Jumat, 19 Oktober 2012

Novel : Peperangan Cinta : Bab 4

BAB 4

MULUT Haikal terlopong luas. Akif dan Daiyan terkedu. Biar betik?! Mereka menggosok-gosok mata mereka berkali-kali untuk memastikan apa yang mereka lihat ini bukanlah hanya mimpi semata-mata.
            “Err.. Abang kenapa dengan mereka? Diam dan terkaku sejak tadi, kena sawan ke apa?” tanya Azzalaea kepada Ikram dengan nada yang perlahan. Lebih tepat mereka berbisik!
            They don’t believe that you are my sister, tu sebabnya mereka terlopong bagai nak rak tu,” balas Ikram selamba  dan kuat pula tu. Serentak dengan itu tangannya dicubit.
            “Auch, adik! Sakit tau! Adik ingat abang ni patung ke apa nak main cubit-cubit,” balas Ikram agak kasar.
            “Kalau abang patung, adik pun patung. Kan kita seibu dan sebapa,” selamba je Azzalea membalas. Ikram menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Betul juga eh?
            “Ni adik kau?!” tiga perkataan yang terluncur dari bibir Akif membuatkan yang lainnya tersentak.
            “Tak aih! Adik monyet!” balas Ikram selamba.
            “Kalau macam tu, kaulah monyetnya,” balas Daiyan pula. Serentak dengan itu kafe itu gamat dengan hilai tawa mereka. Dah boleh kalahkan pontianak. Pontianak! Lepas ni kau resign!

ARIANA melajukan langkahnya. Dia sudah terlewat. Sangat-sangat terlewat! Selalunya dia yang paling punctual. Tapi, kali ini dia akan menjadi orang yang terlewat. Ini semua angkara kau, Profesor Anita! Ergh!
            Pon!
            Fuh! Selamat hidup! Argh! Siapalah yang sesuka hati mak bapak dia, pandu kereta macam nak race F1 je ni?! Dahlah orang lambat! Sengajalah nak bagi orang lagi lambat! Meluatnya aku!!
            Seorang pemuda keluar daripada kereta Mazda Neo itu. Dia melajukan langkahnya ke arah Ariana.
            Are you fine?” soal pemuda itu. Ariana mengetap bibir. Apa punya soalan lah? Nasib aku tak apa-apa. Kalau tidak..
            “Lain kali kalau nak race, race di litar F1 di Sepang. Jangan menyusahkan orang awam dan anggota polis serta doktor-doktor yang sentiasa memberi khidmatnya nak merawat saya pula! Dahlah! Better saya pergi, saya pun dah lewat. So, goodbye!” Ariana melangkah masuk ke dalam kedai kegemarannya, iaitu RFC! RFC bermaksud Radix Fried Chicken! Ermm.. Yummy!
            Haikal terkedu. Gila garang! Ayat bukan main sinis! Macam pedang aje! Sayang muka tak nampak! Mungkin cantik mungkin tak! Fuh! Terlepas satu awek!
            Dia melangkah masuk ke dalam kereta semula.
            “Macam mana perempuan tu okey?” tanya Akif. Muka Daiyan sudah pun pucat.
            “Okey, cuma dia pesan. Kalau nak race, race di litar F1. Jangan menyusahkan orang awam, polis dengan doktor. Kau orang boleh percaya tak dia cakap macam tu? Gila garang beb!” balas Haikal. Muka Daiyan sudah pun membenarkan darah melaluinya. Dah tenang. Dahlah putih melepak macam anak cina. Kalau lagi pucat macam mayat hidup lah jawabnya.
            “Fuh! Cun tak?” tanya Akif.
            “Tak tengok muka. Dia tunduk je,” balas Haikal.
            “Itulah orang yang boleh dijadikan isteri, menundukkan pandangannya daripada memandang orang yang bukan muhrim,” tazkirah Ikram dah start dah. Haikal memandang ke hadapan kembali. Akif sudah duduk di tempatnya. Daiyan mula memandu semula. Bosan!

“SORRY lambat! Prof tu memang menguji kesabaran betullah!” rungut Ariana. Arani hanya tersenyum nipis. Prof. Anita! Siapa yang tak kenal? Prof yang paling cerewet di U! Fuh! Taubat lepas pindah tak nak balik semula dah. Nyesal!
            It’s alright! Siapa yang tak kenal Prof Anita tu! Prof yang paling cerewet di kampus! Urgh! Menyebalkan!” rungut Azzalea.
            Sorry, boleh kami tumpang sekaki? Meja lain dah penuhlah,” tegur Akif. Mata Azzalea bertembung dengan mata Akif lantas dia menundukkan wajahnya semula.
            Hello, any answer?” tanya Akif lagi. Namun, mereka tetap membisu.
            “Tak adalah, Akif. Kita nak duduk mana? Purata di sini perempuan. Gila ker nak duduk dengan perempuan. Tapau ajelah,” tegur Haikal yang muncul entah dari mana bersama Ikram dan Daiyan.
            “Bolehlah, kita duduk dengan mereka,” telunjuk Akif tepat mengenai meja itu. Lantas, mereka menumpukan ke arah meja itu.
            “Bagaiman?” tanya Arani sambil menjongket kening ke arah Ariana.
            “Kalau ada perang yang meletus, bukan salah aku,” kata Ariana pula. Arani, Azzalea dan Nisrina berpandangan sebentar. Lantas, mereka menjongket bahu.
            “Ikut kaulah, Azza,” kata Arani dan Nisrina serentak. Tumpuan Akif terarah kepada Azza. Azza memandang Ikram.
            “Jangan buat keputusan disebabkan abang. Ikut suka hati kamu. As I say before, adik ada hak buat keputusan. Tapi, fikir baik dan buruknya dahulu,” kata Ikram.
            Then, it’s okay,” balas Azza. Ada abang sendiri kan? Okeylah tu, daripada tiada sesiapa yang bukan muhrim.
            “Jom, green light sudah!” kata Akif lalu duduk di sebelah Ariana. Ikram duduk di sebelah Azza, lebih selesa duduk di sebelah adik sendiri. Daiyan mengambil tempat di sebelah Nisrina. Sementara Haikal mengambil tempat di sebelah Arani.
            “Kau orang dah buat keputusan ke?” tanya Daiyan.
            “Keputusan apa?” tanya Ariana. Agak pelik dengan soalan itu.
            “Kau orang nak balik rumah ke nak bercuti?” tanya Daiyan lagi.
            “Entah, ikut abang aku,” balas Azzalea.
            “Bercuti,” balas Nisrina.
            “Bercuti,” balas Arani.
            “Nak balik rumah,” selamba sahaja Ariana menuturkannya. 7 pasang mata yang asyik memandang ke arahnya tidak dipedulikan.
            “Biar betik?!” tanya mereka semua.
            “Kita dah jadi perhatian ramai orang, so better you all keep quiet!” balas Ariana selamba.
            “Biar betik kau Ann?” ulang Nisrina.
            “Aku bukan betik! So jangan cakap biar betik kat aku!” balas Ariana.
            “Biar betul, Ann?” tanya Arani pula.
            Ariana menyandarkan badannya. Keluhan berat dilepaskan.
            “Pak we aku ada konvo, so aku kena pergi. Habis semester ni aku fly ke Australia dengan family aku pergi jumpa dengan pak we aku. Ara, jom join. Kau dah lama tak jumpa pak we aku. Rindu kot nanti,” Ariana menjongket kedua-dua keningnya. Arani buat muka selamba.
            Kiss dia bagi pihak aku,” Arani berkata selamba.
            “Ucap tahniah bagi pihak aku. Kata kat dia, Azza dah lama tak jumpa dia. Dah start rindu dah pun,” Azzalea berkata pula.
            “Nis?”
            “Kirim salam aku kat dia. Kata kat dia, suruh buka fb aku nak chatting dengan dia puas-puas,” balas Nisrina.
            “Banyaknya kiriman, famous juga pak we aku tu kan?” Ariana menjongket keningnya.
            Famous, sebab dia abang kau!” balas Arani, Nirina dan Azzalea serentak. Disambut pula dengan keluhan beberapa orang lelaki.
            “Ceit, ingat ke kau dah tak tahu mana satu haram, halal sampai cium lelaki bukan muhrim,” kutuk Haikal. Ariana menjeling ke arahnya tajam. Lantas disepak kuat kaki lelaki itu.
            “Auch! Ariana!”
            Serve you right!”
            “Kita pergi Australia lah, jumpa pak we Ann,” putus Daiyan. Kata-katanya disambut dengan anggukan.
            “Kalau macam tu, I’m out. Aku tak pergi lah!” kata Haikal. Membulat mata Daiyan memandang Haikal.
            “Tengku Haikal Izhar....” panggil Daiyan dan Akif serentak.
            “Yelah, aku pergi! Kepohlah kau orang ni!” rungut Haikal.
            ‘Percutian kali ini memang tak bermakna! Argh!’ Ariana menjerit di dalam batinnya. Meluat + Marah semua ada.
            Tanpa disedari mereka, ada sepasang mata yang sedang memerhatikan tindak-tanduk mereka. Dia mengetap bibir kegeraman.
            Watch your step, Ariana. Aku tak akan berhenti daripada menganggu kau. You had disturbed my boyfriend. So, I will ruin your life’