Rabu, 28 November 2012

Rindu Dalam Sepi (Bab 15&16)


BAB 15

LEWAT petang itu Ammar terjaga daripada lenanya yang panjang. Dia memandang siling biliknya yang agak sunyi ketika itu. kemudian mata hazelnya beralih pada jam yang terletak di atas meja sisi. Jam sudah menunjukkan pukul lima petang. Agak lama juga dia tidur selepas menelan ubat yang diberikan Mardiyah pagi tadi. Ammar meraup wajahnya yang kelesuan.

Dia berpaling ke kiri dan sedikit terkejut bila melihat Mardiyah tertidur di sampingnya sambil wajahnya ditekup ke tilam. Timbul rasa terharu dalam diri Ammar apabila gadis itu sanggup menjaganya sampai tertidur di tempat duduknya sendiri.

‘ Apa yang membuat kau sanggup menjaga aku sampai begini sekali?’ tanya hati Ammar. Namun soalan itu tiada jawapan.

Perlahan- lahan tangannya diangkat. Dia cuba untuk menyentuh kepala isterinya yang sedang tertunduk. Namun belum sempat tangan itu menyentuh ubun- ubun Mardiyah, suara hatinya menghalang.

‘ Bukankah kau membenci Mardiyah? Kenapa kau mahu menyentuhnya? Dahulu pernah kau kata yang kau takkan sentuh orang yang kau tak cinta.’ Suara itu membantah perbuatan Ammar menyebabkan perbuatan Ammar terhenti seketika. Dia menjatuhkan tangannya semula.

Ammar termenung sejenak. Cuba menafsir apa yang berlaku pada dirinya ketika itu. Tiba- tiba dia mengelengkan kepalanya beberapa kali.

‘ Tak, aku tak boleh tewas dengan kebaikan yang dipamerkan oleh gadis ini. Mungkin dia sengaja melakukan semua ini untuk menarik perhatian aku padanya. Aku benci dia dan tak mungkin perasaan itu akan berubah.’benaknya berkata- kata.

Ammar cuba menepis semua kata hati yang berpihak kepada Mardiyah. Dia hanya menjunjung egonya yang menyuruh dia untuk terus membenci isterinya itu walhal dalam hati kecilnya berkata lain.

 

“ ASSALAMUALAIKUM.” Satu suara kedengaran mengejutkan Ammar yang sedang termenung jauh. Dia tahu itu suara mamanya.

“ Wa’alaikummusalam. Mama Am kat dalam bilik.” Jerit Ammar kuat.

Ternyata suara jeritan Ammar membuatkan Mardiyah terjaga. Dia mengosok- gosok matanya yang sedikit berpinar. Eh, aku kat mana ni? Tanya dia kebingungan. Kepalanya yang bertudung digarukan walaupun tidak gatal.

“ Eh, Diya pun ada. Bila sampai?” tanya Datin Zarina bila melihat Mardiyah berada di dalam bilik anak lelakinya itu.

“ Sejak pagi tadi datin, Datuk Zainal yang suruh saya datang menjenguk Encik Ammar sementara tunggu datin.” Jelas Mardiyah. Dia tidak mahu Datin Zarina memikir perkara yang bukan- bukan bila melihat dia berada di situ.

“ Oh tak mengapa. Mama senang kalau kamu yang jaga Am. Senang sikit kerja mama sebab Am ni kalau demam memang tak nak pergi klinik. Kadang- kadang nak makan ubat pun payah.” Ujar Datin Zarina sambil menjeling pada anak kesayangannya itu.

“ Mama..” Ammar bersuara bagi menghalang Datin Zarina daripada menceritakan tabiatnya yang payah untuk ke klinik pada Mardiyah.

Mardiyah tersenyum. memang dia sudah dapat mengagak bila lelaki itu bermati- matian tidak mahu ke klinik bila di ajak sebentar tadi.

“ Kenapa? Kamu takut Diya tahu yang kamu ni malas nak ke klinik bila sakit. Rela kamu demam berminggu- minggu asalkan kamu tak nampak muka klinik kan. Lepas itu manjanya bukan main lagi dengan mama kan?” ucap Datin Zarina lagi sambil tergelak kecil melihat wajah Ammar yang sudah merah menahan malu.

“ Mama sudahlah. Am tak sihat ni,mama cerita yang bukan- bukan pula.” Sungut Ammar sambil mengerling sedikit pada Mardiyah. Gadis itu hanya tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya. Ammar terpana seketika kerana baharu pertama kali dia melihat Mardiyah tersenyum semanis itu.

“ Betullah apa yang mama cakap kan? Diya berhak untuk tahu dia kan sudah jadi isteri kamu.” Datin Zarina sengaja menekankan perkataan isteri agar Ammar sedar yang gadis di hadapannya sekarang adalah isterinya yang sah.

Mardiyah terdiam dan menunduk begitu juga Ammar.

“ Emm, memandangkan datin dah sampai, saya minta diri dahulu. Saya risau takut- takut Quraisya cari saya pula nanti.” Mardiyah mengubah topik. Dia bingkas bangun daripada tempat duduknya.

“ Eh tunggu dahulu Diya. Boleh tak kalau kamu tolong hidangkan makanan yang mama bawa ini untuk Am. Nanti sejuk tak sedap pula.” Pinta Datin Zarina seraya menghulurkan mangkut tingkat pada Mardiyah.

Mardiyah menyambut huluran daripada Datin Zarina dan beredar ke dapur meninggalkan Ammar dan Datin Zarina di bilik yang mewah itu.

“ Sejak bila mama bahasakan diri mama dengan Mardiyah mama?” tanya Ammar sedikit pelik.

Memang dia perasan yang mamanya membahasakan dirinya mama dengan Mardiyah. Sedangkan dia tidak suka jika Datin Zarina rapat dengan Mardiyah.

“ Sejak dia jadi menantu mama. Kenapa kamu tak suka ke?” soal Datin Zarina pula. Wajah Ammar yang sedang terbaring dipandang.

“ Memang Am tak suka. Am tak pernah terima dia dalam hidup Am tapi kenapa mama senang je terima dia sebagai menantu. Am tak suka macam ni mama.” Luah Ammar.

Datin Zarina tersenyum nipis.

“ Mama tak paksa kamu untuk terima Diya tapi kamu tak boleh paksa mama untuk tidak terima dia dalam keluarga kita. Mama kenal Diya sebelum kamu berdua bernikah dan mama cukup suka dengan budi bahasa dia dan mama rasa dia yang paling sesuai untuk jadi menantu mama.” Jawab Datin Zarina ringkas.

Sememangnya itu yang dirasakan saat ini. Memang Mardiyah sesuai untuk menjadi isteri kepada anaknya itu.

“ Itu tidak bermakna Am sesuai dengan dia ma. Am tak suka dia dan Am tak boleh terima dia dalam hidup Am. Am rasa tak lama lagi Am akan lepaskan dia.” Tutur Ammar perlahan.

Dia berharap agar Datin Zarina faham dengan kemahuannya yang tidak mahu Mardiyah sebagai teman hidup apatah lagi sebagai isteri.

“ Kadangkala dalam hidup kita, kita tidak akan dapat apa yang kita suka tetapi kita dapat apa yang kita benci kerana kadang- kadang apa yang kita benci itu adalah yang terbaik buat kita. Sebab ALLAH akan memberikan apa yang kita perlukan bukan apa yang kita inginkan. Mama harap Am faham maksud mama.” Nasihat Datin Zarina.

“ Mungkin Diya jodoh kamu..” sambung Datin Zarina lagi sambil mengusap kepala anak lelakinya itu.

Ammar mengelengkan kepala. Menidakkan kata Datin Zarina.

I don’t think so mama. Dia bukan type Am dan Am akan pastikan yang dia tidak akan jadi isteri Am untuk jangka masa yang lama..”

“ Encik jangan risau saya takkan ambil masa lama untuk jadi isteri encik. Cuma saya perlu sedikit waktu untuk kembali semangat saya sebelum saya tinggalkan kehidupan encik. Saya minta agar encik bagi saya tempoh tiga bulan untuk bekerja di hotel encik dan selepas itu saya berjanji akan keluar daripada kehidupan encik. Boleh?” sampuk Mardiyah tiba- tiba.

Luluh hatinya bila mendengar perbualan Ammar dan Datin Zarina. begitu kecil dia di mata Ammar malah lebih kecil daripada semut merah. Dia tidak pernah direndahkan sebegini rupa. Hancurnya hati hanya ALLAH yang tahu. Buat kedua kalinya hati Mardiyah bagai disiat- siat dengan kata- kata Ammar. Tetapi dia sedikit pun tidak menyalahkan Ammar kerana dia tahu lelaki itu hanya mahu berterus terang dengan Datin Zarina.

Ammar terkelu begitu juga dengan Datin Zarina. masing- masing terdiam.

“ Saya tahu kehadiran saya hanya menyusahkan hidup datin dan encik. Tapi saya tak mintak semua itu. saya tak mintak untuk jadi isteri encik sebab saya sedar siapa saya di mata encik. Tapi percayalah saya akan pergi daripada hidup encik tiga bulan dari sekarang. Saya janji. Saya sudah tak nak susahkan hidup sesiapa lagi.” ucap Mardiyah tenang.

Walaupun kedengaran mendatar tetapi rasa sebak turut menyelubungi perasaan Mardiyah sekarang ini. Dia memandang Datin Zarina dan Ammar silih berganti. Dia masih menunggu jawapan daripada Ammar yang hanya mendiamkan diri.

“ Baiklah kalau itu yang kau mahu. Aku takkan halang lagipun kau dan aku bukan ada hubungan dan kau tak penting pun dalam hidup aku.” Jawab Ammar selamba.

“ Am kenapa cakap macam ni?” Datin Zarina menyampuk.

Keadaan anak dan menantunya semakin teruk dan dia harus melakukan sesuatu untuk menolong mereka.

“ Dah itu yang dia nak mama takkan Am nak halang.” Ujar Ammar lagi.

Mardiyah hanya menundukkan wajah. Dia menghampiri Datin Zarina dan menghulurkan tangan untuk bersalaman.

“ Saya minta diri dulu datin dan terima kasih atas peluang yang encik berikan pada saya.” Ucap Mardiyah sebelum melangkah pergi.

Sebaik sahaja dia berpaling membelakangi Datin Zarina dan Ammar, setitis air matanya menitis ke bumi. Ya, aku ada tiga bulan lagi untuk menamatkan semua ini.

 

BAB 16

MATA Ammar melilau- lilau mencari kelibat Mardiyah yang tidak kelihatan sedari tadi. Jam sudah masuk pukul 9.10 minit namun batang hidung Mardiyah langsung tidak kelihatan hingga menimbulkan rasa bengang dalam diri Ammar. Dia memang pantang jika ada kakitangan yang datang lewat ke pejabat kerana dia seorang yang menepati waktu. Memang Mardiyah sengaja cari pasal dengan dia. Tambahan pula sekarang ini demamnya masih belum pulih sepenuhnya namun digagahi juga untuk ke pejabat kerana dia bosan duduk terperuk di rumah mamanya.

Ammar menghampiri meja Kak Izzah yang sedang khusyuk dengan kerjanya.

“ Kak Izzah ada nampak Mardiyah tak? Kenapa dia tak datang lagi dah pukul berapa ni?” tanya Ammar sopan.

Kak Izzah mendongak memandang wajah kacak milik Ammar.

“ Saya tak tahulah encik. Dia tak ada callsaya pun selalunya kalau ada apa- apa dia akan inform saya dahulu.” Terang Kak Izzah.

Dia dapat rasakan gunung berapi Ammar akan meletus pada Mardiyah pagi ini. Melihat air muka Ammar yang garang itu pun, Kak Izzah tahu yang Ammar sedang memendam kemarahan. Kak Izzah pun pelik kenapa Ammar suka sangat memarahi Mardiyah. Kadang- kadang tanpa sebab gadis genit itu di maki. Cuma sejak Ammar demam dan tidak datang ke pejabat, Kak Izzah tidak lagi mendengar cacian lelaki itu untuk Mardiyah. Tapi apa yang pelik lagi sikap Ammar dingin hanya dengan Mardiyah tetapi dengan staf yang lain Ammar sentiasa bermanis muka.

“ Kalau dia dah sampai, suruh dia jumpa saya immediately.” Ujar Ammar tegas. Dia mengetap bibir tanda geram.

Kak Izzah tersedar dari lamunan dengan pantas mengangguk.

“ Baiklah encik nanti saya akan sampaikan tapi itu pun Diya dah sampai tapi dengan Encik Raqeem..” kata- kata Kak Izzah mati di situ bilat melihat Mardiyah yang anggun berjubah labuh berjalan seiringan dengan Raqeem. Salah seorang pegawai di hotel itu. Dia kehairanan.

Ammar berpaling bila mendengar kata- kata Kak Izzah dan memang sah Mardiyah sedang berjalan bersama Raqeem. Hatinya mula terasa sesuatu bila melihat Mardiyah tersenyum pada Raqeem. Dia hanya menunggu Mardiyah sampai di hadapannya akan di sembur habis- habisan.

“ Saya mintak maaf encik sebab terlewat. Kereta saya rosak.” Ujar Mardiyah sewaktu sampai di hadapan Ammar yang sudah menunggunya sedari tadi. Raqeem hanya berdiri di belakang Mardiyah selaku saksi kejadian.

“ Kau tahu sekarang ini pukul berapa? Jam kau rosak ke?” tanya Ammar cukup sinis. Dia memandang Mardiyah dan Raqeem silih berganti.

Mardiyah menelan air luir. Dia tahu dia akan dimarahi tetapi janganlah di hadapan Raqeem dan Kak Izzah. Dia malu.

“ Saya tahu saya lambat sebab itulah saya nak mintak maaf. Kereta saya rosak dan terpaksa masuk workshop jadi sebab itulah saya tumpang Raqeem. I meanEncik Raqeem.” Mardiyah memperbetulkan bahasanya.

Dia tidak mahu Ammar tahu yang dia dan Raqeem bersahabat baik dan dia tidak mahu Ammar menuduh dia mengambil kesempatan pada Raqeem pula.

“ Ada aku kisah dengan kereta kau. Aku tak mahu tahu masalah kau yang aku nak tahu aku tak nak pekerja aku datang lewat faham!” tengking Ammar memecah gegendang telinga Mardiyah.

Mardiyah menikus. Apa yang ditakutkan sudah terjadi.

“ Am, come on janganlah tengking- tengking macam ini. Memang kereta Diya rosak aku saksinya. Dia yang call aku tadi minta aku ambilkan dia. Kau jangan berkasar sangat lagipun ini kali pertama Diya datang lambat.” Ucap Raqeem membela Mardiyah.

“ Ini bukan urusan kau Qeem, dia pekerja aku dan aku berhak mengajar dia.” Ucap Ammar dengan nada marah. Berombak- ombak dadanya menahan rasa amarah.

“ Tapi ini bukan cara yang betul nak mengajar Am, dia tak salah. Dia tak sengaja. Kau tak boleh nak hukum dia dengan kesalahan yang tak disengajakan.” Terang Raqeem. Dia menentang wajah Ammar yang tampak kemerahan.

Sebagai pegawai sumber manusia dia ada hak untuk menegur Ammar jika berlaku ketidakadilan terhadap kakitangan bawahan walaupun Ammar adalah ketua mereka.

Ammar terdiam. Hatinya benar- benar sakit bila Raqeem membela Mardiyah. Pasti mereka ada hubungan. Ammar mula rasa curiga. Dia mendengus marah.

“ Kali ini aku beri kau peluang tapi ingat sekali lagi kau lambat. You are fired!” tegas Ammar lantas berlalu ke biliknya dengan perasaan sebal.

Mardiyah hanya tertunduk dengan perasaan bercampur baur. Ammar memang tidak pernah berubah walau selautan kebaikan yang ditaburkan Ammar tidak pernah mengambil pusing apatah lagi mengambil berat. Mardiyah mula merasa yang hiba. Mutiara jernih mula bertakung di kelopak mata.

“ Diya saya harap awak tak berkecil hati dengan sikap Am itu. dia memang tegas kalau soal kerja tapi secara peribadi dia seorang yang baik. Saya kenal dia dah lama dah masak sangat dengan perangainya itu.” pujuk Raqeem bila melihat wajah Mardiyah yang murung.

Raqeem faham mesti Mardiyah terluka dengan sikap Ammar yang terlampau tegas dalam bekerja hingga membuatkan hati gadis pujaannya itu berkecil hati. Namun, Raqeem akan cuba sedaya mungkin untuk mengembalikan keceriaan di wajah Mardiyah.

“ Tak mengapa Qeem, saya dah terbiasa dengan sikap Encik Ammar begitu. Saya tak terasa hati pun. Awak jangan risau.” Ucap Mardiyah. Dia cuba menyembunyikan air mata yang hampir menitis.

Mardiyah tersenyum pada Raqeem. Dia tidak mahu Raqeem susah hati dengan perangai Ammar yang tidak pernah baik dengannya. Dia juga tidak mahu Raqeem tahu tentang hubungan dia dan Ammar. Biarlah perkara itu terus menjadi rahsia sampai semuanya selesai.

“ Kalau awak dah cakap macam itu saya rasa lega sikit. Saya ni tak boleh tengok awak masam- masam tau nanti lesung pipit awak tu tak nampak.” Ujar Raqeem bergurau membuatkan Mardiyah tersenyum.

Mardiyah menundukkan wajah bila Raqeem merenungnya. Berdebar jantung dibuatnya.

  Awak ni..” Mardiyah tersipu- sipu.

Raqeem hanya tersenyum.

“ Okeylah awak sambung kerja awak. Nanti tengah hari kita launch sama.”

“ Baiklah.”

 

AMMAR mendongak bila pintu terkuak. Kelihatan Mardiyah sedang menatang dulang yang berisi secawan air yang pasti untuk dirinya. Hari ini gadis itu kelihatan ayu dengan jubah labuh berwarna biru dan dipadankan dengan tudung berwarna biru lembut. Lama Ammar merenung figura isterinya sebelum dia mengalihkan pandangan ke tempat lain.

“ Encik ni airnya dan ubat.”

Mardiyah meletakkan cawan dan penadol di hadapan Ammar.

Ammar mengangkat kening. Sejak bila pula aku minta ubat? Dia tertanya- tanya.

“ Aku tak mintak ubat pun.” Balas Ammar sambil memandang tepat pada Mardiyah.

“ Saya tahu. Tapi encik tak sihat lagi jadi encik kenalah makan ubat ni.” Ujar Mardiyah lembut. Pandangan Ammar di balas tetapi tidak lama. Dengan pantas wajahnya ditundukkan.

Ammar terpana. Baharu pertama kali ada seseorang yang begitu ambil berat tentang dirinya. Hati lelakinya tersentuh.

“ Kalau aku tak nak?” duga Ammar.

“ Nanti encik tak sihat.” Jawab Mardiyah. Dia tersenyum.

Ammar cuba menahan diri dari tersenyum. wajahnya terus- terusan di masamkan.

“ Letak je kat situ nanti aku makan. Anyway malam besok mama aku ajak kau makan malam kat rumah.” Ucap Ammar tiba- tiba. Dia menundukkan wajah untuk memeriksa fail- fail yang perlu dihantarkan pada Datuk Zainal petang nanti.

“ Saya tak boleh datang encik sebab saya ada janji dengan Encik Raqeem.” Jawab Mardiyah serba salah.

Memang dia sudah berjanji dengan Raqeem untuk ke rumah Nur Cahaya malam esok kerana Raqeem yang beria- ria untuk mengikut Mardiyah ke sana.

Ammar tersentak bila nama Raqeem meniti di bibir gadis itu. serentak dia mengangkat muka menatap wajah Mardiyah yang manis.

“ Penting sangat ke date kau dengan Raqeem itu?” tanya Ammar cuba menyembunyikan getar di sebalik suaranya yang tenang.

“ Tak penting sangat tapi saya dah janji.”

Ammar mendengus. Memang sah mereka ada hubungan. Bisik hati Ammar.

“ Aku tak nak cakap banyak dengan kau. Kalau kau rasa mama lebih penting daripada Raqeem esok kau datang tapi kalau kau rasa buah hati kau tu lebih penting, apa aku boleh buat. Aku tak kisah kalau kau tak nak datang sebab bukan aku yang beria- ria tapi mama. Bagi aku kau ada atau tak, tak ada bezanya.” Ujar Ammar.

Mardiyah menunduk. Dia tahu dia tidak penting dalam hidup lelaki itu tapi itu tidak mendatangkan masalah pun pada Mardiyah. Dia lebih suka jika begini.

“ Saya tahu saya kehadiran saya tidak ada maknanya dalam hidup encik. Saya tak kisah. InsyaALLAH kalau saya tak ada halangan saya datang esok. Encik tolong sampaikan salam saya pada Datin Zarina.” balas Mardiyah.

Ammar hanya diam. Dia malas mahu bercakap banyak lagipun dia tak kuasa nak layan perempuan macam Mardiyah.

“ Kalau tak ada apa- apa kau boleh keluar sekarang. Muak pulak aku tengok muka kau lama- lama.”

Ammar terus- terusan menyakiti hati Mardiyah yang sememangnya sudah terluka dan tidak mungkin akan pulih kembali.

Tanpa menunggu lama Mardiyah melangkah keluar daripada bilik yang hanya membuatkan hatinya sakit. Dia berdoa kepada Tuhan agar suatu hari nanti Ammar akan tersedar daripada keangkuhannya dan lebih menghormati orang lain.