Kamis, 01 November 2012

[NOVEL] : DIRIMU SATU BAB 3

Assalamualaikum u oll..


                                                GAMBAR DR PAKCIK GOOGLE

BAB 3





KEESOKKAN harinya.Ok hari minggu dua hari sahaja memang tak  puas duduk rumah.Nak tak tak aku kena balik kampus aku petang ni tak pun malam ni.Tengoklah abah aku hantar aku pukul berapa nanti.Bukan jauh pun dari  rumah nak ke kampus.Kalau ikutkan aku tak nak duduk asrama pun boleh cuma aku tak nak menyusahkan abah datang hantar dan jemput aku saja.

Bukan aku tak ada lessen kereta,tapi abah yang tak bagi aku drive.Biasalah jalan sekitar shah alam ni sesak juga  tambahan pula aku ni selalu terbolah sikit bila memandu.Takut-takut beb.Maklum sajalah baru je dapat lesen, tu yang abah aku tak nak kasi aku bawa.Abah kata bukan abah sayang dekat kereta tu tapi sayang dekat aku.Bila aku dah mahir baru abah bagi aku drive sendiri.Sayang abah lebih la macam ni.

“Adik..Adik..”.Kedengaran suara abang Amar memanggil aku sambil mengetuk pintu bilik aku.
“Masuklah abang , pintu tak kunci pun”.
“Adik tengah buat apa tu”?soal abang aku lagi.Ish abang aku ni nak kena ni tak nampak gamaknya aku tengah buat apa.

“Tengah buat keklah abang.Tak nampak ke ni adik tengah putarkan mentega dengan telur ni.”
“Amboi kemain loyar buruk adik abang sekarang.Adik malam nanti abang hantar adik balik asrama ok.Lepas kemas nanti jom keluar dengan abang .Kita pergi ronda-ronda nak?” .Tu dia abang aku dah mula memancing aku.Mesti ada fishball dalam mee udang ni.
“Nak pergi mana”? aku mula menyoal siasat abang.Jeng jeng jeng

“Adalah.Abang nak jumpa seseorang.Bolehlah dik temankan abang.Abang nak perkenalkan adik pada seseorang”.ujar abang aku sambil tersengih seperti kerang busuk.See kan aku dah kata ada fishball dalam  mee udang.

“Jumpa siapa?Hah kejap-kejap biar adik teka.Abang ada makwe eh?cepat bagitau adik kalau tak adik report dekat abah”.Cewah aku ugut abang .

“Amboi pakai ugut-ugut pula.Alah tak lama lagi abah akan tahulah.Abang nak adik kenal dengan bakal kakak ipar adik.”.

“Kemain eh abang.Oh nak suh adik berkenalan.Tak ada hal tapi abang berani ke nak bagitau ibu dengan abah?” mulut aku berkata-kata lagi sambil menggangkat kedua-dua belah kening.

“Adikku Amani sayang for your information abah dengan ibu tahulah semua tu.Tapi bukan abang nak kahwin sekarang.Abang nak kerja dulu kumpul duit baru leh masuk pinang anak dara orang tahu”.

“Aik apasal adik tak tahu menahu pun?Ibu dengan abah tak cakap pun dekat adik”. Aku mula menunjukkan muka sepuluh sen depan abang aku.Pura-pura merajuk.Konon la merajuk padahal tak pun.Dalam hati gembira dengar berita yang abang aku sampaikan itu.
“Janganlah merajuk adik,bukan abang tak nak bagitahu adik.Tapi masa tu tak sesuai untuk abang bercerita pada adik.So sebab tu la abang nak perkenalkan adik dengan dia.Abang nak tengok apa kata adik tentang pilihan abang.Boleh”.Abang Amar mula memujuk aku.
“Kalau adik tak berkenan dengan buah hati abang tu macam mana?Abang akan pilih dia juga ke?”Kata-kata aku telah membuatkan muka abang aku yang ceria tadi kembali mendung seperti hari mahu hujan.

“Kalau adik tak setuju abang tak pilih dia la”.Jawab abang aku lagi dengan perlahan.Alamak kesian aku tengok muka abang aku yang dah macam ayam berak kapur.
“Abang ni muka macam ayam berak kampur je.Adik acah je tadi.Yeah abang sudah terkana bang bang boom.”Aku sudah tergelak kemenangan.

“Cis adik sengaja nak kenakan abang eh?nak kena sekeh ni.Mari sini abang nak sekehkan kepala tu.Makin nakal eh sekarang”. Aku sudah tergelak dan sudah bangun .Ok abang aku semakin dekat untuk menyekeh aku.Ok one , two , three lari…Lintang pukang aku lari menuju ke tingkat bawah.Apa lagi main kejar-kejar dengan abang akulah kat ruang tamu tu.
“Ya Allah budak berdua ni kan tak ada kerja lain ke.Korang berdua bukannya kecil lagi.Apa ni berlari sana sini.Ni bukan padang untuk berlumba lari ke apa.Korang berdua dah besar panjang tau dah boleh jadi mak dengan bapak budak dah”.Sudah Puan Sharifah  dah mula bising.Ops lupa pula nak kenalkan puan Sharifah tu ibu kitaorang la.

“Ibu tengoklah abang ni.Dia yang start dulu.”Aku mula membela diri sambil menjelirkan lidah pada abang aku.Bantal kecil di sofa aku campak kearah muka abang aku.
“Ibu tengolah anak dara ibu ni.Mengada-ngada.Dia tipu .Dia dulu yang mula.”.Balas abang aku cuba membela dirinya.Bantal kecik yang aku campak tadi di campak semula kearah aku.Aduh kang dah terkena kat muka.Ceh kemain lagi bantal kecil tu landing keatas muka aku yang comel ni.

“Sudah berhenti.Dah besar panjang perangai macam budak kecil.Apa nak jadi dengan korang berdua ni.Makin pening kepala ibu ni.Ibu .”.Puan Sharifah sudah bercekak pinggang.Sudah ibu dah naik minyak.

“Ehem..Ehem”.Kedengaran suara orang berdehem.Dengan selamba aku terus melabukan punggung aku ke sofa lalu ku capai remote TV.Pura-pura tengok TV.Tu dia abah aku dah datang.Tau takut  kalau abah marah lagi la haru.

“Ada apa ni bising-bising sampai ke luar”.Abahku Encik Hisham sudah bersuara.
“Errk tak ada apa-apa abah.Amar bergurau dengan Amani je kan adik ?” soal abang aku tiba-tiba sambil mengenyitkan matanya pada aku,.Abang aku dah bagi signal dah tu.
“Be.. Betul abah tak ada apa-apa.Kitaorang gurau je.Eh abang cerita ni dah main cepat la tengok”.Aku mula menarik tangan abang aku.Pura-pura tengok TV.Abang aku pula hanya mengikut saja rentak aku.

“Tahu pula takut dekat abahnya.Kalau ibu cakap ni bukan nak dengar kan”.ibu aku bersuara lagi.

“Kenapa Pah?” soal abah lagi.Aku dengan abang mengalihkan pandangan pada ibu.Buat muka kesian depan ibu.Kalau ibu cakap sah-sah kena berleter dengan abah.Memanglah abah aku tu sporting tapi kalau dia tahu aku main kejar dengan abang mestilah dia marah.Yelah kalu zaman kecil dulu a.k.a zaman kanak-kanak ribena tak apa la ni semua dah besar panjang.

“Tak ada apa-apa bang.Budak berdua ni bergurau je tadi.Ye la lama tak bersua.Abang bukan tak tahu Amani dengan Amar ni kalau dah jumpa mulalah perangai lama diorang tu.Macam anjing denga kucing.Asyik nak bertekak saja”.Alamak ibu jangan cakap.Tidak !
“Kamu berdua ni .Dah besar tapi perangai macam budak-budak.Haish apa nak jadilah korang berdua nih , tapi tak sangka anak abah dah besar panjang.Rasanya korang berdua ni kecil lagi.”Ujar abah sambil tersenyum pada aku dan abang.

“Sebab dah besar panjang la yang makin nakal tu bang”.Ibu aku mula menggelengkan kepalanya .

“Abang  beli tak barang yang saya kirim tadi?”
“Mestilah beli.Nah ni barang yang awak pesan tadi”.Abah aku menghulurkan plastik barang pada ibuku.

“Terima kasih bang.Sekejap ye saya buatkan air untuk abang”.

“Sama-sama.Ye lah.Saya nak naik tukar baju sekejap”.Ibu hanya tersenyum sambil mengganggukkan kepalanya pada abah.Mak aih dari nada mereka mercakap aku boleh rasa yang ibu dengan abah aku tu romantik.Fulamak untung ibu dapat abah .Abah memang terbaiklah dalam dunia ni.Kalau macam tu aku nak cari calon suami sama macam abahlah.Hehehe.Sempat lagi berangan.Tapi ada ke lelaki yang macam tu kat zaman ni?

MALAM itu seperti yang dijanjikan abang aku menghantar aku pulang ke asrama.Sewaktu di dalam perjalanan menuju ke kampus aku melayan lagu-lagu di radio hotfm.Abang aku pula tengah khusyuk memandu.Ingat lagi jalan ye abang aku ni walaupun bertahun tinggal di oversea.Jangan tak tahu abang aku belajar di UK.Abang aku mengambil jurusan engineering.Hebatkan abang aku leh sampai sana.

Aku pun teringin juga nak menyambung pelajaran disana,tapi nanti-nantilah.Lagipun apa kurangnya belajar kat negara sendiri ini.Mungkin pengalaman dan cara pembelajaran dan juga budaya yang berlainan.

 “Adik macam mana tadi?ok tak kak Raisya tadi?” Abang aku sudah bertanya tentang perjumpaan dengan kak Raisya petang tadi.

    “Adik kenalkan ni la Kak Raisya yang abang cerita pagi tadi”.ujar abang aku sambil menepuk bahuku yang tengah khusyuk dok melantak burger di McD.Dapat makan Big Mac tak ingat dah orang dekat sekeliling aku ni.

Aku terus mengelap tangan aku dengan tisu yang berada diatas meja.Sempat lagi aku menyedut air Coca Cola.Aku menyambut salam dari kak Raisya.
“Raisya kenalkan ini adik abang Amani”.

“Assalamualaikum Amani.Apa khabar?”.kak Raisya mula bersuara
“Waalaikumussalam.Alahamdulilah sihat.Akak sihat?” Aku mula tertarik dengan perwatakan Kak Raisya.

“Alhamdulilah akak pun sihat”.balas Kak Raisya sambil tersenyum manis.
“Eh duduklah kak,tak kan nak berdiri pula.” Aku mempelawa Kak Raisya duduk manakala abang aku mula mengatur langkah untuk ke kaunter nak order makanan untuk Kak Raisya la tu.Bagus betul abang aku ni.Tersungging sebuah senyuman di bibirku.
“Kak Raisya ni orang mana?Dah lama ke kenal abang Amani tu?”.Aku mula menyoal siasat .Jeng jeng.

“Akak orang Shah Alam juga.Akak dah lama kenal abang Amani tu.Kami belajar sama-sama dekat UK”.

“Fulamak kiranya akak ni satu kelas dengan abanglah?”
“Eh taklah akak ambik bidang lain.Cuma kami satu university sahaja”.jawab Kak Raisya lagi sambil tersenyum.Lepas tu apa lagi makin rancak la aku berborak dengan Kak Raisya.
Memang tak dinafikan kak Raisya bukan saja cantik tapi lemah lembut.Macam mana abang kesayangan aku tak tertawan.Aku suka dengan kak Raisya.Dia seorang yang tak menyombong.Yang paling best kepala dia pun sama macam aku.Kepala gila-gila.Boleh jadi geng woo.Sukanya aku ada geng sekepala.

“Dengar tak ni? Haish budak ni.Abang tanya boleh pula dia mengelamun”.abang aku bersuara lagi.Tersentak aku dari lamunan.

“Abang ni kacaulah .Orang tengah melayan perasaan dengar lagu ni”. Lagu dari kumpulan unggu yang bertajuk Percaya Padaku yang sedang berkumandang dicorong radio.Saja je tipu abang aku cakap duduk melayan lagu tu padahal aku fikiran melayang tempat lain.
“Amboi jiwang juga adik abang ni ye”?

“Tak sayang mulut nampak.Biasalah sekali sekala kena juga berjiwang karat ni.Alah abang pun sama kan.Mentang-mentanglah dalam hati ada taman.” Aku membalas sambil menjelirkan lidah padanya.Abang aku apa lagi tersengih la.

“Soalan abang tak jawab lagi?Macam mana dengan kak Raisya tadi?Ok tak dia?Sesuai tak dengan abang?”.Mak aih banyak bebenor soalannya.Mana satu aku nak jawab ni.
“Abang ni banyak sangat soalan,nak suruh adik jawab yang mana dulu ni?”
“Ok sorry..Adik jawablah yang mana adik suka.”balas abang aku lagi matanya terus fokus pada jalan raya.

“Errmm Kak Raisya ye?ermm ..Errmm macam mana ye nak jawab”.
“Hai dik tak reti nak jawab ke pulanya.Apa susah gunalah mulut tu”.
“Amboi mulalah nak kenakan adik.karang adik reject Kak Raisya baru padan muka abang tu”.

“Eh janganlah sampai gitu”.Ujar abang aku dengan muka gelisah.Haaa tahu menggelabah.Padan muka !

“Oklah adik jawab.Jujur adik kata adik suka dengan Kak Raisya tu.Dia memang baik.Sesuai sangat dengan abang.Maka dengan ini adik ingin mengumumkan bahawasanya adik bersetuju dengan pilihan hati abang”.Abang aku kat sebelah kemain lagi tersenyumnya.Boleh sampai ke telinga senyum  bukan main lebar lagi kan.Dalam hati ada taman katakan.

“Thanks you adik.Abang cari seorang kakak yang boleh jaga adik abang seperti mana abang jaga adik”.

“Ish abang ni adik dah besar ,tak payah la nak jaga sampai macam tu sekali”.
“Mana boleh.Adik tanggungjawab abang tahu.Ingat abang akan lepaskan adik macam tu je ke.Selagi adik tak kahwin selagi tu abang tak akan sesekali lepaskan tanggungjawab abang sebagai abang adik.Faham!”.Abang aku ni memanglah.Aku tahu dia sayangkan aku.Aku pun sayangkan dia juga.

“Ye adik faham.Thanks abang” .Aku tersenyum.Tulah abang aku.Dia selalu dahulukan aku .Sama seperti abah.Mereka berdua hero dalam hidup aku.

SaLaM KaSiH