Minggu, 18 November 2012

Novel : Peperangan Cinta : Bab 6



BAB 6

 “GIRLS! Aku dapat tawaran pergi belajar di Seoul!” Ariana meletakkan surat itu di hadapan Arani, Azzalea dan Nisrina.
Same with me! Aku pun dapat tawaran ke Korea!”  Nisrina berkata riang. Seingat dia, dia sahaja yang dapat tawaran itu, rupa-rupanya Ariana turut bersamanya.
“Kita orang dapat ke UK. Apalah nasib kita kan, dua ke Korea, dua ke UK,” Arani berkata. Azzalea hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Lebih baik daripada tiga orang belajar di Korea. Seorang je ke UK, kan,” Ariana berkata. Susah juga kalau jadi macam itu.
“Betul, betul, betul. Hey! Kita punya percutian macam mana?” tiba-tiba Arani teringat akan percutian mereka ke negara Kanggaroo itu.
“Aku dan Azza dah dapat tempat tinggal sepanjang kita berada di sana. Kalau tentang budak laki aku tak taulah. Sebab Akif dan Daiyan yang cari tempat tinggal untuk mereka,” jelas Ariana.
“Buat apa kita nak hiraukan mereka, kita fikir kita sudah,kan,” Arani menyampuk.
“Tak boleh begitu.Kita pergi dengan mereka.Penerbangan kita Ikram yang support tau..” Nisrina menasihati Azza.
“Ehemm..” Azza berdehem. Nisrina memandang ke arah Azza sambil tersengih. Lupa pula yang Ikram dan Azzalea itu adik-beradik.
“Yelah, yelah. Habis tu, takkan kita nak pergi tanya dia orang kot?” Arani membuat muka toya. Merajuk la tu.
“Terpaksalah,” Nisrina membuat muka terpaksa. Tergelak Ariana dibuatnya.
“Sudahlah, layan kau orang sampai bila pun tak habis. Jom Azza, teman aku. Kita pergi tanya mereka,” ajak Ariana. Azza mengikut sambil membuat muka. Tak habis-habis. Arani dan Nisrina bangun lalu mengikut. Nanti terlepas kereta api kan susah.
“Muncung-muncung, aku ikat buat ampaian baru kau tahu,” ugut Azzalea.
“Aku ikat kau kat pokok baru tahu,” ugut Arani pula.
“Dahlah! Jangan bergaduh! Nanti tiga-tiga orang aku tinggal!” marah Ariana.
“Aik! Aku pulak dah yang kena! Tak aci! Ni semua sebab kau orang la ni!” marah Nisrina pula.

“ASSALAMUALAIKUM,” tegur Azzalea kepada beberapa orang pemuda yang asyik membaca buku.
“Waalaikumussalam,” Ikram menjawab. Yang lain masih khusyuk membaca buku. Khusyuk lah sangat.
“Ada apa tiba-tiba muncul?” tanya Ikram. Mungkin pelik dengan kehadiran Ariana, Azza, Arani dan Nisrina.
“Kita orang nak tanya. Nanti kau orang nak menginap kat mana waktu bercuti nanti?” tanya Ariana.
“Yang itu tanya Akif ngan Daiyan,” balas Ikram selamba. Dia terus merenung bukunya. Tak kisah pun.
“Akif? Daiyan?” tanya Ariana.
“Ikut suka hati kita oranglah. Kau orang sibuk sebab apa pula?” tanya Akif sedikit lancang. Oh, ni bukan sedikit tapi lancang-selancangnya.
“Kita orang tanya baik-baik, tolongla answer dengan elok. Ini tak. Perangai macam hantu. Kau dengan Haikal sama aje perangai! 2 times5! Sebijik!” tengking Ariana. Siapa tak panas? Orang tanya baik-baik. Ni jawab macam apa ntah! Sakit hati!
“Dahlah, Ann! Kita blah je lah! Dia orang bukan boleh ajak bincang,” kata Arani kasar lalu menarik lengan Ariana. Mereka berlalu ke kereta mereka. Hati mereka masih sakit dengan kata-kata Akif itu.

“MENYAKITKAN hati betul!” kata Arani lalu terus membaringkan badannya ke atas katil queen itu.
“Habis tu kenapa tak tengking ja!” Nisrina melabuhkan punggung di atas katil itu.
“Nak tengking macam mana. Kekasih dia kat depan mata!” Azzalea memberi renungan tajam ke arah Arani.
“Siapa eh kekasih aku? Curious jugak aku,” Arani bangun daripada baringan lalu duduk bersandar di kepala katil.
“Abang aku..” jawapan selamba daripada Azzalea membuatkan Arani membaling bantal ke arahnya.
“Gila kau! Abang kawan sendiri tu! Agak-agaklah kalau nak cari pak we! Tak nak aku dekat Ikram, tak pasal-pasal.. Dahlah dia itu ais kutub di kutub utara! No way!!” pangkas Arani.
“Abang aku tak dingin. Dia romantik and nakal! Argh! Bestnya kalau ada suami macam tu!” kata Azzalea lalu berbaring. Seronoknya..
“Haram kahwin cik Azzalea Mariah oooii!” serentak Ariana, Arani dan Nisrina bersuara.
“Kau orang ingat aku nak kahwin dengan abang aku ke?” tanya Azzalea kembali.
“Mungkin.. Gaya kau bercerita macam orang yang dilamun cinta dengan abang sendiri je,” balas Ariana.
“Tak ada maknanya.. Eh, Ann.. Kenapakan kau dengan Haikal asyik bergaduh? Pasal perkara kecik pun kau orang nak gaduh! Cuba dalam sehari je kau tak bergaduh dengan Haikal, aman dunia tau tak?” kata-kata Azzalea mengundang minat Arani dan Nisrina untuk mendengar perbicaraan mereka berdua.
“Tak lengkap hidup aku kalau tak gaduh dengan dia,” balas Ariana pula.
Then, buatkannya jadi lengkap..” balas Nisrina. Ariana menjegil mata Nisrina. Nisrina buat tak kesah.
“Sebab tak bolehlah ianya tak lengkap..” kata Ariana.
“Kau orang ni macam bercinta tau tak? Kalau tak gaduh tak lengkap, kalau pasangan bercinta pula kalau tak jumpa tak lengkap hidup, macam kau orang nilah,” kata-kata Arani menimbulkan amarah di dalam hati Ariana. Dia membaling bantal ke arah Arani.
“Tak kena! Bluek!”
Riuh rumah itu apabila Arani dan Ariana saling kejar mengejar dan lawan bantal. Sehari tak bergaduh memang tak sah!

“HONEY, bawalah I. I pun nak bercuti dengan you all juga,” Eryna mengurut-urut lembut lengan Haikal. Haikal menolak lembut lengan Eryna.
            Sorry, eh Eryna. Tiket penerbangan dah ditempah untuk 4 orang sahaja. Jadi, awak kena uruskan sendiri lah segala persiapan awak,” tolak Haikal lembut. Eryna makin mendesak.
            “Ala... Pleaselah you..” Eryna tidak putus-putus memujuk. Haikal dah kehilangan akal untuk menolak. Tiba-tiba dia terpandang Ikram.
            “Err.. Ikram! Aku ada something important nak cakap dengan kau!” Haikal segera meluru ke arah Ikram. Eryna mengikut langkahnya.
            “Eryna, saya ada hal penting nak cakap dengan Ikram. Awak tunggu sini, eh! Nanti saya datang balik!” Haikal terus melangkah pergi bersama Ikram. Eryna duduk semula di kerusi.
            ‘Ah! Dia memang tak akan bawa aku! Lepas tu, aku nak buat macam mana? Takkanlah nak pujuk dengan cara lain. Rosaklah reputasi aku!’ Eryna terus berfikir sambil menunggu dan menunggu seseorang yang tidak akan kembali lagi.

“ADA hal penting apa?” tanya Ikram kepada Haikal. Haikal hanya tersengih.
            “Sorry eh sebab aku gunakan kau untuk melepaskan diri daripada Eryna,” kata Haikal sambil tersengih. Ikram hanya tersenyum, faham sangat dengan sikap kawannya itu.
            “Dah, jomlah kita packing! Esok kita fly to Australia!” ujar Ikram sambil memeluk bahu Haikal.
            Let’s go!

HARI yang dinanti sudahpun tiba! Mereka sudahpun berada Australia. Ariana, Azzalea, Arani dan Nisrina terus masuk ke bilik mereka. Rasa penat selama beberapa jam di kapal terbang itu masih bersisa. Namun, mereka masih sempat meneliti bilik itu.
“Wah! Canggihnya! Ada tab mandi! Bolehlah aku berendam nanti!” Arani sudah terbayang suasana ketika dia berendam. Ah! Bestnya! Namun khalayannya hilang kerana kepalanya dipukul oleh Ariana.
“Kau ni memanglah! Tak boleh tengok aku senang lansung! Aku nak berangan pun tak boleh,” Arani memuncungkan mulutnya. Ariana hanya tersenyum.
“Eloklah kita pun tiada ampaian di sini, bolehlah kita tarik muncung dia buat ampaian,” usik Ariana lagi.
“Anna!!!” jerit Arani kuat. Ariana berlari lalu bersembunyi di belakang Azzalea. Arani mengambil bantal lalu membaling ke arah Ariana. Tawa mereka bergabung. Bilik mereka bingit.
Daiyan menjenguk dari luar. Bilik mereka yang bertentangan dengan bilik Arani, Azzalea, Ariana dan Nisrina menyebabkan mereka mendengar bunyi suara daripada bilik itu.
“Kenapa dengan mereka tu?” tanya Daiyan. Dia memandang ke arah Haikal.
“Kena sawan gila!” balas Haikal selamba lalu berbaring dan terus tidur tanpa mempedulikan kawan-kawannya.
“Yang ni pula kena sawan tidur!” selamba je Ikram berbicara. Haikal terus bangun daripada perbicaraannya.
“Ada ke sawan tidur? Kalau ada Akiflah orang pertama yang kena,” selamba je Haikal cakap. Semua orang mentertawakan Akif yang terkulat-kulat.

p/s : Jantung ini asyik berdebar-debar dari tadi, takut untuk menghadapi hari esok.. Andai sahaja masa boleh dihentikan...

By Ayas Liaa Min