Minggu, 28 Oktober 2012

Novel : Peperangan Cinta : Bab 5

BAB 5

 “ARIANA! Ariana! Hah! Jumpa pun! Ariana Yusrina binti Mansur. Anak kepada pemilik AA Corporation. Mempunyai seorang abang bernama Farriel Aizriel bin Mansur. Anak bongsu dalam keluarga. Fuh! Aku harap mereka tak akan upah penyiasat untuk mencari punca kepada kejadian yang akan berlaku. Kalau diupah, merana hidup!”

‘ADA hal penting yang aku nak cakap dengan kau. Pergi ke Suria KLCC sekarang – Haikal Izhar’
            ‘Kenapa dengan mamat ni? Macam mana dia dapat nombor aku? Curious betullah!’ Ariana berbicara di dalam hati.
            “Azza! Jom keluar!” panggil Ariana.
            “Ai’ Ai’ Miss!” sahut Azzalea.

DITENUNG mesej itu beberapa kali. Ini baru sikit Ariana. Aku akan musnahkan hidup kau sebaik sahaja kau bercinta dengan Haikal. Itu kalau! Kalau kau jauhi Haikal, kau selamat. Ini ialah warning daripada aku, Ariana. Banyak lagi yang akan berlaku jika kau ingkar arahan dalam diamku ini.

ARIANA memarkirkan keretanya ke tepi. Azzalea mulai pelik. Ariana jarang shopping di Suria KLCC. Selalunya di Tesco ataupun Giant. Nak jimatlah katakan. Bajetlah tu! Tiap-tiap bulan masuk beribu-ribu, hujung bulan shopping tak ingat dunia! Di tempat mahal pula tu!
            “Kau tunggu di sini, sebentar. Aku ada hal nak settle dengan Haikal,” kata Ariana lalu melangkah keluar.
            Tanpa disedarinya, seseorang sudah pun menunggu di bahu jalan. Dia menghidupkan enjin kereta. Dengan satu matlamat, dia memandu dengan laju.
            “Ann!!!!” jeritan Azzalea kedengaran amat perlahan di telinga Ariana. Kakinya kaku tidak mampu bergerak.Otaknya tidak boleh beroperasi dengan baik. Dirinya di dalam ketakutan sekarang ini. Namun, dia masih menyedari yang dia ditarik ke tepi lalu jatuh di dalam pelukan seseorang.
            Setelah beberapa saat, dia jatuh pengsan.

“AHH!! Haikal bagaimana kau boleh berada di situ? Kau merosakkan rancangan aku! Aku kena cari plan lain!” dia mundar-mandir di dalam bilik. Fikirannya kusut ketika itu.

“NIS, Ara. Ann hampir dilanggar. Ara, kau call parents dia. Suruh mereka datang ke Hospital Kuala Lumpur sekarang, aku dah call abang aku,” arah Azzalea. Dia terus melangkah ke bilik Ariana.

“SAYANG okey? Mommy risau sangat,” Puan Sri Sukainah mencium dahi Ariana.
            “Ann okey. Sihat lagi ni hah!” tutur Ariana selamba.
            “Kalau tak disebabkan mamat yang duduk hujung sana tu, kau orang berdua tak ada di hospital tau tak? Sedap-sedap je landing atas jalan. Bukan seorang, dua-dua orang. Dah janji dah kot?” perli Azzalea.
            “Siapa lagi seorang?” tanya Ariana bingung. Belum sempat Azzalea menjawab, pintu wad sudah diketuk.
Tok! Tok! Tok!
Kedengaran pintu terbuka.
Are you okay, Ariana?” tanya Haikal. Mamat ni memang lah! Muncul tak kira masa dan hari. Hampir setiap hari juga aku jumpa mamat ni. Dan hampir setiap hari kami bergaduh.
I’m not okay. Gila nak okay? Baru habis accident. Terkejut pun tak hilang lagi, sibuk aje,” jawab Ariana. Dia memandang ke arah lengan Haikal. Berbalut! Jangan-jangan... Naya hidup aku kalau betul! Pengsan dalam pelukan musuh sendiri! Tak pernah dibuat dek orang. Monyet buatlah kot!
 “Amboi, orang yang kau kata penyibuk ni jugalah yang selamatkan kau, sampai berbalut tangan aku sebab kau,” Ariana menjeling ke arah Haikal tajam.
“Siapa suruh selamatkan orang? Kan dah terkena diri sendiri. Serve you right!” Ariana cuba membalas kata-kata sinis daripada mulut Haikal.
“Then, aku nak tanya kau. Siapa suruh berhenti tengah jalan? Habis tu, kau nak aku buat derk je tengok kau kena langgar. Lepas tu, tepuk tangan? Banyak cantik muka kau!” das-das tembakan Haikal sudah mengenai Ariana.
“Mana lah aku tahu ada kereta! Waktu aku melintas elok je tiada. Bila aku lintas je terus muncul kereta tu datang dari mana ntah, lepas tu pandu macam di race F1! Dahlah memandu lebih daripada had laju yang ditetapkan, buta pula tu! Kesian.. By the way, Haikal, thanks sebab puji aku cantik,” Ariana tersenyum sinis.
“Tapi macam mana kau boleh tahu nombor aku, eh?” Ariana kembali serius.
“Nombor apa?” Haikal mulai pelik.
“Nombor telefon mak cik aku..” Ariana menjawab selamba. Haikal mulai menggaru kepala.
“Bila masa aku kenal dengan mak cik kau?” soalan blur yang terbit daripada bibir Haikal membuatkan Ariana menepuk kepala.
“Nombor telefon aku lah bengong,” Ariana mengeluh lemah.
“Aku tak pernah tahu apa-apa pasal kau, even nombor kau pun aku tak tahu,” balas Haikal pula. Ariana makin pelik, adakah kemalangan dirancang? Kalau dirancang siapakah dalangnya? Kenapa mesti aku?
Lamunan Ariana terhenti apabila pintu dibuka.
“Daddy!!” jerit Ariana. Tan Sri Mansur tersenyum lalu memeluk erat bahu puterinya itu.
“Macam mana boleh crash? Nasib baik, tiada apa-apa tau!” tegur Tan Sri Mansur.
“Anak uncle ni berhenti tengah jalan. Nak taknya, crash!” jawab Haikal. Tan Sri Mansur mengerling sebentar ke arah Haikal yang memang dikenalinya sejak dahulu lagi. Anak teman baiknya Tengku Helmi. Nampak sangat Ariana dan Haikal baru habis bergaduh. Hish! Tak sah kalau dalam sehari mereka tak bergaduh! Dari kecil sampai besar. Sama sahaja perangai!
“Biarlah kat orang, sibuk je!” balas Ariana pula. Tan Sri Mansur menggelengkan kepalanya. Sebijik! Sejibik! Sejivik je perangai! Suka bergaduh! Dan pantang dikalahkan!
            Daddy,bila Ann boleh keluar dari hospital ini?”pertanyaan Ariana membuatkan mata Haikal terbeliak! Amboi, manjanya!
Ann,Ann stay sini dulu.Nanti,bila Ann dah sembuh Ann boleh keluarlah dari sini,”pujuk Tan Sri Mansur.
“Rupa-rupanya cik Ariana kita ni manja yer? Ialah kan, anak bongsu right? Huh! Patutlah perangai tak boleh blah!” kutuk Haikal. Ariana menjeling geram.
“Haikal!!!”Ariana menjerit geram.
Yes, why are you calling for me? Sedap sangat ke nama aku sampai kau asyik panggil-panggil?” balas Haikal pula. Ariana mengetap bibir geram. Segera diambil selimut lalu menutup wajahnya.
“Dah tak ada modal nak balas balik lah tu,” Haikal bersuara.
“Diamlah!!” jerit Ariana di sebalik selimut.

“BUKALAH selimut awak itu. Dia dah keluar, tinggal kita berdua aje,” seorang lelaki bersuara.
            Then, awak pun keluar juga,” Ariana mengusir lelaki itu dengan cara yang halus. Lelaki itu hanya tersenyum.
            “Hai, saya Asyraf! Asyraf Muhaimin!” Asyraf memperkenalkan dirinya. Namun, Ariana tidak berminat.
            Can you please go out?” dalam lembut ada tegasnya. Lelaki ini memang tak faham bahasa melayu.
            Okey, fine. Tapi, saya harap kita akan jumpa lagi tau! Bye,” Asyraf membuka langkah. Dia melangkah lemah ke luar.
            Ariana membuka selimutnya. Fuh! Tiada sesiapa! Sesak nafas aku kalau asyik buat macam ni! Fuh!
            Haikal ni memang nak kena! Dialah yang buat aku hampir sesak nafas. Kalau aku jumpa dia lagi, aku nak cekik-cekik dia! Ah! Tak guna kau Haikal!


p/s : Sorry sebab lambat! Anyway, selamat hari raya aidil adha..