Sabtu, 17 November 2012

Novel : Aarrgghh!!! Akulah PA Mr. A ( Bab 1 )





      “Isha! Bangun! Sudah pukul 8 pagi ni!” jerit Puan Sri Rina di telinga anak perempuan bongsunya itu yang diberi gelaran Isha atau nama sebenarnya Tengku Arisha Danisha.
“Mama ni bising betul lah. Awal lagi. Lagi pun Isha tak boleh solat la mama.” ujar Isha sambil menekup kepalanya dengan bantal busuk kesayangannya itu.
“Awal Isha cakap! Isha! Hari ni first day Isha kerja lah! Kalau Isha mahu dipecat tanpa masuk bekerja lagi, teruslah tidur. Mama lagi seronok Isha dipecat.” ujar Puan Sri Rina dengan mimik muka yang gembira.
Sudah beberapa kali Puan Sri Rina dengan suaminya, Tan Sri Tengku Kamaruddin mengajak Isha bekerja di syarikat Tan Sri Tengku Kamaruddin tapi jawapan Isha ialah, “Tak nak la ma, pa. Isha nak mula dari bawah. Bekerja dengan orang lain dahulu. Isha nak rasa bagaimana perasaan pekerja-pekerja syarikat papa. So, Isha boleh la jadi bos yang berwibawa.” Abang-abangnya juga telah memujuknya tapi jawapannya tetap sama.
“Eh! Siapa cakap Isha tak nak pergi kerja? Isha nak pergi mandi la ni.” ujar Isha sambil bangun daripada katil lalu menuju ke bilik air yang memang sedia ada di biliknya itu.
“Aiseh! Baru aku nak seronok,dia dah bangun. Tak ada harapan la anak bongsu aku ni masuk kerja di syarikat suami aku.” ujarnya seorang diri.
         “Good morning ma, pa and my ugly brothers!” ucap Isha sambil mencium pipi mama dan papa Isha.
“Apa adik cakap? Abang tak dengar lah. Almaklumlah abang tak korek tahi telinga selama sebulan dah!” tanya abang keduanya, Tengku Daniel dengan sinis.
”Iieeeee… Abang ni pengotor lah. Hahahahaha….” Isha ketawakan abangnya.
‘Ah sudah! Muka abang aku dah bertukar jadi merah lah. Bila-bila masa saja volcano akan memuntahkan lavanya. Lebih baik aku lari dulu.’ monolog Isha.
“Aaaaa!!!!! Lari!!!!! Volcano dah nak memuntahkan isi dalam perutnya. Aaaaaaaa!!!!!!” Isha berlari sambil menjerit apabila abang keduanya mengejarnya. Abang sulungnya, Tengku Danish hanya tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepala sahaja melihat teletah adik-adiknya itu.
“Isha! Daniel! Jangan lari dah. Jom makan. Kalau Isha dengan Daniel tak nak dengar cakap papa, papa denda kalian berdua. Kalian tahu kan papa selalu denda apa?” jerit papanya dengan  mimik muka yang marah supaya anak-anaknya takut akan ugutannya.
“Ye la, papa.” ujar Isha dengan Daniel serentak setelah sampai ke meja makan. Mereka telah berkejaran sehingga ke tingkat tiga banglo kelurga mereka.
“Sekarang ni Isha dengan abang Daniel sudah berada di depan papa, so, jangan denda la, papa! Isha merayu sangat.” Isha merayu pada ayahnya dengan mimik muka yang sedih.
“Ye la. Papa tak denda. Sudah. Jom makan.” ujar ayahnya dengan tenang.
“Sayang papa!” ujar Isha dengan gembira lalu  mencium pipi papanya.
Setelah Isha selesai makan,
“Ma, pa, abang, Isha pergi kerja dulu ye. Dah 8:30 pagi ni.Bye.” Isha bangun daripada kerusi lalu bersalam dengan mama, papa dan abang-abangnya.
“Isha pergi kerja naik apa?” tanya mamanya.
“Isha pergi kerja naik bas, ma. ”jawab Isha sambil mengambil handbegnya yang terletak di sofa.
“La !Kenapa Isha tak memandu kereta sahaja?” tanya mamanya yang tidak berpuas hati dengan jawapan anaknya.
“Isshhh..Tak nak la Isha panduToyota Camry Isha. Nanti ramai orang tahu yang Isha ni anak orang kaya. Lagipun ma, Isha tak nak orang berkawan dengan Isha sebab Isha ni anak orang kaya. Isha mahu kawan yang ikhlas berkawan dengan Isha bukan disebabkan kekayaan seperti Afifah, Aishah dan Izyan.”jawab Isha.
“Ye,Isha. Mama dah tak tahu nak cakap macam mana dah dekat Isha.” akhirnya mama Isha mengalah.
“Bye..” jerit Isha sambil berlari keluar daripada rumah.
“Isshh.. Dia ingat kita ni pekak ke nak terjerit-jerit.” Daniel membebel seperti orang perempuan saja lagaknya.


p/s: Sorry guys! Saya baru belajar karang novel, gaya menulis pun teruk. Sebenarnya, cerita ini dah lama saya karang.

By Nur Aizat Ayiz N.M.