Sabtu, 13 Oktober 2012

Novel : Peperangan Cinta : Bab 3

BAB 3

 “APA dah berlaku sekarang ni?” Nisrina tertanya-tanya sendirian. Dirinya sekarang berada di dalam sebuah bilik yang agak usang. Gebar ditarik untuk menutupi badannya yang terdedah. Serta-merta air mata yang bertakung di tubir matanya jatuh. Apa salah aku?
            Tiba-tiba dia terpandang akan sebuah nota berwarna kuning di atas katil itu. Dia mengambil nota itu lalu membacanya.
            ‘Jangan sesekali beritahu polis tentang hal ini! Kalau kau beritahu, aku tak jamin kau dan kakak kau akan selamat! Sekarang, aku lepaskan kau! Kau akan selamat kalau kau tak beritahu polis!’
            ‘Kejamnya kau wahai Farhan Mukhriz! Tergamak kau merosakkan diriku! Kenapa kau libatkan kakak aku dalam hal ini? Farhan Mukhriz! Kau tak akan terlepas daripada hukuman!’
            Nisrina mencapai baju-bajunya. Dia perlu pulang ke kolej! Lebih cepat aku balik! Lebih cepat Farhan menerima hukuman yang sepatutnya!

ARIANA termenung sendirian. Apa yang diajar oleh Prof. Zahrin lansung tidak masuk ke otaknya. Fikirannya masih terganggu. Di manakah Nisrina? Persoalan itu sentiasa bermain di mindanya.
            Prof Zahrin perasan akan beberapa orang pelajarnya yang tidak menumpukan perhatian terhadap apa yang diajarnya. ‘Biarlah! Nanti mereka tak lepas, jangan menangis pula!’ desis Prof Zahrin.
            Haikal leka memandang ke arah Ariana. Geramnya semalam masih belum surut. Kalau diikutkan hati hendak sahaja dia mengutuk Ariana, namun itu bukan caranya.
            Haikal mengambil sesuatu lalu membalingnya ke arah Ariana. Lantas dia memandang ke hadapan seakan tiada apa-apa berlaku.
            Ariana tersentak apabila ada benda yang mengetuk kepalanya. Aduh! Benda apa pula ni? Siapa punya kerjalah main baling-baling pemadam ni? Ingat dia tu masih budak-budak kindergarden ke?
            Why, Ariana?” tanya Prof Zahrin. Matanya ditumpukan ke arah Ariana.
            “Prof!” panggil Ariana. Hendak menguji Prof Zahrin sebenarnya. Hehe..
            Yes, I am. Why?” tanya Prof Zahrin semula. ‘Eh, minah ni nak mengorat Prof Zahrin ke apa ni?’ desis hati Haikal.
            “Prof pernah buat pembedahan mata ke?” tanya Ariana sambil tersengih. Berkerut kening Prof Zahrin dibuatnya.
            “Tak pernah. Kenapa?” tanya Prof Zahrin semula. ‘Kenapa budak ini tanya soalan luar alam pula ni?’ desis hati Prof Zahrin.
            “Kot-kotlah, prof punya mata tertukar dengan burung helang. Tajam sangat!” perli Ariana. Jawapannya itu membuatkan pelajar lain ketawa. Haikal terlongo. ‘Gila ke apa budak ni? Sesedap hati je kata kat prof dia macam tu’ desis Haikal.
            “Alamatnya, saya lagi terujalah kalau mata saya tertukar dengan burung helang. Boleh saya perhatikan sikap kamu semua daripada jauh. Boleh tolak atau tambah markah kamu dengan sesenang hati saya,” balas Prof Zahrin selamba.
            Kini Ariana pula terlongo. Kureng punya prof. Sesedap hati dia sahaja. Haikal pula yang tersengih. Kena sebijik-sebijik aje dengan prof! Tulah main-main sangat.
            “Tak acilah prof!” suara Ariana naik satu oktaf.
            “Tak aci, mak aci. Aci ada dekat India. Now, otak dan awak kena ada di sini. Bukannya berangan ke tempat lain! Nak kata awak ada pak we, tak pernah pula saya tengok awak doq bergayut ataupun berjumpa dengan lelaki secara berdua. So, saya tak tahulah awak berangankan apa. Kalau ikutkan hati saya, saya nak jadi burung helang. Boleh pantau sikap pelajar-pelajar saya daripada jauh tanpa ada sesiapa yang mengetahui, hanya Allah yang tahu. Tapi, dah nasib saya jadi manusia nak buat macam mana kan?” bidas Prof Zahrin panjang lebar. Ariana makin terlongo. Ceit! Selama ini tingkahku diperhatikan rupanya. Hampeh punya prof!

“NAK ke mana cik?” tanya pemandu teksi itu yang bernama Hassan. Nirina mengerling sebentar.
            “KL,” tuturnya sepatah.
            “Cik, KL tu singkatan bagi macam-macam perkataan. Kandang Lembu pun boleh jadi tahu? Sekarang, cik nak pergi mana?” tutur Pak Hassan. Sengaja ingin menghiburkan hati si gadis yang sedang berduka.
            “Lupa pula. Pak cik pandu sampai ke Kuala Lumpur. Lepas masuk terowong, saya beritahu,” tutur Nisrina lembut. Kusut kepala, kusut jugak. Tapi tak akanlah nak marah dekat orang lain macam si Ann tu!
            Pak Hassan meneruskan pemanduannya. Sedikit sebanyak dia merasa aneh dengan penumpangnya ini. Kenapa dia terus-terusan menangis sejak tadi? Ada perkarakah yang membuatkannya menjadi seperti ini?

NISRINA melangkah lemah menuju ke ruang tamu. Dia merebahkan badannya di sofa. Mujur tiada barangnya yang dicuri oleh lelaki itu. Kalau tidak naya juga hidupnya. Kunci rumah pun ada. Tak pasal-pasal je dia dengan yang lain kena culik pula. Huh! Simpang! Tapi mungkin lelaki itu membuat kunci pendua. Fuh! Boleh jadi juga! Harap-harap taklah! Naya hidup aku kalau jadi macam tu.
            ‘Surat apa ni?’ Nisrina mencapai surat yang tertulis namanya.
            From Korean University? Jangan-jangan..’ Dia segera membuka sampul surat itu. Tekaannya tepat sama sekali. Tidak tersasar sedikit pun. Alhamdulillah! Nampaknya semester baharu ini di Korea lah kiranya! Fuh! Masyuk!

“NIS! Bila kau balik!” jerit Arani lalu memeluk Nisrina. Nisrina menolak tangan Arani yang begitu erat memeluk lehernya hingga membuatkan dia sesak nafas.
            “Pagi tadi. Kenapa? Risaukan aku ke?” tanya Nisrina selamba. Arani menampar tangan Nisrina kuat.
            Of courselah risau! Kau ni pun!! Apatah lagi, call tak answer, mesej tak reply. Apa ke hal kau ni?” tegur Arani lagi.
            “Sorry, semalam aku nginap di hotel. Malas nak ganggu kau orang. Kau orang pun mesti penat, kan? Balik daripada shopping. So, aku tidur di hotel ajelah,” balas Nisrina sambil tersengih. Rahsianya harus disimpan bagi mengelakkan something happen to kakaknya dan dirinya.
            “Bangang lah kau ni! At least mesej lah dulu, kau nak nginap luar. Apalah kau ni?” bebel Arani. Nisrina hanya tersengih. Tak boleh balas dah!

“ALA, kau janganlah rahsia-rahsia dengan aku. Cepatlah beritahu siapa adik kau!” pujuk Akif sambil menggoncang-goncang lengan Ikram.
            “Kau ni kan! Sebijik! Sejibik! Sejivik! Perangai semacam je dengan adik aku!” marah Ikram. Dia nak makan pun tak senang.
            “Eh, maknanya adik kau kiranya manjalah! Fuh! Tak dapat dibayangkan! Seorang perempuan bermanja dengan si Ikram kita yang beku ini! Kau boleh bayang tak, Carl?” tanya Daiyan lalu mengangkat keningnya ke arah Haikal.
            “Tak..” balas Haikal sambil tersengih. Kalau dibayangkan lucu juga. Abang dingin, adik manja. Boleh terbalik dunia ni kalau ada.
            “Tak apa, kau orang tak percaya, sat aku call adik aku!” kata Ikram lalu mencapai telefon bimbitnya.
            “Adik, adik di mana?” tanya Ikram sejurus adiknya mengangkat telefon.
            “Walaikumussalam, abangku tersayang,” balas seorang gadis di corong telefon.
            “Hehe.. Assalamualaikum. Cepatnya jawab salam. Abang tak bagi pun lagi,” balas Ikram sambil tersengih.
            “Ish! Nak perkena dia, sebaliknya kita pula yang terkena,” rungut gadis itu lagi.
            “Hah! Itulah padahnya sebab nak perkena abang. Now, where are you?” tanya Ikram.
            Behind you,” balas gadis itu lagi. Dahi Ikram sudah berkerut seribu.
            Behind me?” serentak Ikram, Akif, Daiyan dan Haikal berkalih ke belakang.
            “Kau?!!”

p/s : Bab 3 sudah dipost.. Enjoy! And, ada banyak perubahan dalam versi ini dan versi lama. Kalau kalian baca versi lama pasti tahu apa yang berbeza..