Sabtu, 24 November 2012

Novel : Peperangan Cinta : Bab 7

BAB 7

“CEPATLAH bersiap!” Ariana menyapukan sedikit bedak di mukanya. Pandangannya dihalakan di cermin. Kelihatan Azzalea yang masih tidur.
            “Azza! Bangun! Yang lain semuanya dah siap mandi!! Azza! Kau tak nak jumpa Aizriel ke?” tengking Ariana.  Ratu tidur betullah budak ni!
            “Ya! Ya! Aku bangun! Kacau aku tidur betullah minah ni!” rungut Azzalea. Dia mengurut-urut rambutnya yang kusut  masai lalu dia melangkah lemah ke bilik air.
            “Konvo pukul 9, sekarang baru pukul 7 pagi! Ann!!” rungut Arani.
            “Perjalanan ke sana 30 minit! Aku dah janji dengan pak we aku nak pergi awal!” balas Ariana.
            “Kau punya janji dengan abang kau tu, menyusahkan semua tahu tak!!” rungut Nisrina pula. Dia mencapai sehelai tudung berwarna krim.
            “Tak pun! Itu adalah train untuk kau orang semua bangun awal! Ini tidak! Lepas solat, tidur! Lepas solat, tidur! Banyak cantik muka kau orang!” marah Ariana. Dia mencalit gincu di bibirnya yang sememangnya sudah merah itu.
            “Apa lagi? Cepatlah bersiap!” arah Ariana lagi. Dia mencapai Samsung Young miliknya. Dia mencari-cari nama Aizriel.
            “Assalamualaikum, abang,” Ariana menyapa girang.
            “Waalaikumussalam.. Why my lovely+little sister?” ujar Aizriel. Ngantuknya masih bersisa. Macam manalah minah ni boleh berjaga ntah? Ceria pula tu suara dia! Adeih! Kalah dengan adik sendiri!
            “Abang! Wake up my boyfriend! Abang ngantuk lagi ni! Suara pun tak ceria! Konvo abang hari ini!” perli Ariana.
            “I’m so sleepy, sayang! Lewat tidur malam tadi!” balas Aizriel.
            “Siapa suruh lewat tidur? No one, right! Dah, cheer sikit! Nanti orang sampai! Jangan tidur pula!” balas Ariana lagi. Aizriel mengeluh perlahan. Adik aku seorang ni!
            “Yelah! Yelah! Abang bangun! Dahlah meluat cakap dengan adik! Melawan je kerjanya!” tutur Aizriel kesal.
            “Meluat-meluat pun, yang bercakap dengan abang ini adik abang juga,en?” perli Ariana. Aizriel mengeluh kasar! Kalah lagi! Aku prefer minah in jadi lawyer!
            “Whatever! Assalamualaikum,”Aizriel berkata lalu mematikan panggilan. Bengang!
            “Nad ke?” tanya Farhan. Rasa cemburu dan dendamnya kepada lelaki ini sedaya upaya dirahsiakan.
            “Adik,” jawab Aizriel sepatah. Dia mengambil tualanya seraya berkata.
            “Bangang punya adik! Kejam dengan abang sendiri, nanti kau tahulah macam mana aku nak buli kau!” Aizriel membebel perlahan. Farhan tersenyum nipis. Adik Aizriel.. Siapa ye dia? Tampaknya Aizriel sangat sayangkan dia. Modal untuk aku kenakan Aizriel kembali.

ARIANA mengeluh perlahan. Jem! Dia paling tak suka akan kesesakan lalu lintas ini!
            “Jauh lagi ke ni? Aku dah mengantuk ni!” ujar Azzalea. Dia menutupkan matanya. Ariana mengeluh buat kali kedua. Pandangannya dihalakan ke hadapan. University of Australia, 1 km to go!
            “1 kilometer lagi!” balas Ariana.                                                                              
            “Jauh lagi.. Dengan keadaan yang jem macam ni! Ah! Perjalanan yang patutnya 15 minit pun boleh jadi 30 minit! Dahlah! Ann! Nanti kau kejut aku!”ujar Azzalea. Arani menggeleng perlahan. Kaki tidur betullah minah ni!

“ABANG!! Jem giler tadi! Patutnya Ann sampai awal daripada ini tahu!” Aizriel menggeleng perlahan. Budak ni memang tak pandai beri salam. Nasib aku tak ada lemah jantung! Kalau tak, innalillah juga aku di sini!
            “Waalaikumussalam, cik Ariana Yusrina binti Mansur!” perli Aizriel dengan nada yang sangat lembut tetapi sinis.
            Ariana pening. Abang aku ni jawab salam siapa? Dipandang ke kanan, dipandang ke kiri. Tak ada orang pun. Azza, Ara dengan Nis pun pergi jumpa kak Nad dahulu.
            “Woi, kau tengok siapa?!” tanya Aizriel keras.
            “Tengok orang..”
            “Sebab apa pula?”
            “Sebab abang jawab salam walaupun tiada orang beri salam. Terkejut juga. Tu sebabnya pandang ke kiri dan ke kanan. Kot-kotlah ada awek kirim salam,” selamba sahaja Ariana menjawab. Aizriel mengetuk kepala Ariana.
            “Ann! Ish! Geramnya aku dengan minah seorang ni!!” Ariana hanya tersengih sambil buat muka cute. Peace!
            “Abang!” sapa Azzalea. Di belakangnya ada Arani, Nisrina dan Nadreena.
            “Hey! Aizriel! Aku blah dulu yer!” seorang lelaki menepuk bahu Aizriel.
            “Okay..!” Aizriel memandang sekilas ke arah lelaki itu.
            Nisrina memandang ke arah lelaki itu. Mukanya pucat tiba-tiba. Terasa mukanya tidak membenarkan darah melaluinya. Matanya terasa panas tiba-tiba. That guy! Tanpa disedarinya air matanya menitis tiba-tiba.
            Aizriel memandang ke arah Nisrina.
            “Nis.. Kenapa dengan adik abang ni? Jarang abang tengok menangis..” tegur Aizriel. Mata Ariana juga terpaku ke arahnya. Nadreena, Azzalea dan Arani sudah menghilangkan diri mereka. Nak ke ladies katanya..
            I’m okay,” balas Nisrina. Sebak yang datang tidak dapat dihalang.
            Don’t lie to me Nisrina! Abang kenal Nis lama dah..” Aizriel semakin mendesak. Nisrina memandang Aizriel dengan mata yang berkaca. Ingin sahaja dipeluk Aizriel yang sangat disayanginya itu. Tapi, ianya tak boleh kan? Haram!
            “Nis.. Beritahu aje kepada kita orang. Kita kenal lama dah en?” provok Ariana. Dia menarik Nisrina ke dalam pelukannya.
            Tell us, Nisrina.. Please, jangan buat kita orang terseksa,” pujuk Ariana lagi. Nisrina menggeleng-gelengkan kepalanya.
            “Farisah Nisrina!” panggil Aizriel sambil menekan kuat namanya. Bererti yang Aizriel sedang menahan kemarahannya. Dia paling tak suka apabila orang lain membuatkan adik-adiknya menangis. Tidak kira, adik kandung mahupun adik angkat.
            “Okay! Nis cerita.. Actually,...” Nisrina menceritakan segala kejadian. Daripada diajak keluar hingga menemui satu nota di dalam kamar itu.
            Aizriel menahan geram, amarah dan juga rasa sebak di hati. Dia mengepal penumbuk.
            “Who is him?” keras Aizriel bertanya.
            Nisrina menutup matanya. Cuba mencari sedikit kekuatan. “Farhan Mukhriz! Kawan abang tadi,” Ariana terlongo. Mak oi! Mampus kau Farhan! Gerenti kena rimbuk teruk-teruk dengan Aizriel.
            Aizriel cuba berlalu tetapi tangannya ditarik oleh Ariana.
            “Abang jangan buat kecoh kat sini bang..” Ariana cuba memujuk.
            “Ariana, let me go. Abang kena buat perundingan dengan dia,” tegas suara Aizriel berkata-kata.
            “Abang akan tumbuk dia en? Pleaselah, jangan gunakan kekerasan,” ujar Ariana sambil memandang tepat ke dalam mata Aizriel.
            Aizriel berjalan ke arah Farhan. Dia tidak mempedulikan adiknya yang sedang memanggil namanya itu.
            “Farhan!” Serentak dengan panggilan itu, muka Farhan ditumbuknya.
            “Abang!” jerit Nisrina dan Ariana serentak. Mereka berjalan ke arah Aizriel.
            “Woi! Kau kenapa Aizriel?!! Dah gila ke?” marah Farhan. Matanya mencerlung ke arah Aizriel. Tiba-tiba matanya menangkap wajah Nisrina. Ah! Tak guna kau Nisrina!
            “Itu balasan kau atas apa yang kau buat dengan adik aku!” bergema kuat suara Aizriel ketika itu. Dia menumbuk muka Farhan lagi. Dia merasa benci apabila melihat wajah itu.
            “Abang..” panggil Nisrina perlahan.
            “Abang! Stop it! Aizriel!!” jerit Ariana. Dia hanya mampu bersuara. Tidak sanggup dia hendak menahan abangnya itu. Dahlah dia perempuan. Nanti percuma je dia kena tumbuk.
            “Abang! Abang! Tenang bang! Relax dulu!” Ikram menarik perlahan badan Aizriel. Dia menepuk-nepuk perlahan badan Aizriel.
            “Abang, dahlah! Buat malu aje! Jom, kita balik,” Ariana menarik perlahan lengan Aizriel. Tapi, Aizriel tetap membeku.
            “Abang! Nis okey kan? Jadi, kita balik dulu. Please, bang. Nis merayu ni. Bolehlah?” Aizriel memandang ke arah Nisrina. Agak tersentuh dengan gadis itu.
            “Jom,” Nisrina menarik perlahan lengan Aizriel. Aizriel hanya mengikut. Tidak membantah.
            Ikram mengikut langkah-langkah mereka. ‘Kenapa dengan abang ni?’ hatinya berkata-kata.

AIZRIEL cuba menenangkan hatinya yang membara. Ariana memberikan sebotol air mineral kepada abangnya itu. Nisrina memandang wajah Aizriel. ‘Terima kasih abang. Kerana sudi membela nasib diriku ini. Nis terhutang banyak dengan abang,’ hati Nisrina berkata-kata.
            Aizriel mengusap perlahan kepala Nisrina yang diseliputi tudung. Ikram hanya memandang. Kasih sayang yang ditunjukkan oleh Aizriel memang menawan hati ramai gadis.
            “Aizriel! What happens to you? Reen dengar kata you bergaduh. Is that really true?” tanya Nadreena kepada Aizriel.
            “Betullah tu..” selamba sahaja bicara Aizriel. Dia berbaring di dalam kereta.
            “Adik, call mummy dengan daddy kata jumpa kita dekat hotel aje. Abang malas masuk dalam,” arah Aizriel. Ariana segera mengambil telefon bimbitnya lalu menelefon Puan Sri Sukainah.

p/s: Lambat sehari.. Jangan marah yer.. Saya sedang sibuk buat beberapa cerpen ni.. Entah boleh siap entah tidak..