Sabtu, 17 November 2012

Novel : Aarrgghh!!! Akulah PA Mr. A ( Bab 4 )


“Hai! Farish! Lama tak jumpa kau! Eh! Kau pun ada Bryan. Bila balik? Lama tak dengar cerita pasal kau. Kau apa khabar?” tanya Danish sambil tersenyum.
 Kalau gadis-gadis lihat senyuman Danish, pengsan lah jawabnya. Danish memang terkenal dengan perwatakan yang menarik. Antara perwatakannya ialah Danish seorang yang lemah lembut terutama sekali apabila berada dengan Isha. Perhatian! Lemah lembut ni bukan seperti pondan ye. Danish tidak pernah mengasari Isha. Danish selalu mendengar pelbagai cerita yang diceritakan oleh Isha tanpa berasa bosan pun walaupun Isha hanya bercerita cerita yang remeh-temeh. Isha lebih gemar berkongsi cerita dengan Danish daripada berkongsi cerita dengan abangnya yang kedua iaitu Tengku Daniel Aizriel.
Daniel pula lebih gemar mengusik Isha. Danish juga seorang yang gemar bermain bola keranjang. Wajahnya ketika bermain bola keranjang amat handsome.
Danish juga seorang yang kacak dan kaya.Danish juga seorang yang pendiam tetapi apabila berada dengan keluarganya dan juga sahabat-sahabat yang rapat dengannya, automatik berubah menjadi ramah. Danish memang seorang lelaki idaman setiap wanita tetapi Danish tidak pernah lagi bercinta dengan sesiapa pun walaupun ada ramai gadis cuba untuk mendekatinya. Isha menggelarnya ‘The perfect handsome guy’.
Manakala Daniel pula Isha menggelarnya ‘The happier handsome guy’ kerana Daniel seorang yang ceria sentiasa dan tidak  pernah terluka walaupun oleh mana-mana perempuan. Daniel bukan lah seorang kaki perempuan. Berbalik semula kepada kisah tadi…..
“Hai! Khabar baik. Wah! Kau bertambah handsome lah! Aku baru balik sebulan yang lalu.” ujar Adam dengan teruja.
“Kembang lah kawan kita ni!” ujar Farish sambil tersenyum.
“Ish! Macam la handsome sangat kalau senyum pun!’ Isha bermonolog sambil membuat ekspresi meluat. Meluat kepada siapa? Of course lah Tengku Farish Izumi a.k.a. Mr. A.
“Eh! Memang Abang Danish handsome pun! Encik yang tak handsome! Kenapa? Jealous dengan Abang Danish ke?” ujar Isha sambil menjelirkan lidahnya kepada Farish.
“Isha! Jangan lah cakap macam tu! Kau nak dipecat ke ?” bisik Afifah ke telinga Isha.
“Biar lah! Ada aku takut dengan dia!” ujar Isha dengan nada yang kuat.
‘Ish! Isha ni! Mulut tak ada insuran! Nasib baik bukan bini aku lagi. Kalau tak, dah lama aku cium dia. Tapi, apa hubungan Isha dengan Danish ye? Nak kata adik-beradik pun tak boleh. Danish ada tengku di hadapan nama dia manakala Isha, tak ada pula tengku. Kenapa Isha kata dia nak balik dengan Danish ye? Jealous lah pula! Ini memang dah dikatakan first sight love. Ah! Sudah! Kalau betul dia ni girlfriend Danish macam mana ye? Tak kan aku nak berebut Isha dengan Danish pula?’ monolog Farish.
“Abang! Hantar Isha balik!  Isha kena tinggal dengan bas!” ujar Isha dengan nada yang tinggi.
“Bagi la abang sembang dengan Bryan dulu! Dah lama abang tak jumpa dia.” rayu Danish kepada Isha.
“Tak payah! Lain kali saje sembang! Sekarang ni jom balik dulu! Nanti Isha kena bebel dengan mama pula. Tak mama, orang gila pula yang membebel! Dia tu membebel mengalahkan mama!” ujar Isha.
“Dia tak kan marah Isha lah! Isha kan balik dengan abang.” ujar Danish yang masih tidak mahu kalah dengan adiknya.
“Isha tak kira! Hantar Isha sekarang juga! Malam ni Isha nak jumpa Izyan, Afifah dengan Aishah!” jerit Isha yang seakan-akan budak kecil yang mengajak mamanya pulang.
“Kan dah jumpa dengan Afifah! Tak kan nak jumpa lagi kut malam ni? Siapa yang bagi kebenaran keluar malam ni?” Danish masih tidak mahu mengalah.
“Hehe. Ada lah. Mana boleh cakap!” ujar Isha sambil tersenyum.
“Ala. Cakap lah! Kalau tak nak cakap, abang tak nak hantar Isha balik. Isha balik jalan kaki saje la.” ugut Danish.
“Ok! Fine! Anneyonghagiseyo!” ujar Isha lalu berlalu pergi.
“Isha! Jom balik! Ish! Orang ugut saje.” ujar Danish.
“Hehe. Jom!” ujar Isha sambil tersenyum. Mereka pun berlalu pergi menaiki kereta dan lenyap di sebalik pokok.
“Apa hubungan dia orang ha? Danish tu susah nak rapat dengan perempuan. Dengan Isha tadi tu boleh pula bermanja-manja dan pujuk-memujuk. Afifah tahu tak apa hubungan dia orang?” tanya Adam kepada Afifah.
“Afifah pun tak tahu la.” ujar Afifah yang sememangnya pelik akan hubungan lelaki tadi dengan sahabat baiknya.
‘Apa hubungan dia orang ye? Jealousnya aku!’ Farish bermonolog.
“Abang Adam, jom balik! Malam ni nak keluar dengan kawan-kawan Afifah pula.” ajak Afifah.
“Ok la. Jom! Kami balik dulu ye? Bye!” Adam melambai tangan kepada Farish yang masih lagi berada dalam dunia khayalannya. Adam dan Afifah pun pulang.
 

p/s:Hehe.Ok, tak?

By Nur Aizat Ayiz N.M.