Sabtu, 17 November 2012

Cerpen : Aku Nak Doktor Bukannya Pilot!!!


“Kalau lah aku dapat suami macam hero dalam novel ni! Handsome! Smart! Dan yang paling penting! Kerja doktor!" ujar Erisha sambil bergolek-golek di atas katil.
 "Aduh, sakitnya! Mama, kenapa pukul kepala Erisha dengan bantal? Sakit lah!" gerutu Erisha sambil menggosok-gosok kepalanya dek penangan mamanya, Puan Niesa.
 "Kamu dah ada suami, doq menggatal nak laki lain lagi. Kesian laki kamu tu. Laki kamu telefon kamu, kamu tak pernah nak jawab. Laki kamu telefon mama lah kerana ingin tahu perkembangan kamu." berleter Puan Niesa kepada anaknya.
Erisha tak pernah ambil tahu perihal suaminya selepas akad nikah 2 tahun yang lalu. Selepas akad nikah, Erisha cabut lari balik hostel. Semenjak itu Erisha dan suaminya ,Adam Aizriel membawa haluan masing-masing seorang ke hulu, seorang lagi ke hilir.
"Nah, ambil ni! Suami kamu bagi tiket ni kat kamu!" Puan Niesa menghulurkan tiket yang diberi oleh menantunya kepada anaknya.
Aizriel ingin berjumpa face to face dengan isterinya yang selama ini sering mengelakkan diri daripadanya apabila hendak berjumpa mahupun menjawab panggilannya.
"Tiket apa?" tanya Erisha dengan malas kerana dia malas untuk mengambil tahu perihal suaminya.
"Tengok la dulu." Puan Niesa memprovok anaknya.
"Mari sini! Erisha nak tengok. Mama ni macam tau-tau pula kan?" Erisha mengambil tiket tersebut dan membacanya. Tiba-tiba mata Erisha terbeliak seakan-akan nampak hantu.
"Tiket ke London! First class!! Erisha nak pergi!!! Thanks mama!! Mmuaahh. Bahagianya aku! Dapat bercuti free of charge!!" Erisha menjerit keseronokan sambil melompat-lompat di atas katilnya. Bukan senang nak dapat tiket percuma. Erisha tidak pernah lagi ke luar negara seumur hidupnya. Kapal terbang pun tidak pernah naik. Almaklumlah, dia bukan daripada keluarga berada.
            “Bye, mama. Nanti kita jumpa lagi.”  Erisha terus menaiki teksi untuk ke lapangan terbang. Erisha melambai-lambaikan tangannya kepada ibunya seolah-olah setahun tidak akan pulang ke rumah.
“Cik, kita sudah sampai.” sebaik sahaja pemandu teksi itu memandang ke belakang.
‘Cis, rupa-rupanya dia sedang tidur!’ pemandu teksi itu berkata-kata di dalam hati.
“Cik, bangun! Kita sudah sampai! Kalau cik tak nak bangun, saya humban cik ke dalam longkang!”  pemandu teksi itu mengugut Erisha Erdina supaya bangun daripada tidur yang nyenyak.
            “Eh, dah sampai!  Sorry ye pak cik. Tertidur pula. Berapa, pak cik?”  Erisha membuka beg dompetnya.
            “RM 99, cik.”
            “Nah! Terima kasih, pak cik. Selamat jalan!”  Erisha keluar daripada teksi lalu ambil begnya dan masuk ke dalam KLIA.
            “Wah, besarnya! First time aku datang sini.”  Erisha memandang ke segenap KLIA.
            ‘Erisha, behave yourself. Kalau orang tengok, mesti orang kata tak pernah datang sini dan tak pernah tengok lapangan terbang’ Erisha bermonolog.
            “Wah, selesanya kerusi ni! Ah, tidur dulu la! Pergi London bukan dekat, jauh! Eh, lebih baik aku diam! Nanti orang hantar aku ke Hospital Bahagia pula.”  Erisha terus menutup matanya dan akhirnya mimpi yang indah menemani Erisha Erdina sehingga ke London.
            “Argh, penatnya!” Adam Aizriel mengeliat selepas keluar daripada bilik khas yang menempatkan pilot yang menerbangkan pesawat.
            “Aik, dia boleh lagi tidur! Orang dah lama sampai, dia tak bangun lagi” Aizriel terkejut melihat isterinya masih lagi tidur dengan nyenyak.
            “Comelnya apabila tidur! Rasa macam nak cubit je.” Aizriel memerhatikan muka Erisha yang sedang tidur. Tiba-tiba seorang pramugara yang kacak menghalang pandangan Aizriel.
            “Cik, bangun. Kita sudah sampai London” gerak pramugara itu. Pramugara itu terpikat oleh kecantikan Erisha sejak pertama kali melihat Erisha melangkah ke dalam pesawat. Dia ingin mendekati gadis itu, namun, gadis itu sedang tidur semasa dia datang untuk mengenali diri gadis itu.  Sekarang, dia ingin mengambil kesempatan yang ada untuk mengenali gadis. Dia cuba untuk menyentuh bahu Erisha. Tiba-tiba ada tangan yang menepis.
            “Tak payah lah kau kejutkan dia. Biar aku saja yang kejutkan dia. Kau boleh pergi buat kerja sendiri.” Aizriel menghalang niat pramugara itu.
            “Tapi inikan kerja saya.”  Pramugara itu tak nak melepaskan peluang yang ada.
            “Tak apa. Biar aku saja yang kejutkan dia.” Pramugara itu berlalu dengan hati yang kecewa.
            ‘Hancur harapanku! Tau lah dia tu pilot, janganlah perempuan tu pun kau nak kebas! Eh?! Selama ini aku tak pernah pula tengok dia mengorat mana-mana perempuan .Ish… Ish.. Jealous punya pasal. By the way, that girl is very beautiful! I like her!’ hati pramugara tadi berkata-kata sambil berlalu pergi.
            “Puan Erisha Erdina, bangun!!! Sayang oi! Bangun! Kapal terbang dah selamat mendarat, dia doq membuta lagi.” Aizriel menjerit di telinga Erisha.
            “Mak! Terkejut aku! Hantu mana pula terjerit-jerit ni?!” jerit Erisha yang baru terjaga daripada tidurnya yang begitu nyenyak sekali. Almaklumlah, dapat mimpi jumpa dengan jejaka yang kacak.
            Aizriel menghamburkan tawanya kerana geli hati melihat reaksi isterinya.
            “Eh?! Encik ni siapa?” Erisha melihat tubuh Aizriel daripada kasut sehinggalah ke hujung rambut.
            “Sorry, encik. Boleh pula saya tanya siapa encik sedangkan sudah terang lagi bersuluh encik ni pilot kerana berpakaian pilot.  Hehe. Sorry ye, encik? Ops! Wait a minute! For your information, saya ni single lagi tau. Bila pula saya kahwin? Encik ni tau tak beza cik dengan puan? Jauh bezanya tu. Perkataan pun berbeza. Maksudnya lagilah berbeza. Cik itu untuk anak dara manakala puan pula untuk wanita yang dah berkahwin. ”terang Erisha satu-persatu sambil melihat wajah Aizriel.
‘Handsome juga pilot ni! Kalau jadi pakwe aku lah kan, mesti kawan-kawan aku jealous! Haha. Eh, tak nak lah aku kat pilot! Aku nak doktor. Kalau doktor, tak ada lah dia nak tinggal aku setiap bulan. Lagi satu, tak payah lah aku nak fikir pasal madu sebab doktor sentiasa ada depan mata aku. Kalau pilot pula, terpaksa makan hempedu lah hari-hari. Nak tau tak sebab apa? Pramugari-pramugari yang ada atas kapal terbang ni cantik-cantik belaka. Lagi satu, entah-entah,setiap negara yang dia pergi, ada isteri? Tak nak lah aku!!!’ Erisha berkata-kata dalam hatinya sambil mata masih lagi statik pada muka Aizriel.
            Tiba-tiba,
 “Aduh, apa ni cubit pipi orang, sakit lah! Lagi satu, haram!!!” Erisha menjerit sambil cuba menarik tangan Aizriel yang masih lagi tak nak lepaskan pipi Erisha.
            “Hello, sayang nak abang angkut sayang ke hospital ke? Check otak sayang, kut lah ada penyakit amnesia ke?” Aizriel melepaskan cubitannya setelah menuturkan ayat-ayat tersebut.
            “Eh, saya rasa encik kut yang patut saya angkut ke hospital. Tiba-tiba bersayang abang dengan saya.”  Erisha memandang tajam mata Aizriel seolah-olah memberi amaran.
            “Puan Erisha Erdina, Encik Adam Aizriel ingin menyatakan bahawa Puan Erisha Erdina sudah hilang ingatan! Jom!”  Aizriel menarik tangan Erisha untuk bangun daripada tempat duduknya.
            “Eh, jom pergi mana? Saya tak nak ikut orang yang saya tak kenal. Kalau suami, tak apa juga. Ini lelaki datang daripada planet  mana pun saya tak tahu.”  
Erisha cuba menarik tangannya daripada genggaman Aizriel. Namun begitu, harapan hanya tinggal harapan kerana Aizriel mengambil beg tangan Erisha lalu menarik Erisha turun daripada kapal terbang.
            “Encik, jangan buat saya takut! Lebih baik encik lepaskan tangan saya sebelum saya menjerit.”  Erisha mengugut Aizriel namun kakinya masih lagi mengikut Aizriel kerana tangannya masih lagi berada di dalam genggaman Aizriel.
            “Jerit lah kalau berani. Jawabnya saya lagi seronoklah sebab saya dapat kiss your lips.” ujar Aizriel sambil tersenyum melihat Erisha.Erisha terlopong. No way!!!
            “Encik, jangan berani buat benda yang tak senonoh.” Akhirnya Erisha akur juga. Dia hanya mengekori ke mana saja Aizriel menariknya except bilik hotel! Aizriel tersenyum kemenangan.
            “Encik, encik tau tak yang encik menarik saya masuk ke bilik hotel”  Erisha cuba menarik tangannya.
            “Kenapa, tak boleh ke?” tanya Aizriel sambil tersenyum manis kepada Erisha.
            “Memang lah tak boleh. Saya ni masih tahu lagi mana halal dan haram. Janganlah encik angkut saya masuk neraka sekali. Saya tak nak!” jerit Erisha.
Kini, dia berada di dalam bilik hotel yang sangat besar dan kelihatan begitu cantik sekali.
‘Eh?! Sekali tengok memang cantik, dua kali tengok, macam honeymoon suite pun ada gak.’ getus hati Erisha.
            “Encik, encik lepaslah saya! Saya nak menangis dah ni! Sejak tadi lagi saya tarik tangan saya, tak terlepas langsung. Encik, tolong lah lepaskan tangan saya!” Erisha merayu-rayu kepada Aizriel, namun hanya senyuman sahaja yang terpamer pada wajah Aizriel.
            “Sedihnya, abang. Isteri sendiri tak kenal suami sendiri. Bukan setakat tak kenal, malah tak ingat yang diri tu dah berkahwin sejak dua tahun yang lalu.”
Kini, hanya wajah yang muram yang terpamer pada wajah Aizriel.
            “Ha’ah lah! Baru saya ingat yang saya dah kahwin. Eh?! Awak ke suami saya?! Biar betul?!”
Erisha terkejut bahawa lelaki di hadapannya ialah suaminya sendiri. Dia tak nak suaminya bekerjaya juruterbang tetapi doktor! Oh no!!!
            “Ni kes parah dah ni! Muka suami sendiri tak ingat!”  Aizriel geram dengan soalan yang ditujukan oleh isterinya kepada dirinya.
            “Wahai, encik! Kalau saya kenal, tak ada lah saya nak tanya awak soalan tu! Bagi saya bukti yang menyatakan bahawa awak ini ialah suami saya!”  Erisha bercekak pinggan sambil menghulurkan tangannya kepada Aizriel.
            “Nah, ini buktinya! Kad kahwin! Terpampang muka Puan Erisha Erdina dengan Encik Adam Aizriel” Aizriel membuka beg dompetnya lalu meletakkan kad kahwin mereka di atas tangan Erisha.
            “Eh?! Memang betul lah, awak ialah suami saya! Sorry ye cik abang? Dah lama saya tak jumpa awak sampai lupa terus yang saya dah kahwin dan lupa awak ni suami saya. Hehe.” Erisha hanya tersengih memandang wajah Aizriel kerana sedar akan kesalahannya.
            “By the way, kenapa awak kerja pilot?! Saya nak doktor bukannya pilot!!!”  jerit Erisha tidak berpuas hati akan kerjaya suaminya.
            “Pening kepala otak abang dengan kerenah sayang ni.”  Aizriel menepuk dahinya.
            “Siapa suruh awak layan saya? Saya tak suruh pun. Awak, kenapa awak tarik saya masuk bilik ni?” tanya Erisha dengan nada yang agak manja. Almaklumlah, Erisha merupakan seorang gadis yang manja, terutama sekali dengan keluarganya. Akan tetapi, dia jarang bermanja dengan orang luar termasuk suaminya sendiri kerana dia tak pernah walau sekali pun berjumpa dengan suaminya selepas dia melarikan diri selepas akad nikah. Tiba-tiba sahaja Erisha ingin bermanja dengan suaminya.
            “Habis tu? Nak biar sayang tempah bilik lain? Lebih baik kita duduk bilik yang sama daripada habiskan duit abang tempah bilik lain.” ujar Aizriel sambil mencekak pinggangnya seolah-olah ingin menakutkan Erisha.
            “Eh?! Saya guna duit saya sendiri lah! Bila masa pula saya guna duit awak?” tanya Erisha sambil mencekak pinggangnya sambil berbalas pandangan.
‘Eleh! Dia ingat aku takut dengan dia. Jangan harap lah!’ hati Erisha berkata-kata.
            “Hello, cik adik. Duit yang selama ini sayang guna tu, abang yang beri tau.” ujar Aizriel sambil tersenyum sinis.
            “Oh, ye ke? Hehehe.” Erisha tersengih
            “Aik, macam tak ikhlas je? Kalau macam tu, lebih baik awak tak payah bagi.” ujar Erisha sambil tersenyum sinis.
            “Ikhlas lah! Siapa kata tak ikhlas?” Aizriel memandang Erisha dengan renungan yang sangat tajam.
            “Awak yang kata.” balas Erisha dengan selamba.
            “Sayang ni! Malas lah abang nak layan sayang. Abang pergi mandi lagi bagus.” Aizriel mengambil tuala yang disediakan di dalam bilik hotel lalu masuk ke dalam tandas.
            “Hehehe. Berani dia nak lawan aku. Aku ni juara debat tau!” ujar Erisha dengan bangga setelah Aizriel masuk ke dalam tandas.Erisha terus baring di atas katil.
            “Selesanya! Mengantuk lah pula!Tidur la!” Erisha menutup matanya lalu dia dibuai mimpi.
            “Eh, dia tidur? Bukannya nak mandi and solat. Terus tidur je.” gumam Aizriel yang baru sahaja keluar daripada tandas sambil memandang Erisha yang sedang tidur nyenyak di atas katil.
            “Sayang, bangun, mandi and solat!” Aizriel menggoyangkan bahu Erisha.
            “Ish, orang cuti lah! Jangan ganggu orang tidur.” ujar Erisha yang masih lagi enak tidur.
            “Kalau tak boleh solat pun ,Erisha pergi la mandi.” ujar Aizriel yang duduk di birai katil.
            “Lain kali la! Ish mengganggu je!” Erisha menarik selimut sehingga menutup kepalanya. Aizriel hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Aizriel lantas bangun lalu memakai baju.
            Setelah menunaikan solat, Aizriel duduk di tepi Erisha. Dia menarik selimut lalu membuka tudung Erisha. Setelah itu,Aizriel baring di sebelah Erisha lalu dia juga dibuai mimpi indah.
            Bunyi telefon mengganggu tidur Erisha.
            “Ish! Bunyi apa pula ni? Mengganggu ketenteraman aku saja!” Erisha bangun daripada tidurnya.
            “What? Dah siang? Pukul berapa ni?” Erisha terus tengok telefon bimbitnya.
            “What? Patutlah alarm handphone aku bunyi! Dah pukul 10 pagi!” Erisha menggoyangkan bahu Aizriel yang masih lagi tidur dengan nyenyak di sebelahnya.
            “Awak, bangun! Sekarang sudah pukul 10 pagi. Bangun lah!” kejut Erisha.
            “Hah?! Pukul 10 pagi! Terbabas solat subuh!” Aizriel terjaga sebaik sahaja Erisha memberitahunya bahawa sekarang ini sudah pukul 10 pagi. Erisha mengambil tuala lalu masuk ke tandas.
            “Wait! Biar abang mandi dulu.” Aizriel mengambil tualanya lalu menolak pintu yang hampir tertutup.
            “Eh?! Awak buat apa masuk tandas? Saya nak mandi lah! Syuh! Keluar!” Erisha menghalau Aizriel keluar daripada tandas.
            “Biar lah abang mandi dulu. Sekarang ini, pramugara-pramugara dan pramugari-pramugari sedang tunggu abang dekat restoran hotel ni. Abang dah janji pukul 10pagi tau.”
            “Hah? Awak tak bagi tau saya pun yang awak nak breakfast dengan mereka. Awak mandi lah dulu.” Erisha merajuk dengan suaminya lalu keluar daripada tandas.
            Aizriel terus memakai baju sebaik sahaja keluar daripada tandas tanpa memandang Erisha walaupun sedetik. Aizriel terus keluar daripada bilik mereka sebaik sahaja memakai baju tanpa mengajak Erisha. Erisha kecewa dengan suaminya.
            “Bukannya dia nak ajak aku. Tinggal aku sorang-sorang. Aku pun nak breakfast gak! Sekarang ni terpaksa la aku breakfast sorang-sorang. Tengok lah! Aku nak balas dendam dekat dia waktu kat restoran nanti. Baru dia tau siapa aku yang sebenarnya.” Erisha geram dengan suaminya. Erisha berlalu ke tandas.
            ‘Ceh! Seronoknya dia dikelilingi oleh pramugari-pramugari yang cantik! Sampai tak ingat bini dalam bilik tengah tahan lapar. Hehehe. Idea sudah datang!’ ujar Erisha di dalam hati. Erisha yang sedang duduk di meja di penjuru restoran bangun daripada kerusi.
            ‘Oo! Aku kat sebelah dia, dia boleh tak perasan. Siap dia! Seronok sangat dikelilingi oleh pramugari-pramugari yang cantik en? Siap bergelak tawa lagi! Mana air ye? Aku nak balas dendam. Kopi panas! Haha! Kalau aku ambil cawan tu daripada meja pramugara-pramugara tu, dia orang tak perasan kot? Tak pa. Ambil saja.’
Erisha terus ambil cawan putih yang berisi kopi yang masih lagi panas daripada meja pramugara-pramugara yang terletak di sebelah meja yang Aizriel dan para pramugari duduk. Nasib Erisha baik kerana pramugara-pramugara itu tidak sedar bahawa salah satu daripada cawan yang berisi kopi itu diambil oleh Erisha kerana asyik berbual sesama sendiri.
            ‘Ambil kau, cik abang aku tersayang!’ ujar Erisha di dalam hati sambil menuang kopi tersebut ke atas riba Aizriel.
            “Auch! Panasnya!” Aizriel menjerit lalu berdiri sambil mengibas-mengibas seluarnya yang terkena kopi yang masih lagi panas. Semua orang yang berada di dalam restoran tersebut memandang Aizriel.
            “Ops, sorry encik. Saya tak sengaja tumpahkan kopi ini. Seriously saya tak sengaja! Saya hampir-hampir  jatuh, so kopi ini dengan tak sengaja tertumpah atas seluar encik la. Again, I’m sorry.” ujar Erisha sambil membuat muka serba salah. Pandai Erisha berlakon ye? Aizriel terus memandang wajah gadis yang meminta maaf daripadanya.
            “What are you doing here?” Aizriel kaget melihat Erisha yang meminta maaf daripadanya.
            “Aik ,encik, saya minta maaf tau? Kenapa encik cakap benda lain pula ni? Sepatutnya encik cakap, it’s ok. Small matter. Ni tanya ,what are you doing here? Encik ni faham Bahasa Melayu ke tak?” tanya Erisha yang penuh kepura-puraan.
‘Dia boleh tanya pula, apa aku buat kat sini? Of course la aku datang sini nak makan ke dia takut rahsia playboy dia bocor?’ getus Erisha.
            “Erisha, jawab apa yang abang tanya. Kenapa tumpahkan air ni? Tau tak air tu panas? Kopi pula tu. Kotor lah seluar abang!” Aizriel mendengus geram.
            “Hello ,cik abang! Kan orang dah kata, orang tak sengaja! Yang awak nak marah-marah ni apasal? Kenapa? Rasa terganggu ke berbual dengan…….” Erisha melihat pramugari-pramugari tersebut yang sedang menjeling kepadanya.
 ‘Ceh! Macam lah aku takut sangat dengan jelingan kalian tu?!’ getus Erisha dalam hati.
            “dengan…. err… minah-minah gedik ni?” Erisha memandang suaminya dengan renugan yang sangat tajam.
            “Erisha, cakap elok-elok sikit! Jangan….” Erisha terus memintas percakapan Aizriel.
            “Sorry, Erisha balik bilik dulu ye? Tak ada masa nak dengar amaran yang tak guna tu!” Erisha terus berlalu pergi daripada restoran tersebut sebaik sahaja menuturkan ayat-ayat tersebut.
            “Erisha, wait!” Aizriel menjerit sambil mengejar Erisha. Akhirnya, Aizriel dapat mengejar Erisha. Aizriel terus memegang tangan Erisha lantas Erisha berhenti daripada berjalan.
            “What? What are you doing here? Pergi lah sambung makan dengan pramugari-pramugari awak tu? Hish!” Erisha mendengus geram.
            “Sepatutnya, abang yang tanya! What are you doing at the restaurant?” Aizriel memandang tajam mata Erisha.
            “Hello! Salah ke saya nak pergi ke restoran tu?  Bukannya mak bapa awak punya restoran pun. Setiap orang boleh pergi makan di restoran tu! So do I! Am I wrong kalau saya pergi makan dekat situ? Salah ke? Ke awak takut kantoi dengan pramugari-pramugari awak tu? Dah kantoi dah pun! Awak seronok kan dapat makan dikelilingi pramugari-pramugari yang cantik? Awak tak ingat langsung dekat saya yang tengah tahan lapar di dalam bilik! Awak kejam! Awak lebih mementingkan pramugari-pramugari tu daripada saya. Sepatutnya, awak tak payah kahwin dengan saya! Saya memang dah agak! Kalau kahwin dengan pilot macam awak ni, memang hati saya akan sakit! Sudah terbuktikan!” Erisha menghamburkan isi hatinya kepada Aizriel.
            “I….  I’m sorry. Saya betul-betul tak ingat yang awak…..”
            “Awak apa? Awak cakap lah yang awak memang tak ingat langsung kat isteri awak ni! Sudahlah! Saya malas nak dengar apa-apa lagi daripada mulut awak!” Erisha menarik tangannya daripada genggaman Aizriel lalu, berlalu pergi. Aizriel tertunduk memandang lantai. Dia sedar bahawa ini memang salahnya.
            Erisha terus baring di atas katil sebaik sahaja sampai ke bilik.
‘Aku datang sini bukannya nak sedih tapi aku nak enjoy holiday kat sini. Apalah nasib aku?! Aku nak doktor bukannya pilot. Ni lah nasib aku, dapat pilot. Benda yang aku tak nak,yang aku dapat. Sekarang ni, menanggung kecewa plus sedih lah aku. Hmmm..’ Erisha mengeluh sambil menatap dinding bilik yang kosong.
Tiba-tiba pintu dibuka daripada luar.
‘Dia dah balik dah! Aik?! Kenapa senyum lain macam ni kat aku?’ getus Erisha.
“Sayang ,sayang cemburu kan?” ujar Aizriel yang duduk di birai katil sambil memandang Erisha dengan tersenyum.
“Kenapa saya nak cemburu pula?” tanya Erisha sambil bangun daripada baring.
“Sayang cemburu lah kan? Marah-marah abang tadi sebab makan dengan pramugari-pramugari. Cemburu kan tandanya cinta. Kantoi!” Aizriel masih lagi tersenyum.
‘Ha’ah lah! Kenapa aku marah sangat tadi? Betul ke aku cemburu? Takkan lah aku cinta akan dia kut!’ Erisha bermonolog lalu dia berfikir.
‘Betul lah! Aku dah jatuh cinta! Orang kata kalau jatuh cinta kat seseorang, kita akan rasa berdebar-debar apabila tengok dia. And then, kita akan cemburu apabila tengok dia dengan perempuan-perempuan lain. Kita nak dia selalu memanjakan kita dan sentiasa berada di sisi kita tak kira waktu dan tempat. Kita juga akan rasa tenang dan selesa apabila bersamanya. Habis lah aku! Semuanya aku dah rasa!’ Erisha bermonolog lagi.
“Mana ada! Bila masa pula saya cemburu?”
“Tadi! Yang marah-marah tu apa?”
“Saya marah lah sebab…. err…”
 ‘Aku nak cekau ayat apa ni? Memang aku marah sebab cemburu! Mama, tolong Erisha! Erisha nak jawab apa?’
‘Jawablah yang kamu tu memang cemburu sebab kamu cinta akan suami kamu.’ Erisha terdengar suara mamanya menjawab.
“Awak, ada hantu kat sini! Tolong saya! Saya takut!” Erisha terus memeluk suaminya kerana dia begitu takut apabila terdengar suara mamanya menjawab.
“Hantu apa pula ni? Mana ada hantu.” Aizriel seronok apabila dipeluk oleh isterinya.
“Kan ada orang cakap tadi?” jawab Erisha ketakutan.
“Mana ada orang lain. Abang dengan Erisha ada lah dalam bilik ni. Mana ada orang lain. Lagipun abang tak dengar pula ada orang lain yang cakap? Sayang ni demam ke apa?” Aizriel terus menyentuh dahi dan leher isterinya.
“Biasa je. Tak panas pun.”
“Maybe suara hati Erisha kut.” Erisha meleraikan pelukannya.
“Abang, Erisha nak mengaku ni? Erisha memang cemburu pun.” Erisha tertunduk malu apabila meluahkan perasaannya. Aizriel yang mendengar Erisha membahasakan dirinya abang dan Erisha bagi diri Erisha terus tersenyum.
“So, sayang cinta akan abang kan?” Aizriel tersenyum sambil memandang Erisha yang menundukkan kepalanya.
“Hah?! Err…” Erisha hanya menganggukkan kepalanya tetapi kepalanya masih lagi tertunduk.
“Ye sayang? Seronoknya abang! Bahagianya! Abang pun sayang dan cinta akan Erisha. I love you till my last breath.”
Aizriel terus memeluk isterinya sambil membisikkan kalimah-kalimah cinta dan akhirnya Erisha terbuai oleh bisikan-bisikan cinta suaminya. Mereka bersama-sama melayari bahtera perkahwinan.
Lapan bulan kemudian,
            “Abang! Abang!” Erisha berlari menaiki tangga rumah banglo dua tingkat milik mereka dan hanya didiami oleh mereka.
            “Apa lari-lari ni? Berhenti lari! Kang jatuh ni! Ya Allah, bini aku ni! Berhenti lari! Fikirlah sikit anak dalam perut tu?” Aizriel mula membebel daripada tingkat atas. Perangai budak-budak tak pernah nak hilang. Nak jadi ibu dah, tapi perangai tak pernah berubah. Getus Aizriel.
            “Abang tengok ni! Erisha dapat tawaran kerja di Hospital Kuala Lumpur! Ye!” Erisha menunjukkan surat yang baru sampai di rumah mereka. Aizriel mengambil surat tersebut. Erisha melompat-lompat kesukaan.
            “Ish! Lompat pula! Ada anak dalam perut tu yang!” Aizriel geram sangat dengan isterinya lalu memeluk isterinya supaya berdiri diam-diam. Melompat saja kerjanya.
‘Jadi apa-apa kat anak aku nanti, siap dia! Bukan senang nak dapat anak! Teruk juga nak berusaha nak dapat sorang anak pun!’ Aizriel bermonolog di dalam hati.
            “Masuk lagi seminggu?! No way!” Aizriel terus lipat surat tersebut. Jangan harap dia nak bagi. Kandungan pun dah besar.
            “Ala! Nak pergi juga! Bukan senang nak dapat kerja ni!” ujar Erisha yang masih lagi berada di dalam pelukan Aizriel.
‘Takut sangat anak dia jadi apa-apa!’ getus Erisha.
            “Abang kata tak boleh, tak boleh! Titik! Perut tu dah besar tau! Dah 8 bulan tau! Mana ada orang pergi kerja time mengandung 8 bulan. Apa payah sangat?! Inform saja lah kat pihak hospital yang Erisha mengandung dah 8 bulan. Minta tunda tarikh masuk! Kan senang!” ujar Aizriel.
            “Ha’ah juga! Pandai abang! Suami siapa lah ni?” Erisha cubit pipi suaminya.
            “Suami Lisa!” jawab Aizriel dengan selamba.
            “What?! Siapa Lisa bang? Beritahu Erisha!” Erisha meleraikan pelukan suaminya.
            “Dah abang kata suami Lisa. So, Lisa tu isteri abang la kan? Ish.. Belajar tinggi-tinggi! Tu pun tak reti fikir ke?” ujar Aziriel dengan selamba.
            “Abang! Lebih baik abang ceraikan dia sebelum Erisha bunuh diri. Erisha meninggal. Sekali dengan anak pun abang tak dapat!” Muka Erisha kemerahan menahan marah seperti udang yang sedang dibakar.
            “Eleh! Macam lah  berani sangat nak bunuh diri. Bunuh diri tu kan berdosa! Nak masuk neraka ke sayang? Orang lain berebut-rebut nak masuk syurga, tapi sayang nak masuk neraka. Pergi lah bunuh diri kalau berani sangat!” ujar Aizriel dengan selamba.
‘Macam lah berani sangat. Aku tahu sangat lah perangai dia ni! Ugut je lebih! Padahal tak buat pun! We just wait and see. Mesti tak buat punya lah!’ getus Aizriel.
            “Abang kejam! Jangan cabar Erisha bang! Erisha buat sungguh kan? Merana abang!” Erisha turun ke bawah lalu, berlalu ke dapur untuk mencari pisau.
            “Hah?! Sudah! Tak akan dia nak buat betul-betul kot! Lebih baik aku turun cepat sebelum anak bini aku jadi apa-apa.” Aizriel terus berlari turun ke bawah.
            “Eh, sayang? Nak buat apa pisau tu?” tanya Aizriel apabila dia ternampak isterinya memegang pisau.
            “Nak bunuh diri lah! Abang yang cabar kan?! Nak bunuh diri dah la ni!” Erisha ingin menikam perutnya.
            “Wait! Janganlah sayang! Abang bergurau saja! Jangan lah bunuh diri betul-betul!” Aizriel menghalang isterinya daripada menikam perutnya.
 ‘Aku ingat kan dia ugut saja, tapi tak sangka pula dia nak buat betul-betul. No way! Siapa tak sayang anak bini oi?! Aku berani kerat jari la kalau ada orang yang tak sayang anak bini!’
            ‘Tau pula takut! Aku acah je! Haha. Jangan main-main dengan isteri anda ni, cik abang! Tak akan lah aku nak bunuh diri sungguh kut! Elok-elok syurga depan mata, terus neraka pula depan mata. No way!’ monolog Erisha.
            “Then, ceraikan perempuan tu sebelum Erisha tikam betul-betul!” jeritan Erisha bergema di setiap pelosok rumah banglo dua tingkat mereka.
            “Sayang, Lisa tu bukannya wujud pun! Abang bergurau saja. Abang mana ada isteri lain dah .Erisha je isteri abang. Swear! Demi Allah! Sudah lah tu, letak pisau ye, sayang?” Aizriel memujuk isterinya.
‘Sumpah, lepas ni aku tak akan usik dia yang aku ada bini lain dah! Tak pasal-pasal,hilang anak bini sebab ayat tu je? Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata tak boleh tarik balik!’ Aizriel bermonolog sambil beberapa kali menelan air liur yang tiba-tiba rasa susah nak telan.
            “Ok.” Erisha terus meletakkan pisau tersebut di dalam laci semula.
 ‘Erisha, tahan senyum. Nanti tak ada lah dia nak usik aku dengan ayat tu.’ Erisha memandang Aizriel lalu, dia berlalu ke ruang tamu. Erisha menghenyakkan punggungnya di atas sofa yang terletak di ruang tamu. Erisha terasa pinggangya lenguh kerana berdiri terlalu lama. Almaklumlah, perut dah besar. Erisha mengurut perutnya.
            “Fuh, lega!” Aizriel berasa lega selepas Erisha meletakkan kembali pisau tersebut ke dalam laci.
Aizriel berlalu ke ruang tamu lalu duduk di sebelah isterinya yang sedang mengurut perut. Aizriel mengurut pinggang isterinya kerana dia tahu bahawa isterinya pasti lenguh pinggang. Isterinya sering mengadu lenguh pinggang kepadanya.
Tiba-tiba, loceng rumah mereka dibunyikan oleh seseorang. Aizriel bangun daripada duduknya, lalu membuka pintu rumah untuk melihat siapa yang datang ke rumah. Erisha turut bangun untuk melihat siapa yang datang. Aizriel dan Erisha melihat seorang wanita sedang menangis di hadapan rumah mereka. Aizriel terus membuka pintu  pagar. Wanita tadi terus menyerbu masuk tanpa dijemput oleh Aizriel lalu dia memeluk Erisha.
            “Hei, kenapa ni?” Erisha pelik melihat sahabat karibnya, Erniza memeluk dirinya sambil menangis.
            “Dia… dia…” Erniza cuba menjelaskan dalam esakannya.
            “Erisha, bawa kawan Erisha masuk. Tak elok sembang di sini.” Aizriel masuk ke dalam rumah lalu duduk di sofa.
            “Jom masuk dulu. Jelaskan kat dalam rumah ye?” Erisha menarik Erniza masuk ke dalam rumah.
            “Er, kenapa ni?”  Erisha bertanya kepada Erniza yang sedang menangis di bahunya. Aizriel duduk di sofa yang bertentangan dengan mereka. Aizriel hanya memandang Erniza yang sedang menangis.
            “Dia… dia curang!” ujar Erniza setelah tangisannya reda.
            “Siapa curang? Laki kau?! Doktor Farish Aiman? Dengan siapa?” Erisha mengajukan soalan-soalan yang bertubi-tubi. Aizriel yang ingin membalas kembali menutup mulut. Dia tak nak mengganggu Erniza yang ingin menjelaskan apa yang telah berlaku.
            “Laki aku lah bahlul! Takkan laki kau kut! Mahu tunggang terbalik rumah ni kalau laki kau curang! Dia bercinta dengan nurse yang kerja dengan dia. Geramnya aku! Nurse tu bukannya cantik mana pun. Aku lagi cantik!”
            “Aik, masuk bakul angkat sendiri nampak! Haha.” Erniza menjeling Erisha. Orang serius, dia main-main pula.
            “Ye la, ye la. Kau memang cantik pun! Aku admit .Kau putih, mata sepet, tinggi, cantik, muka macam cina and baik sangat! Bertuah aku dapat kawan aku macam kau ni!” Erisha mengalah.
            “Puji ke sindir?” Erniza memandang Erisha. Nak menangis pun sudah hilang kalau jumpa budak ni. Getus Erniza.
            “Mestilah puji! Laki kau buta kot! Aku ingatkan doktor ni oklah daripada pilot! Rupa-rupanya, hampeh! Sama saja.” Erisha menggeleng-gelengkan kepalanya. Pilot dengan doktor, tak ada bezanya pun perangai. Serupa! Sebijik!
            “Kau nak sangat doktor kan? Aku tengok pilot lagi baik daripada doktor tau! Pilot walaupun kerja sekali dengan pramugari tapi pilot doq kat tempat kemudi flight. Doktor pula, selalu dikepit oleh nurse! Which one is more better? I say,pilot!” ujar Erniza.
            “Sayang nak sangat kan doktor? Dengar tu? Doktor bercinta dengan nurse! Betul cakap Erniza tu, pilot tempat dia asing daripada pramugari. Doktor pula, always with nurse! Hari tu, terhegeh-hegeh sangat nak abang sambung study! Ambil doktor! Sekarang ni nak tak lagi, abang kerja doktor?”t anya Aizriel dengan sinis sambil melihat Erisha.
            “Hah?! Tak nak! Tak nak! Kekal kerjaya anda sebagai seorang pilot.”
 ‘Huh! Kalau laki aku jadi doktor, elok-elok tak ada madu, ada madu pula nanti.’ getus Erisha.
            “Wei! Aku ni macam mana ni? Aku datang sini nak minta nasihat kau, kau boleh melalut-lalut hal lain pula! Dengarlah cakap aku, pilot is more better than doctor!”
            “Wah, bukannya aku yang nasihat kau, kau nasihat aku! Ajaib!” ujar Erisha sambil memandang Erniza yang duduk di sebelahnya.
            “Senang-senang, kau ugut dia! Hehehe” Erisha mula tersengih-sengih tatkala memikirkan ideanya.
            “Ugut apa?” Erniza tidak sabar-sabar untuk mendengar idea Erniza.
            “Kau ugut nak bunuh diri!” Erisha menjawab dengan selamba.  Erniza terkejut tatkala Erisha memberitahu ideanya manakala Aizriel hanya menggelengkan kepalanya.
            “Kau mengandung baru dua bulan en?”  Erisha bertanya kepada Erniza.
            “Ha’ah. Kenapa pula?” tanya Erniza kepada Erisha.
            “Kau ugut lah dia supaya putuskan hubungannya dengan nurse tu kalau tak kau bunuh diri. Kalau dia buat derk je, kau ambil pisau and berlakon nak tikam!”
            “Wei! Kau gila ke? Nak aku masuk neraka ke?”
            “Sabarlah! Aku tak habis cakap lagi kau dah potong line. Bukannya kau nak tikam perut kau betul-betul, mati la kau dengan anak kau. Kau cuba buat-buat nak tikam saja, lepas tu si Farish tu sah lah suruh kau berhenti and dia pastilah nak ikut cakap kau! Kalau tak mati la anak bini dia! Amacam? Great tak idea aku?” ujar Erisha dengan bangganya.
            “Kalau dia buat tak tau je, macam mana? Nak tikam betul-betul ke? Huh, tak nak aku buat idea insane kau tu!”
            “Erniza, ikut saja idea Erisha tu. Mesti dia ikut punya cakap awak. Mana ada suami atas muka bumi ni yang tak sayang anak bini dia!” ujar Aizriel.
            “Ok, thanks! Aku akan buat apa yang kau cakap ni, Erisha. Dah aku nak belah! Thanks ye?” Erniza berlalu keluar daripada rumah.
            “Er! Kau tak nak minum ke?” jerit Erisha.
            “Tak pa lah! Bye!” Erniza berlalu pergi.
Sebulan kemudian…  
“Abang! Erisha dah nak bersalin ni! Cepat bangun! Aarrgghh! Sakitnya! Abang!” Aizriel terus bangun daripada tidurnya.
“Nak bersalin dah ke? Sekejap, abang nak tukar baju!” Aizriel menukar baju secepat yang mungkin. Sebaik sahaja menukar pakaian, Aizriel mencempung tubuh Erisha ke dalam BMW 5 series milik Aizriel.
Sepanjang dalam kereta, Erisha mengaduh kesakitan sehingga menyebabkan Aizriel gelabah.
“Sabar, sayang! Nak sampai hospital dah! Sabar ye sayang.” Aizriel memandu keretanya selaju yang boleh.
Aizriel memberhentikan keretanya di hadapan pintu kecemasan. Jururawat-jururawat datang ke pintu kecemasan sambil menolak katil. Aizriel mencempung tubuh isterinya lalu dia meletakkan isterinya di atas katil tersebut. Isterinya mengaduh kesakitan. Tubuh isterinya berpeluh. Jururawat-jururawat tersebut menolak katil tersebut ke bilik kesemasan.
“Abang! Kenapa doktor, laki? Erisha tak nak doktor laki! Erisha nak doktor perempuan!” Erisha menjerit-jerit di dalam bilik kecemasan. Amboi Erisha, sakit-sakit pun boleh pilih doktor lagi!
“Maaf, puan. Memang saya yang bertugas, puan. Lagipun pada waktu ini, memang tak ada doktor perempuan yang bertugas.” ujar doktor muda yang bernama Akif.
“Abang! Tu la! Orang suruh sambung study ambil doktor! Abang tak nak! Sekarang ni, nak bersalin pun payah! Huwaa!” Erisha mula menangis.
“Amboi, dah lupa kut apa yang Erniza cerita hari itu! ” ujar Aizriel yang memegang tangan isterinya di tepi katil. Erisha terus diam. Budak ni, waktu sakit-sakit pun boleh banyak songeh! Getus Aizriel.
“Puan, teran puan! Nanti baby lemas pula doq lama-lama dalam perut puan. Push, puan!” arah Doktor Akif.
Erisha mengikut arahan doktor tersebut. Erisha meneran sambil memegang tangan suaminya dengan kuat. Bunyi bayi menangis amat mengharukan Erisha. Akhirnya, dapat juga dia merasa bagaimana menjadi seorang ibu yang mempunyai anak.
“Baby boy, encik,puan.” ujar doktor tersebut lalu menyerahkan bayi tersebut kepada Aizriel.
Aizriel mencium pipi anaknya bertalu-talu. Dia mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana telah mengurniakan seorang anak yang cukup sempurna. Erisha yang melihat anaknya, hanya menangis terharu.
3 tahun kemudian…
            “Mama, tolong Danish! Papa nak makan Danish!” Danish memeluk kaki mamanya.
            “Hah?!  Papa nak makan Danish? Mana papa? Mai mama nak taekwando papa!” ujar Erisha sambil melihat anaknya yang sedang memeluk kakinya.
Ya, Danish atau nama panjangnya, Adam Eriq Danish merupakan anak lelaki kepada Adam Aizriel dan Erisha Erdiana.
            “Amboi, nak taekwando pula! Tak sayang suami ke nak taekwando suami ni?” ujar Aizriel yang baru sahaja masuk ke dapur. Erisha sedang memasak lauk kegemarannya.
            “Dah abang nak makan Danish! Erisha nak taekwando abang lah! Erisha sayang Danish tau?”
            “Habis, Erisha tak sayang abang lah?”
            “Ha’ah! Tak sayang!”
            “Tak apa lah! Abang akan keluar daripada rumah ni, membawa hati yang lara!” Aizriel memuncungkan mulutnya kerana merajuk dengan ayat Erisha. Sekali-sekala bermanja dengan isteri, apa salahnya kan? Getus Aizriel. Danish yang melihat papanya memuncungkan mulut, lantas ketawa.
            “Hahaha. Abang, abang. Tengok anak pun dah gelak! Dah lah, abang! Tak handsome buat muka macam tu. Ye la, Erisha sayang dan cinta akan suami Erisha dan anak Erisha.” Erisha mengalah dengan suaminya.
Aizriel lantas tersenyum. Aizriel melangkah merapati Erisha lalu dia mencium kedua-dua belah pipi isterinya. Erisha hanya tersenyum saja. Senang diperlakukan  begitu oleh suaminya.
            “Papa! Danish nak gak cium!” Danish terus memeluk kaki papanya pula.
            “Mai papa cium! Mmuaahh. Sayang anak papa!” Aizriel mengangkat anaknya lalu mencium kedua-dua belah pipi anaknya bertalu-talu sama seperti sewaktu anaknya lahir.
            Erisha hanya tersenyum bahagia melihat anak dan suaminya.
Erniza juga mendapat anak lelaki yang diberi nama, Farish Eziq Thakif. Kalau korang nak tau, Erniza telah berbaik dengan suaminya, Farish Aiman setelah melakukan apa yang Erisha suruh.
 Kini, Erniza Emilia bahagia berasama anaknya, Farish Eziq Thakif dan suaminya, Doktor Farish Aiman dan Erisha Erdina bahagia dengan anaknya, Adam Eriq Danish dan suaminya, Kapten Adam Aizriel. Sumpah, Erisha hanya nak pilot bukannya dokor, walaupun pada awalnya, Erisha nak doktor bukannya pilot!!!

p/s:Maaflah jika cerpen ini tidak menepati citarasa anda.Ini sahajalah karya yang saya dapat hasilkan buat masa sekarang.Hope you like it!^_^ Maaf sekiranya jalan cerita berterabur.. Saya buat dengan tergesa-gesa..

By Nur Aizat Ayiz N.M.