Rabu, 31 Oktober 2012

[NOVEL] : DIRIMU SATU BAB 2

Assalamualaikum u oll..


BAB 2







BAB 2
HARI ini hari minggu.Bolehlah aku bangun lambat.Sekarang cuba teka aku berada dimana.Sudah semestinya aku duduk tergolek-golek atas tilam empuk aku.Oh jawapan korang  memang salah , sebabnya aku bukan berada dekat asrama aku tapi aku sudah berada dirumahku di Shah Alam dan sedang terbaring-baring dalam bilik aku.Sembahyang subuh sudah aku tunaikan.So sekarang masa untuk aku sambung tidur kembali.Bila weekend macam ni bolehlah aku relax sikit.Lalu aku mengambil patung beruang yang aku panggil Cik teddy yang berada disebelah aku peluk untuk menyambung mimpi indah semula.Dalam beberapa minit selepas itu aku terus terlelap.

Kini aku berada di taman bunga.Tapi aku tak pasti dimana aku berada .Tempat itu begitu indah sekali.SubhanaAllah begitu  hebatnya kuasa Allah yang mencipta alam ini yang sangat indah.Aku menghirup udara yang segar pada pagi itu.Sungguh nyaman ku rasanya..Sejuknya itu  boleh dirasa sampai ke tulang.Dah macam duduk kat oversea pula.
Oversea ke? Over The Sea ?.Aah lantaklah.Tak kiralah kat mana-mana pun yang penting tempat ini memang cantik.

 “SubhanAllah cantiknya ciptaan Engkau Ya Allah..”
Sewaktu melalui taman tersebut tangan aku mula menggatal untuk memetik bunga yang sedang mekar tu.Dengan pantas aku menyuakan tanganku pada bunga tersebut.Lalu aku membawa bunga tersebut ke hidungku untuk mencium keharuman yang terbit dari kelopak bunga tersebut.

   “Hacum…hacum” tiba-tiba aku bersin.Apasal pula aku bersin ni ?Setahu akulah kan  aku bukannya alah pada bunga.Orang kata kalau perempuan alah pada bunga rugi woo.Iye ke rugi?Entahlah.Biasalah mulut orang yang kata bukan mulut aku yang kata.Hehehe..
    “Ceh kurang asam patutlah aku bersin bila cium bunga ni.”. Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa aku bersin tiba-tiba.Mungkin ada yang cuba meneka bau bunga tu busuk ke apa ke kan?Eh kejap ada ke bunga yang bau busuk?.

   “Rupa-rupanya kau duduk kat dalam bunga ni ye cik lady bird.Ceh terkejut aku.Nasib baik kau tak masuk dalam lubang hidung aku.Kalau tak naya aku tak pasal-pasal aku di tuduh sebagai pembunuh pula.”AKu membebel seorang diri.

Tangan aku mula merayap ke badan lady bird yang sangat comel.Warnanya badannya merah manakala bintik-bintik diatas belakangnya pula berwarna hitam.Comel betul la kau cik lady bird.Beberapa detik kemudian cik lady bird terus saja terbang.

“Bye bye cik lady bird “.

Aku terus berjalan disekitar taman tersebut.Disebelah kiri taman itu pula ada anak sungai yang mengalir.Wah cantiknya.Dengan taman bunga macam ni siap dengan anak sungai .Eh anak sungai ke?bukan tasik ke.Aah tak kisahlah anak sungai ke tasik ke yang penting tempat ni memang cantik.Aku suka dengan keindahan tempat ini.

Kakiku mula melangkah menuju ke jambatan yang berada di tengah tasik tersebut.Bila sampai sahaja di jambatan tersebut aku terpukau dengan suasana disebelah sana.Oleh kerana mata aku asyik terpandang keindahan pada sebelah sana dengan serta merta kakiku mula melangkah melalui jambatan tersebut.Nak kata jambatan kayu pun tak, nak kata jambatan batu pun tak.Habis tu jambatan jenis apa?konkrit kot?

Aku mula  merasakan yang diriku ni bagaikan seorang puteri yang sedang bermain-main di dalam taman istana.Alangkah indahnya hidup disini.Cantik dan mendamaikan hati dan juga perasaan.Mak aih aku dah mula berangan sudah.Perasan ala-ala Cinderella gitu.Kalau nak berangan jadi  Cinderella mesti aku kena pakai kasut kaca.Mata aku mula memandang bawah melihat kasut kasut kaca aku beb.

Bila pandang saja dekat bawah , alamak hai tak dapatlah nak jadi Cinderella sebab kasut aku bukan kasut kaca .Di kaki aku cuma tersarung selipar jepun je.Ceh tak sesuai langsung aku nak berangan.kacaulah selipar jepun ni.Tak apalah kalau tak boleh berangan nak jadi Cinderella aku nak jadi snow white la pula.Aku ni memang tak habis-habis dengan berangan sepanjang masa.Snow white pun snow white lah.Tengok terpengaruh dengan kisah-kisah dongeng la ni.

Aku meneruskan lagi perjalanan aku.Sesampai sahaja selipar jepun yang aku pakai ni ke suatu kawasan mata  aku ternampak sebuah bangku yang cantik.Ada meja dan juga tiga buah kerusi yang indah.Bersebelahan dengan bangku tersebut terpacak pokok yang rendang.Ala-ala seperti pokok bunga sakura pula , nak  kata seperti pokok Ru pun boleh juga.Ahaks !

 Sewaktu kakiku menghampiri bangku tersebut , baru aku perasan yang ada orang sedang duduk dibangku tersebut.Bila dekat baru nampak maklum sajalah aku ni memang rabun sedikit.Rabun jauh je ok bukan rabun warna tau .Walau bagaimanapun aku tak dapat lihat mukanya kerana orang tersebut memandang kearah lain.Siapakah dia.Aku cuba gagahi kakiku ini untuk melangkah menuju kearahnya.Hatiku berdegup pantas untuk mengetahui orang itu.Teruja beb nak tahu.

 Ohh jejaka rupanya.Namun begitu aku masih tidak dapat melihat rupanya dengan jelas lagi.Akhirnya kakiku sampai jua dibangku tersebut.Aku teragak-agak untuk menegurnya.Macam mana ye.Dibuatnya kalau orang tu orang jahat tak ke naya aku.Mana tau kot-kot penculik ke, perompak ke,tapi kalau penculik ke perompak ke tak kanlah dia duduk disitu sambil membaca buku.Nak tegur ke tak nak, nak ke tak nak.Aduh.Tegur jelah.

Ibu aku kata kita tak boleh menyombong dengan orang , so tegur je la.Alamak rasa tersekat pula anak tekak aku ni untuk mengeluarkan suara.Aduhai..Ok cuba sekali lagi .Bertenang Amani.Bertenang jangan menggelabah .Dup dap dup dap.Apa pasal jantung aku ni kencang semacam saja?Tenang Amani.

“Assalamualaikum…”..mulut aku sudah mula menyapa jejaka tersebut.
“Waalaikumussalam”..Jejaka tersebut menjawab .Belum sempat jejaka tersebut memalingkan mukanya ke arah aku .Telinga aku sudah kedengaran sayup-sayup memanggil namaku .Eh macam kenal je  suara tu .

“Adik adik ..bangun..dah pukul berapa ni”.Aku terus terkejut dari lena.Sah suara ibu.Aduh ibu ni pun satu time macam ni juga la nak kacau aku dari tidur.Haish potong line betul la.Aku membuka mata perlahan-lahan sambil menggeliat.Alah tak sempat aku nak ushar jejaka dalam mimpi aku tu.Haish.

“Apa nak jadi dengan kamu ni adik.Dah pukul berapa ni tak bangun lagi.Elok sangat la tu tidur lepas subuh.Macam mana rezeki nak masuk kalau perangai macam ni nak berlaki macam mana kalau bangun lambat macam ni.Bertuah punya anak dara”.Ibu aku sudah membebel.

Kebabom..Habislah aku.Pagi-pagi lagi dah kena ceramah khas dengan ibu.Aduhai tadah telinga je la jawabnya.Aku mula buat muka bosan sambil menggaru-garu kepala.
“Kamu dengar tak ibu cakap ni Amani”?Ujar ibu aku lagi sambil  menepuk paha aku.Haa kalau dah panggil nama Amani tu habislah aku.

“Iye ibu, adik dengar.Pukul berapa dah ibu?”Tangan aku mula meraba-raba bawah bantal mencari handphone kesayangan aku.Mana pula perginya handphone aku ni?
“Amani Qaleesya anak dara kesayangan ibu jam di dinding tu menunjukkan pukul berapa.Cuba adik buka mata luas-luas dan tengok”.Ibu aku mula menunjukkan jari telunjukkan kearah jam Angry Bird yang terlekat di dinding bilik aku. Aku terus memandang kearah jam angry bird dengan mamai lagi.Syyhhh jangan bagitau jam aku jam angry bird nanti malu aku .Ahaks.

“Baru pukul lapan empat puluh lima minit ibu.Awal lagi.Kejaplah kasi adik tidur kejap je lagi.Lepas itu  adik bangunlah eh ibu.Adik nak sambung bermimpi sekejap je lagi ibu.”Ujar aku  dengan selamba sambil merebahkan badan aku  kembali  ke tilam.

 “Oh pukul lapan empat puluh lima ye.Adik  tau tak sekarang ni dah pukul Sembilan empat puluh lima.Amboi-amboi sempat lagi nak sambung mimpi”.Ujar ibu aku sambil menepuk pipi aku.Bila saja mendengar kata-kata ibu terus aku membuka mata seluas-luasnya.Sekali aku memandang jam angry bird di dinding.Berkali-kali juga aku menggosok mata aku ni.Eh betul la kata ibu dah pukul Sembilan empat lima.Apa lagi mula la aku menggelabah tak tentu pasal.Aku dah mula bingung sampaikan aku tak tahu nak buat apa.
“Ibu ..ibu..Abah ada dekat bawah tak?” .Aku mula mempamerkan muka risau.

“Abah tak ada.Dia keluar pagi-pagi lagi .Abah pergi ke KLIA jemput abang Amar kamu.”.Selamat aku , nasib baik.Kalau abah tahu aku bangun lambat mahu taknya berdarah telinga aku dengar ceramah abah lagi.
“Eh abang Amar balik hari ni eh ibu”.

“Ye la.Sekejap lagi mesti abah kamu dengan abang kamu sampai.Baik adik pergi mandi sekarang.Kalau abah tahu adik bangun lambat macam ni habislah adik .”Toko ibu aku lagi.
“Alaa ibu dengan abah sama je.Suka bagi syarahan  dekat adik”.

“Amboi mulut bukan main lagi menjawabnya.Karang ibu sepit mulut tu baru tahu”.Ibu aku dah mula mempamerkan muka marah pada aku.Ala marah-marah sayang gitu.

“Alah ibu adik  gurau je.Oklah adik pergi mandi dulu.Kalau abah dengan abang sampai adik  tak turun lagi ibu backup la adik sikit eh.Ibu kan tahu amani kalau mandi lama sikit.”.Aku mula buat muka kesianlah kan.Confirm ibu kesian tengok muka aku nih.Hehehe.

“Yelah.Cepat turun.”Ujar ibu aku sambil bangun dari katil aku lalu menggelengkan kepala.Jangan tak tahu walaupun mulut ibu aku kadang-kadang macam petir tapi bila aku kena marah dengan abah kan  ibu akan backup aku .Maklum sajalah aku sorang je anak perempuan dia.

“Ok bos”.Aku mula menggangkat tangan kanan buat ala-ala tabik hormat gitu.Aku mula bangun dan melangkah kemeja solek aku yang berada di tepi katil aku belah kiri.Tangan aku mula mengambil sikat lalu disua sikat tu pada rambut aku yang panjang mengurai.Sekali tengok tak ubah  seperti  mayang mengurai.Eh kalau jadi rapunzel pun ok apa? .Sempat lagi aku berangan depan cermin.

Ish Amani..Amani tak habis-habis nak berangan.Selesai saja menyikat rambut terus aku menuju kearah penyidai  tuala.Dengan sepantas kilat tangan aku mengambil tuala tersebut lalu melangkah menuju kearah bilik air.Haaa korang jangan nak mengintai aku mandi pula.Dah-dah pergi sana nanti kejap lagi aku sambung cerita lagi.Bagi masa untuk aku bersiap sebelum abah dan abang aku sampai.Kalau tak naya aku kena marah dan juga kena ceramah dengan mereka.

“ASSALAMUALAIKUM”  kedengaran  orang memberi salam dari luar.Lalu aku melajukan langkah menuju ke ruang pintu utama.

“Waalaikumussalam” .Aku menjawab salam lalu aku memulas tombol pintu.
“Abang”..Aku menjerit melihat abang aku berada di depan aku.Dengan pantas aku menyuakan tangan untuk bersalam dengan abang kesayangan aku.Satu-satunya abang yang aku ada di dalam dunia ni.

“Apa khabar adik abang ni?Rindunya dekat adik.Adik tak rindukan abang ke?”Balas Amar sambil memeluk Amani erat.Bertahun-tahun berada diluar negara  untuk menuntut ilmu.Akhirnya hari ni abang Amar kembali ke tanah air setelah berhempas pulas dengan pelajaran disana.

“Mestilah adik rindu kat abang”.
“Ibu mana dik?abang tak nampak pun?”.Ujar abang aku lagi .Matanya melilau-lilau mencari kelibat ibu kami.

“Tu ibu” .Waktu itu ibuku sedang berjalan menuju kearah kami sambil tersenyum.
“Ibu.Apa khabar?Amar rindu sangat dekat ibu”.Ujar abang aku lagi sambil mencium tangan ibuku lalu memeluk ibu dengan erat..Ibuku menitiskan air mata melihat abang balik hari ni.Hati ibu mana yang tak rindukan anak dia kan.

“Alhamdulilah ibu sihat.Kamu sihat.Ibu pun rindu sangat dengan  kamu”.ujar ibu dengan sebak

“Ibu jangalah menanggis.Amar dah balik ni.Ibu jangan risau lagi ye”.Jawab abangku pula.
“Ni sampai bila ni nak macam ni?Kot ye pun masuklah dalam rumah dulu.” Tiba-tiba abah kesayangan aku bersuara.Manakala kami bertiga hanya tergelak.Akhirnya kami berempat menuju ke ruang tamu rumah.Disinilah rumah aku.Inilah family aku.Aku tak ramai adik beradik.walaupun tak ramai tapi keluarga aku tetap meriah.Aku ni kan  memang penyeri rumah ini.Alamak dah mula perasan aku ni.hehehe..

Aku dengan abanglah racun dan penawar untuk ibu dan abah.Aku bersyukur kerana dikurniakan  seorang ibu , abah dan juga abang yang sangat baik dan sangat sayang pada aku.Mereka bertiga ibarat nyawa aku.



To Be Continued ....

SaLaM KaSiH