Kamis, 29 November 2012

Novel : Peperangan Cinta : Prolog



ARIANA YUSRINA mengambil sepucuk surat dari bawah meja. Iyurk! Love letter? Ni budak zaman purba ke apa ni? Orang la ni main SMS je lah! Tak ada kejadahnya nak main love letter semua! Dia menyimpan love letter itu namun belum pernah dia membacanya.  Setakat ini sudah lima belas kali dia menerima love letter, semuanya dari orang yang sama! T. H. I. ? Who is him? Sejak bila pula aku ada peminat dalam diam ni? Ah! Forget it!
Azzalea Mariah, Farisah Nisrina dan Farhan Arani menghampiri Ariana Yusrina.
“Love letter again?” tanya Farhah Arani. Ariana Yusrina mengangguk.
“Aku tak tahanlah dengan semua surat-surat ni! Setakat ini sudah lima belas kali tahu aku dapat love letter. Entah siapalah yang tulis semua ni! Tidak kenal erti putus asa lansung!” ujar Ariana Yusrina geram. Farisah Nisrina tersenyum nipis.
“Apa kata kalau kita spypenghantar love letter ni?” tanya Farisah Nisrina sambil menjongketkan keningnya. Azzalea Mariah mengangguk. Dia bersetuju dengan idea sahabat dunia akhiratnya itu. Farhah Arani dan Ariana Yusrina berbalas pandangan. Seketika kemudian, mereka mengangguk.
“Best juga, main spy-spyorang ni!” ujar Farhah Arani yang digelar sebagai  the girl who always be happy. Sikapnya yang ceria walau apa pun masalah yang melanda keluarganya membuatkannya digelar sebegitu rupa.
“But, we have no clue! Yang ada, hanya tiga perkataan. T. H. I. So, kita nak mula dari mana ni?” tanya Ariana Yusrina.
Azzalea Mariah melihat ke arah jam tangannya. 6:50 pagi. Takkanlah, lelaki ini meletakkan love letter di meja Ariana Yusrina sebelum jam 6.50 pagi? Awal sangat rasanya. Takkanlah, lelaki ini akan hadir pada jam 6.30 pagi hanya untuk meletakkan love letter? Fuh! Kalau begitu, Azzalea Mariah memang tabik spring la pada lelaki itu. Sanggup dia datang awal-awal pagi ke sekolah yang berusia ratusan tahun? Tak takut dengan Cik Ponti ke? Azzalea Mariah mula berfikir tentang kewarasan segala kejadian ini. Dan dia hanya mampu membuat satu kesimpulan iaitu lelaki ini hadir selepas waktu persekolahan.
“Look at your own clock, it’s 6.53 a.m. Takkanlah, lelaki itu datang sebelum waktu Subuh kot? Mesti dia letakkan love letter ini di bawah meja pada hari yang sebelumnya. Kan? Jadi, petang ini kita akan stay back hingga lelaki itu munculkan diri. Bagaimana?” ujar Azzalea Mariah.
Ariana Yusrina, Farhah Arani dan Farisah Nisrina memandang sesama sendiri. Kemudian, mereka mengangguk.
“Deal?” tanya Farhah Arani. Tangannya diletakkan di atas meja. Ariana Yusrina, Farisah Nisrina dan Azzalea Mariah tersenyum sendiri.
“Deal!”

ARIANA YUSRINA, Azzalea Mariah, Farhah Arani dan Farisah Nisrina bersembunyi di balik semak. Sudah satu jam mereka menunggu bayang lelaki itu. Namun, mereka masih tidak putus asa.
            Ariana Yusrina mengerling jam di tangannya. 2:45 petang. Dia berharap lelaki itu akan memunculkan diri sebelum jarum pendek menunjukkan pukul 3. Sudahlah, dia masih belum bersolat.
            “Dah pukul tiga ni.. Kita solat dahulu, nanti kita datang semula,” ujar Farisah Nisrina. Yang lain mengangguk. Memang sepatutnya mereka bersolat dahulu. Terbit rasa kesal di hati apabila tidak bersolat dahulu selepas tamat waktu persekolahan.
            Mereka berjalan menuju ke surau yang terletak agak jauh dari kelas mereka.

JAM menunjukkan pukul 3.45 petang saat Ariana Yusrina, Azzalea Mariah, Farhah Arani dan Farisah Nisrina keluar dari surau.
            “Apa kata kita pergi kelas dahulu? Tengok ada tak lagi. Kalau tiada, kita terus menunggu,” ujar Farhah Arani sambil memakai kasut.  Yang lain mengangguk. Betul juga kata-kata Farhah Arani itu.
            Mereka masuk ke dalam kelas. Ariana Yusrina segera berjalan menuju ke mejanya. Ditarik love letter dari bawah mejanya.
            “Alamak, kita dah terlepas!” ujar Ariana Yusrina. Farhah Arani menepuk dahinya. Sia-sia sahaja penantian mereka hari ini.
            “Tak apalah, esokkan masih ada,” ujar Farisah Nisrina.
            “Esok, kita rancang baik punya! Jangan sampai terlepas, okay?” Farhah Arani bersuara. Suaranya yang ceria menyuntik semangat yang lain.
            “Okay..”

PENANTIAN mereka berakhir apabila terlihat kelibat 4 orang jejaka memasuki kelas mereka. Mata mereka memandang tajam ke arah jejaka-jejaka itu. Jarak mereka yang agak jauh menyukarkan mereka melihat wajah pemuda-pemuda itu dengan lebih jelas.  Yang mereka nampak, hanyalah abang kepada Azzalea Mariah. Muhammad Ikram Al-Iman.
            “Azza, abang kau tingkatan 5 kan?” tanya Farhah Arani. Azzalea Mariah mengangguk.
            “Kawan-kawan yang rapat dengan abang kau tu siapa?” tanya Ariana Yusrina pula.
            “Yang aku tahu, hanyalah Muhd Akif Al-Islam, Muhd Daiyan Al-Hafiz dan...” Azzalea Mariah menghentikan bicaranya apabila teringatkan sesuatu.
            T. H. I. Tengku Haikal Izhar? What! Jejaka idaman Malaya tu ada hati dengan Ariana Yusrina?
            “Habiskan ayat itu, Cik Azzalea Mariah,” tegur Farhah Arani.
            “Aku rasa aku dah tahu siapa sebenarnya jejaka misteri itu..”
            Tiga pasang mata memandang tepat ke dalam matanya kini. Azzalea Mariah menelan air liurnya. Moga-moga apa yang diucapkannya ini betul.
            “T. H. I. ialah... Tengku Haikal Izhar,”
            “What?!”

ARIANA YUSRINA melemparkan kesemua 17 keping love letter yang diterimanya di hadapan Tengku Haikal Izhar. Riak wajah Tengku Haikal Izhar yang terkejut tidak dipedulikannya.
            “Kenapa kau beri aku semua ni?” tanya Ariana Yusrina. Semalam, dia membuka kesemua love letter itu. Dan amat tepat sekali yang semua itu datang dari pengirim yang sama. Iaitu T. H. I.
            “Don’t you read it?” tanya Tengku Haikal Izhar semula.
            “Yes, I read it. And, for you information your love is just a rubbish for me! And, please don’t ever ever trying to give me a love letter,” ujar Ariana Yusrina keras. Perhitungan ini harus diselesaikan hari ini juga atau hidup dia akan terganggu dengan kehadiran love letter. Pantang baginya, untuk bercinta pada zaman persekolahan. Baginya, cinta di zaman persekolahan hanyalah cinta monyet semata-mata.
            “Aku pun tak hadaplah dengan kau! Harap muka aje cantik, perangai hodoh!” marah Tengku Haikal Izhar. Selama ini dia memandang gadis ini sebagai gadis yang ayu dan sangat baik. Baru hari ini, sikap sebenar Ariana Yusrina muncul. Panas baran!
            Ariana Yusrina terkedu sendiri. Dia tidak pernah menerima hinaan dari seorang lelaki dan lelaki itu adalah lelaki pertama yang menghinanya. Dia menyimpan perasaan amarah di dalam lubuk hatinya. Kalau boleh, dia mahu menampar mulut celopar lelaki itu. Namun, akalnya menghalang. Dia seorang lelaki, dia mempunyai kudrat yang lebih berbanding seorang perempuan. Dia menyusun kata-katanya. Kata-kata lelaki itu harus dilawan.
“Cinta kau pada aku hanyalah cinta monyet Haikal. Semuanya terbukti dari kata-kata kau tadi. Semuanya terbukti yang kau hanya menyintai aku disebabkan rupa paras aku. Apabila wajah ini hilang cantiknya, cinta kau juga akan beralih arah. Aku tak nak cinta sebegitu rupa. Cinta atas dasar rupa tak akan bertahan lama. Aku hendak lelaki yang menyintai aku kerana agamaku. Bukan kerana harta aku dan wajah aku. Kerana cinta seperti itu tidak akan bertahan lama,” panjang lebar kata-kata yang terbit dari mulut Ariana Yusrina. Dia memandang tepat ke dalam mata Tengku Haikal Izhar. Dia mengatur langkahnya menuju ke perpustakaan. Dia berharap tempat yang dingin itu mampu mendinginkan hatinya yang dirasuk amarah.
            Tengku Haikal Izhar menahan amarahnya. Cintanya dimain-mainkan.. Belum pernah lagi cintanya ditolak. Perempuan itu merupakan yang pertama. Ya, sebelum ini dia merupakan seorang kasanova. Tetapi, sejak hadirnya gadis itu dia menghentikan segala sikap buruknya. Kerana dia cintakan perempuan itu sepenuh hatinya.
            Tengku Haikal Izhar melangkah pergi sambil membawa hatinya yang luka bagai ditoreh dengan pisau. Cinta pertamanya musnah! Dia akan meletakkan jurang yang besar antara gadis itu dengannya. Lagipun, perempuan dengan lelaki tidak boleh berkawan. Hanya boleh bercinta dan bermusuh. Jadi, dia memilih untuk bermusuh dengan gadis itu.
            ‘The war have just started, Ariana. And, I will never let your live in peace,’tekad Tengku Haikal Izhar. Dia melangkah perlahan ke padang. Menenangkan diri dari segala amarahnya. Moga-moga dia tidak melepaskan amarahnya nanti kepada adiknya, Tengku Husna Iftinan.
            Dan di saat itu terbitlah sebuah peperangan antara seorang lelaki dan seorang wanita. Hanya disebabkan gadis itu menolak cinta dari jejaka itu. Jejaka itu memusuhinya. Baginya, seorang gadis dan seorang jejaka hanya boleh bercinta dan bermusuh. Tidak akan pernah boleh berkawan. Peperangan itu terbit kerana rasa kecewa dan rasa cinta. Jadi, dari sejak itu kisah ini dipaterikan sebagai Peperangan Cinta. The war of the love.

 p/s: Terasa diri ini teruk! Yalah, prolog patutnya di awal cerita tapi Lia letak di tengah cerita.. *geleng kepala* tapi ini adalah cerita di mana peperangan itu bermula.. Enjoy :D