.Tersentak Amani dari lamunan.Terus saja matanya menatap jam kesayangannya itu.Jam itu dihadiahkan oleh ibunya sewaktu birthday nya yang ke dua puluh tiga tahun.Tahun lepas punya ok.Bermakna umur aku tahun dan dua puluh empat tahun.Oh No.
“Awak dengar tak saya cakap ni Amani?”.Ulang encik kamarul lagi.Bergegar anak telinga aku.
       “Dengar Encik Kamarul.Jam saya menunjukkan pukul Sembilan setengah pagi”.Jawab Amani acuh tak acuh .
        “Sembilan setengah awak kata?tengok jam dekat dinding tu pukul berapa?”.Sudah Encik Kamarul dah mula bercekak pinggang sambil menunjukkan marker yang berwarna hitam  kearah jam yang tergantung pada dinding.Lalu aku mengangkat muka melihat jam di dinding.Alamak dah pukul sepuluh pagilah patutlah dia mengamuk sakan hari ini.Amani..Amani silalah tadah telinga anda ye.
     “Erkk maaf encik kamarul.Jam saya rosak .Saya tak perasan jam tangan saya ni dah rosak.Agaknya bateri dia dah kong kot.”jawab aku dengan selamba .Jauh disudut hati rasa bersalah tapi memandangkan Encik Kamarul aku jadi selamba aja.Ringan saja mulut aku menjawab.Sengaja aku  membuat perangai yang sedemikian .
     “Menjawab bukan main lagi.Dah tau jam tangan rosak kenapa tak tengok jam lain.Kalau awak nak saya boleh beli.” Ujar Encik kamarul dengan tegas.Jap-jap apasal ayat last tu aku rasa macam pelik aja.Wah kalau setakat nak ambil hati aku dengan idea nak beli jam baru tak payahlah..Tak jalan punya idea tu.
Alamak hai .Dah lenguh kaki aku ni berdiri kat depan meja dia ni.Bila nak suruh aku duduk ni.Dah la penat berlari naik atas bukit ni. Aku  mengeluh perlahan sambil menggaru kepalanya yang tidak berapa nak gatal itu.Aku menarik nafas perlahan-lahan sebelum menyambung semula bertekak dengan encik Kamarul.
   “Encik kamarul juga kan yang tanya pada saya.So saya jawablah “. Selepas Amani berkata begitu satu kelas ketawa.Mereka semua sudah masak dengan karenah aku tambahan pula ni memang sejak dari awal-awal sem lagi aku tidak sebulu dengan Encik Kamarul.Terlukis kerutan di dahi  encik kamarul.
     “Haaa korang gelak kenapa?Dah senyap semua.Amani sila ke tempat duduk awak.Ok sekarang kita sambung semula kuliah kita hari ini.”.Akhirnya dapat juga aku duduk.Fuh lega beb mulut aku pun dah penat nak menjawab soalan cepumas dari Encik Penyibuk..
    “Terima kasih Encik Kamarul”.Ujar aku sambil tersengih .Encik kamarul hanya menggangukkan kepalanya sahaja.Aku  terus berjalan menuju ketempat duduknya.
   “Kenapa aku call dan mesej kau tak jawab?Berkali-kali tahu aku kejutkan kau Amani”.Bisik Alia sebaik sahaja amani melabuhkan punggungnya pada kerusi yang bersebelahan dengannya.
     “Aku tak perasanlah beb.Aku tak sedar langsung.Malam tadi aku tidur lambat siapkan projek Puan Hidayah”.bisik aku  pada Alia.Manakala Alia hanya tersengih.
“Kau memang kalau buat kerja tak ingat dunia.tak ingat siang ke malam ke kan”.
“Ssshhh senyaplah.Lepas kelas nanti kita cerita.Nanti encik penyibuk tu nampak kita duduk berbisik macam ni tak pasal-pasal aku kena lagi huh..” Alia sudah tersengih.Aku tahu Alia faham maksud aku tu.
“Ok beres Cik Amani”.Lepas saja Alia berkata-kata aku pula yang tersengih sambil mengerdipkan mata.
   Alia adalah satu-satunya sahabat baik aku sepanjang dia berada di menara gading ini.Mereka berkenalan pada minggu orientasi lagi.Semenjak itu mereka bersahabat baik,malahan nak pergi kemana-mana pun mesti berdua.Dah macam kembar.Kembar tak seiras tak sehati tapi dua-dua kepala gila-gila .

TENGHARI ITU , aku berjalan bersama Alia menuju ke kafetaria untuk mengisi perut.Maklum sajalah sejak dari pagi lagi perutnya minta diisi, kalau dikira dah macam radio buruk dah mana taknya nak menunggu habis kelas kemain lagi perutnya mendendangkan lagu yang entah apa-apa.Muzik dan lirik semuanya dah tunggang terbalik sampaikan Aku sendiri tidak tahu lagu apa yang sedang berdendang dalam perutnya itu.
“Weh cik Amani  apasal kau diam aje dari tadi?” soal Alia tiba-tiba
 “Tak ada apa-apalah.Aku sebenarnya tension sikit kebelakangan ni.Dengan assignment dan projek yang menjerit-jerit kat cuping telinga aku ni minta disiapkan”.jawab Aku sambil tersengih.
  “Ceh dah mula dah nak loyar buruk dengan aku.”.jawab Alia sambil mencebik bibirnya pada aku.
    “Biasalah beb.Kau macam tak kenal aku kan.Eh lupa pula aku nak tanya, kau dah beli ke CD kartun yang aku minat tu”?soal Aku .
     “Kau ni Amani macam kanak-kanak ribenalah.Kau tahu tak cerita kartun Tom & Jerry tu untuk budak-budak.Kalau kau sebaya adik aku si Danial tu tak apalah juga nak tengok cerita tu tapi kau ni dah layak untuk jadi mak budak tahu.”.Tu dia Alia mula membebel dah.
     “La nak buat macam mana dah memang aku minat gila cerita tu.Hello cik kak aku belum nak jadi mak budak lagi la.Kita ni belajar pun tak habis lagi , so jangan nak menggatal ok.Dahulukan yang penting dulu.”
      “Ye la tu.Jual mahallah kononnya .Dah jom hari ini aku nak makan nasi ayam cik kiah vogue tu” .
      “Fulamak nasi ayam cik kiah vogue..Sedapnya..Kau la ni pandai sangat sebut makanan rasa nak meleleh air liur aku ni dengan bau aroma masakan cik kiah tu.Jom jom “.Aku mula menarik tangan Alia.
    “Kau memang bab makan patut serahkan pada kau.Makan banyak tapi badan macam lidi kurus kering je.Pelik betul aku tengok”.Ujar Alia sambil menggelengkan kepalanya.Memang tak dinafikan Aku kalu bab makan memang nombor satu, yang peliknya badan tetap maintain tak naik naik pun.Takat tu je.Ish.Ish ..Ish
 “Well biasalah la beb.” aku mula menunjukkan muka perasan .
“Eeiii ..kau ni pantang aku puji sikit .Mulalah perasan tak ingat dunia.Ish.Ish .Ish .” balas Alia lagi sambil bercekak pinggangnya sambil tersenyum .Aku tayang muka sengih.Ok beri laluan untuk iklan ubat gigi.Amani..Amani….

To Be Continued ...

SaLaM KaSiH