Sabtu, 17 November 2012

Novel : Aarrgghh!!! Akulah PA Mr. A ( Bab 3 )


Masa menunjukkan pukul 5:30 petang.
‘Ye! Balik! Dah pukul 5:30 petang lah! Ish.. macam budak-budak lah pula aku ni. Lebih baik aku turun sekarang ni. Kalau tidak, ketinggalan bas lah jawabnya. Ngeee! Tak nak lah!’ monolog Isha.
Isha terus keluar daripada biliknya dan menuju ke bilik Afifah.
“Afifah! Aja-aja!” ujar Isha sebaik sahaja membuka pintu bilik Afifah.
“Nak pergi mana pula ni?” tanya afifah yang kebingungan.
“Cik Afifah, sekarang ni dah pukul 5:30 petang la sayang oii! Time untuk balik!” menjerit Isha sambil mengangkat tangannya sebelah kanan seperti murid-murid mengangkat tangan untuk menjawab soalan guru.
Rupa paras Isha ketika berbuat demikian seperti muka budak-budak 5 tahun. Ish.. Ish.. Mujurlah tiada orang yang lalu-lalang di depan bilik Afifah.
“Eh! Lupalah pula! Alhamdulillah, terima kasih lah intan payung kerana beritahu sekarang ni time untuk pulang. Nanti den kena berleter dengan dia pula sebab tak turun-turun lagi.” terang Afifah.
“Ha?! Siapa yang tunggu kau, Afifah?” tanya Isha tetapi malangnya Afifah terus menarik tangan Isha lalu masuk ke dalam lif dan akhirnya tiba juga di pekarangan Farish Holding tanpa menjawab pertanyaan Isha. Isha geram dengan kawannya kerana buat tak endah  dengan soalan dia tadi.
“Afifah! Kenapa kau tak jawab soalan aku?! And kenapa pula kita berdiri di sini? Tempat parking kereta kat sana Cik Afifah. Bukannya di sini. Dah la aku nak balik dulu lah.” ujar Isha dengan nada yang sinis sambil ingin berlalu pergi ke bus stop.
“ Cik Isha, Cik Isha nak pergi mana? Tempat parking kereta di sana. Bukannya di bus stop!” ujar Afifah juga dengan nada sinis.
“Eh! Tak jadi nak pulang sebelum kita selesaikan dulu sesuatu. Kenapa kau ciluk ayat aku?” tanya Isha dengan nada yang tidak berpuas hati.
        Pon! Pon!
‘Ish! Kereta siapa pula yang mengganggu kententeraman awam ni! Tak sempat orang nak dengar jawapan!’ marah Isha dengan geram tetapi dalam hati saja la.
‘Mak oi! Kereta sport! Siapa pemilik kereta ini?’ ujar Isha dengan teruja di dalam hati.
‘Aik! Kenapa berhenti depan kami ni?’ Isha masih bermonolog.
“Hai! Dah lama turun?” tanya pemuda yang memakai cermin mata berwarna hitam yang baru turun dari kereta sport miliknya lalu berjalan ke arah aku dan Afifah sambil menarik cermin mata lalu meletakkannya di poketnya.
‘Mak oi! Handsomenya! Tapi dia tanya siapa ek? Aku bukan. Jangan-jangan Afifah?’ monolog Isha.
“Tak la. Baru turun.” ujar Afifah sambil tersenyum ke arah lelaki tersebut.
‘Sah! Memang Afifah!’ Isha bermonolog lagi.
“Afifah! Ni siapa sayang? Your fiancee’ ka?” tanya Isha kepada Afifah dengan nada yang sinis.
“Eh?! Aku tak pernah bagi tahu kat kau ke Isha?” tanya Afifah.
“Bagi tahu apa? Aku memang tak tahu apa-apa pun pasal lelaki ni. Afifah, lebih baik kau bagi tahu sekarang! Kalau tidak aku merajuk!” ujar Isha.
“Merajuk lah. Aku suruh Encik Farish pujuk kau ek? Muka pun handsome.” ujar Afifah sambil menunjuk ke arah Farish yang sedang berdiri di hadapan pintu Farish Holding.
“Ehem.. Ehem..” pemuda yang berada di hadapan Afifah berdehem seperti tidak berpuas hati.
“Afifah! Aku tanya benda lain! Kau jawab benda lain!” ujar Isha yang tidak berpuas hati akan jawapan yang diperoleh daripada Afifah.
“Dah kau nak merajuk! Aku suruh je la Encik Farish pujuk kau. Dia pun masih single and available lagi. Ok lah. Aku bagi tahu. Pemuda yang tampan lagi tough yang berada di hadapan kau ni bernama Adam Bryan a.k.a. my cousin.” terang Afifah.
“Ehem.. Saya, Adam Bryan. Sepupu Afifah merangkap bakal husband Afifah.”Adam memperkenalkan dirinya.
“What?!Afifah future’s husband?! Afifah!!!” jerit Isha sehingga menyebabkan Farish menoleh ke arah mereka lalu berjalan menuju ke arah mereka bertiga.
”Kenapa Bryan?” tanya Farish kepada Adam.
“Hai! Dah lama tak jumpa.”  sapa Adam.
“Awak kenal Encik Farish ke?” tanya Afifah kepada Adam.
“Ye. Farish ni kawan time universiti dulu. Farish, ni la future wife aku!” Adam memperkenalkan Afifah kepada Farish sebagai future wife Adam.
Isha merajuk dengan Afifah kerana Afifah tidak bagi tahu pun yang Afifah sudah bertunang. Isha berasa dirinya tersisih. Isha pun berjalan ke bus stop. \
Baru beberapa langkah Isha berjalan,
“Isha! Kau nak pergi mana? Jom lah balik dengan kami berdua, Isha?” ajak Afifah.
Isha buat tidak endah lalu Afifah menarik tangan Isha.
“Jom la balik dengan kami?” ajak Afifah sambil tersenyum kepada Isha.
“Kau tak bagi tahu pun yang kau dah bertunang. Aku sedih ni.” ujar Isha dengan nada yang sedih.
“Eh? !Bila masa aku bertunang pula ni? ”tanya Afifah.
“Eh! Kan Adam kata yang dia itu future husband kau?” Isha pun pelik akan ayat yang baru sahaja Afifah beritahu.
“Eh?! Aku tak bagi tahu kau lagi ke yang keluarga Adam merisik aku?” tanya Afifah yang kebingungan.
“Kau tak bagi tahu lagi. Aku kecewa dengan kau sebab kau tak bagi tahu yang kau dah ada orang yang masuk merisik. Hancur rancangan aku nak atur janji temu dengan kau dengan abang aku.” ujar Isha dengan mimik muka kecewa.
“Apa, Isha? Aku tak berapa jelas ayat last sekali itu” tanya Afifah yang sememangnya tidak dengar dengan jelas ayat terakhir Isha.
“Eh! Nothing! Eh?! Aku pelik lah. Tadi kau kata yang dia sepupu kau, macam mana pula boleh jadi future husband kau ni?” tanya Isha dengan wajah yang keliru.
“Hehe. Itu tanya dia sendiri. Tup..Tup.. Mak Long dan keluarganya masuk merisik aku” ujar Afifah dengan melemparkan senyuman yang menawan. Sesiapa yang melihat senyumannya yang menawan pasti akan jatuh cinta dengannya.
“So, kenapa tak bagi tahu aku yang kau dah ada yang punya?” tanya Isha yang masih tidak berpuas hati. Mahu saja dia membuat perhintungan dengan Afifah.
“Hehe. Aku lupa la!”ujar Afifah sambil tersenyum.
“Apa?! Lupa?! Kau tahu tak aku ni kawan kau! Macam mana kau boleh lupa akan kawan kau yang cantik lagi menawan ni?” ujar Isha sambil tersenyum bangga.
“Eleh! Perasan!” ujar Afifah.
“Alamak! Bas dah tinggal aku lah! Aaaaaaaaa!!! Aku nak balik dengan apa?” jerit Isha sehingga menyebabkan Farish dan Adam yang khusyuk berbual menoleh ke arah Isha.
“Awak balik dengan saya dan Afifah lah. Lagi pun hanya Afifah saja yang naik kereta saya.” ajak Adam sambil berjalan ke arah aku dan Afifah. Farish yang juga memakai cermin mata berwarna hitam pun berjalan ke arah kami berdua.
“Eh! Tak pe la. Saya boleh balik dengan….. Ha! Dengan laki itu!” ujar Isha yang menunjukkan jarinya ke arah abang pertamanya iaitu Tengku Danish Haziq  yang berjalan ke arah mereka berempat.
“Eh! Kenapa dia datang sini ek? Fuh! Boleh balik lah aku. Thanks, abang! Macam tahu-tahu pula yang aku kena tinggal oleh bas. Wah! Love you lah abang!’ Isha bermonolog dengan mempamerkan senyuman di wajahnya.
‘Ish! Kenapa dia senyum pula? Tergugat iman aku. Mahu-mahu saja aku ajak Isha nikah’ Farish bermonolog sambil menatap wajah Isha yang masil lagi tersenyum.
“Eh?! Siapa lelaki tu Isha? Berjalan ke sini pula  tu. Hah! Sudah! Jangan-jangan lelaki tu boy friend kau ek?!” jerit Afifah kepada Isha yang memang sejak dari tadi berdiri di tepi Afifah.
“Wei! Benganglah telinga aku. Silap-silap hari bulan pekak aku dek dibuat oleh kau. Aku saman kau nanti!” jerit Isha sambil menutup telinganya.

p/s: So sorry jika bab ini tidak memuaskan hati korang.

By Nur Aizat Ayiz N.M.