Minggu, 01 Desember 2013

[E-NOVEL] : BIARKAN CINTA ITU PERGI BAB 32 @ INDAH ANUGERAH CINTAMU

Assalamualaikum u oll...


Seperti biasa sambungan BCIP.Berkemungkinan besar BCIP akan di update sampai bab 37 - 40 sahaja di blog Ayra Zahra ini.InsyaAllah cerita ini akan siap dalam bulan disember ini.One more thing cik writer berkemungkinan besar juga akan menukarkan tajuk baru pada BCIP ini.Apa tajuknya akan di war2kan kelak.Mekasih singgah dan baca...:D



                        
                                      


BAB TIGA PULUH DUA




    HAYYAN  Azri tersenyum manis apabila menolak pintu kaca dari luar.Hani sudah tarik muka.Hayyan meneruskan langkahnya menuju ke meja Reen dan Safi berada.Safi yang sedang mengelap bibirnya dengan tisu terkejut seketika apabila melihat wajah Hayyan yang sedang berjalan.

    “Kau pandang apa Safi?” Soal Reen lalu  meneguk air .Safi sudah tersenyum pada Hayyan.Soalan yang di tanya oleh Reen langsung tidak di jawab.Reen duduk bertentangan dengan Safi memang dia tidak menoleh ke belakanglah .

     “Hai Reen .. Safi..Tak sangka boleh jumpa korang dekat sini.” Tegur Hayyan sebaik saja dia berada di meja mereka.

     “Hayyan..Awak buat apa dekat sini?” Soal Reen dengan muka terkejut.Hani pula sudah memaniskan mukanya pada Safi dan juga Reen.

     “Apa khabar Hani?” Soal Reen lalu di hulurkan tangan lalu bersalaman dengan Hani.Pada mulanya Hani seperti teragak-agak untuk menyambut salam dari Reen namun di paksakan juga.Bibirnya pula dari tadi lagi berpura-pura senyum.Entah kenapa dia merasa cemburu apabila bertemu dengan Reen.

    “Singgah drive thru tadi, Hani ni nak makan aiskrim.Saya on the way nak balik ke rumah.Lewat korang berdua makan.”Jawab Hayyan dengan senyuman.

    “Memang lambat Hayyan.Saya kena tunggu cik Qaireen Imanina kita ni bersiap.”Jawab Safi dengan selamba.Reen menepuk tangan Safi.Hayyan tersenyum lagi.Malam ini dia hanya mengenakan t-shirt dan juga seluar jean manakala di kepalanya pula di pakai cap.Dari jauh dia berjalan semua mata akan beralih padanya.

    “Eh jemputlah duduk tak kan nak berdiri saja.”Tegur Reen .Hayyan melabuhkan punggungya bersebelahan Reen manakala Hani pula duduk bertentangan dengan abang sepupunya.Hani mendiamkan diri sambil menghabiskan aiskrimnya.

    “Oh ye Reen.Sebelum saya terlupa.Boleh saya dapatkan nombor telefon awak?Itu pun kalau awak sudi berikanlah.”Tingkah Hayyan sambil merenung Reen.Hani memandang wajah abang sepupunya tapi sayang abang sepupunya itu langsung tidak memandang wajah Hani pada ketika itu.

    “Boleh apa salahnya .” Jawab Safi dengan selamba.Reen hanya menganggukkan kepalanya .Selepas itu mereka berdua saling bertukar nombor telefon.Hani memandang dengan perasaan yang cemburu.

   Sabar Hani sabar Hani.Buat apa kau nak cemburu.Bukannya Reen tu nak pun dekat abang Hayyan.Relax sudahlah.Omel Hani.

   “Hayyan awak bekerja di mana ya?” Soal Reen dengan tiba-tiba.Hani sudah panas punggung dengan tiba-tiba.

    “Saya kerja dekat company sendiri.Nama company saya As..”

     “Abang Hayyan.Jomlah kita balik dah lewat ni.” Pintas Hani dengan laju sekali belum sempat Hayyan memberitahu tentang pejabatnya.Hayyan menoleh pada jam di tanggannya yang sudah berginjak menuju ke angka sebelas malam.

    “Aah la.Oklah kita balik.Reen, Safi saya balik dululah.InsyaAllah ada masa nanti kita jumpa lagi.”Ujar  Hayyan lalu di betulkan cap yang di pakainya.Hani sudah tersenyum puas.
    “Ok .Drive carefully Hayyan.”Balas Reen dengan senyuman.

    “Kalau ikutkan hati memang nak bersembang dengan korang berdua lama sikit tapi sekarang dah nak pukul sebelas.Saya bimbang mama Hani risau pula.Mudah-mudahan kita akan bertemu lagi selepas ini.”Jawab Hayyan.Reen menganggukkan kepalanya.

   “InsyaAllah Hayyan.” Jawab Reen.Safi juga turut tersenyum pada Hayyan.

    “Oklah kami balik dulu ya.Jumpa lagi.” Ujar Hani sambil memaniskan mukanya.Selepas itu Hani menghulurkan tangan bersalaman dengan Reen dan juga Safi. Hayyan dan Hani sama-sama bangun dari kerusi yang mereka duduk sebentar tadi.

     “Jumpa lagi Hani.”Balas Reen dan Safi serentak.Mereka kemudiannya melambaikan tangan kepada Hayyan dan juga Hani.

     Hayyan memandu kenderaan miliknya dengan kelajuan yang biasa.Dia kemudiannya menoleh pada Hani yang duduk bersebelahan dengannya.Sejak naik kereta tadi Hani mendiamkan diri sahaja.

    “Hani kenapa diam semacam je.Selalunya masuk kereta mulalah mulut Hani bercerita.” Soal Hayyan lalu membelokkan keretanya ke arah lorong menuju ke rumahnya.

    “Tak ada apa-apa.Hani mengantuk saja.” Jawab Hani dengan selamba lalu menoleh pada abang sepupunya.

    “Kasihannya adik abang ni.Kita dah nak sampai  pun.” Ujar Hayyan lalu menekan punat untuk membuka pintu pagar rumah banglow  milik  Datuk Ismail.Rumah Datuk Ismail yang paling besar dan cantik sekali di kawasan ini.

    “Ok kita dah sampai rumah.” Ujar Hayyan lagi.Hani terus tersenyum lalu menanggalkan seatbelt yang di pakai sebelum dia membuka pintu kereta di sebelahnya.

    “Hani masuk dulu ya abang Hayyan.Thanks sebab temankan Hani.” Ujar Hani sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.Hayyan tersenyum.

    “Ok Hani.Good night sis.” Ujar Hayyan pula lalu di kunci semula pagar rumah dan juga keretanya.

     Sebaik saja memasukki biliknya Hani terus melompat ke atas katilnya.Hani mengetuk bantalnya berkali-kali.Melepaskan geram barangkali.

    “Aku tak boleh biarkan abang Hayyan suka Reen.Abang Hayyan milik aku.Aku sayangkan abang Hayyan.Aku tak nak sesiapa pun sakiti abang Hayyan.”Luah Hani dengan geram.

   “Tapi apa yang aku boleh buat?Tak lama lagi aku akan kembali ke UK untuk meneruskan pengajian aku di sana. Siapa yang nak tengokkan abang Hayyan.” Hani berfikir sendirian.

   Ya cutinya bakal habis tidak lama lagi dan dia akan kembali semula ke UK untuk menghabiskan pengajiannya.Hani mula merasa berat hati untuk meninggalkan bumi Malaysia ini.

   Hani berat hati nak tinggalkan Malaysia atau berat hati nak tinggalkan Hayyan?Kalau dalam hati ada perasaan suka pada seseorang mengapa harus pendam.Luahkan sajalah Hani .Jangan terlambat sudahlah.

   Hayyan tesenyum memandang telefon miliknya.Hari ini dia berjaya mendapatkan nombor telefon Reen .Selepas ini bolehlah mereka saling kenal mengenali.Hayyan teringin sangat untuk mengenali Reen dengan lebih dekat lagi.Baginya Reen sungguh istimewa sekali di matanya.

  Hayyan mencari nama Reen di dalam skrin telefonnya.Sebaik saja terjumpa nama Reen , Hayyan tersenyum.

   “Nak telefon ke tidak ya?” Soal Hayyan sendirian.Hayyan melihat jam di dinding yang sudah pun menunjukkan pukul dua belas tengah malam.

   “Esok-esok sajalah aku telefon.Mesti Reen dah tidur.”Ujar Hayyan .Sejurus selepas itu dia meletakkan telefon miliknya di tepi bantal.Hayyan cuba melelapkan mata sempat juga bibirnya mengukir senyuman.  

    AQIL dan Sarah baru saja keluar dari perut teksi .Mereka berdua baru saja sampai di depan rumah Puan Salmah.Aqil keluar dari teksi lalu menuju ke bonet lalu di buka dan di angkat barang-barang miliknya dan juga Sarah.

   Selepas itu Aqil mengeluarkan not lalu di hulurkan kepada pemandu teksi tersebut.Puan Salmah menjengguk dari tingkap rumahnya sebaik saja ternampak teksi yang berhenti di hadapan rumahnya.Bergegas Puan Salmah menuju ke pintu utama untuk menyambut anak dan menantunya.

   “Assalamualaikum mak.” Sarah memberikan salam sambil menarik salah satu bagasi miliknya.
    “Waalaikumussalam.Sarah dah balik.Mari masuk.”Jawab Puan Salmah sebaik saja meluru ke arah anak menantunya, kemudian Sarah menghulurkan tangan bersalaman dengan ibu mertuanya.Apa lagi selepas bersalam Puan Salmah memeluk erat menantu kesayangan itu.

    “Macam mana dengan percutian?” Soal Puan Salmah dengan teruja sewaktu menarik tangan Sarah masuk ke dalam rumah.

   “Alhamdulilah mak.Semuanya ok saja.”Jawab Sarah dengan muka yang bahagia.Sarah berpuas hati kerana dapat luangkan masa bersama suami tersayang.Aqil meletakkan bagasi di tepi tangga sebelum bergerak menuju ke arah Puan Salmah lalu di cium tangan ibunya.

   “Best holiday Aqil?” Soal Puan Salmah dengan muka gembira.
    “Bolehlah Mak.Semuanya ok.Aqil happy dan Sarah juga happy.”Jawab Aqil dengan selamba.Hakikatnya hatinya melayang entah ke mana.

   “Agak-agak bila mak boleh dapat cucu?” Soal Puan Salmah dengan kegembiraan.Sarah tersentak manakala Aqil hanya menjungkit bahu.

   “InsyaAllah mak kalau ada rezeki nanti adalah.”Jawab Sarah dengan senyuman walaupun dia rasa tercekik dengan soalan dari ibu mertuanya.

   Mungkin inikah yang di rasai oleh Kak Reen dulu sewaktu mak bertanyakan tentang zuriat?Sarah mengusap perutnya.Entah bila perutnya akan terisi dengan zuriat.Sarah memandang suaminya yang sedang berehat di sofa sambil memejamkan mata.

    “Hmmm.Cepat-cepatlah bagi mak cucu Aqil .Mak tak sabar ni nak ada cucu.”Ujar Puan Salmah.Aqil membuka matanya lalu menoleh pada isterinya yang berdiam diri sejak tadi.Aqil tahu isterinya itu mungkin terasa dengan kata-kata ibunya sebentar tadi.Bagaimana mahu mendapatkan zuriat kalau dia sendiri tidak mahu menyentuh isterinya.

     “InsyaAllah.” Jawab Aqil sepatah.Sarah hanya merenung wajah suaminya.
     “Kami naik dululah mak.”Ujar Aqil lagi lalu bangun dan menuju ke tangga lalu di bawa naik bagasi miliknya dan juga isterinya.Sarah juga mengekori suaminya dari belakang.

     “Pergilah berehat dulu.”Tingkah Puan Salmah lalu memandang wajah anak menantunya.

     “Ish kenapa susah sangat Sarah ni nak mengandung.?” Soal Puan Salmah sendirian apabila tiada lagi kelibat anak menantunya.

     “Abang letakkan saja dekat tepi dinding bagasi tu.Sekejap lagi Sarah tolong kemaskan.”Ujar Sarah lalu mengunci pintu biliknya.Aqil meletakkan bagasi tersebut di dinding.

    Sarah kemudiannya merebahkan badannya ke katil.Penat berjalan pun masih tidak hilang lagi.Sepanjang bercuti selama empat hari ini Sarah sangat gembira kerana Aqil sentiasa berada di sisinya walaupun hati Aqil bukan untuknya.Sarah masih mencuba untuk mendapatkan cinta dari suaminya itu.

    Aqil juga merebahkan badannya di atas katil bersebelahan dengan isterinya.Terkejut Sarah melihat Aqil dengan selambanya berada di sebelahnya.Melihat Aqil memejamkan mata terus Sarah menarik nafas dengan perlahan .

    “Mak nak cucu.”Ujar Aqil .Sarah yang baru saja ingin memejamkan matanya terkejut dengan suara suaminya yang matanya terpejam.Sarah mendiamkan diri saja.

    “Dengar tak apa yang abang cakap?” Soal Aqil lalu di buka matanya dengan perlahan lalu merenung wajah Sarah dengan tajam sekali.

   “Sarah dengar.Jadi abang nak buat apa?” Soal Sarah dengan pelik.Hakikatnya jantungnya sudah berdegup kencang saat ini.

   “Telinga abang dah bosan dengar mak membebel tentang hal anak hari-hari.Telinga ini dah bernanah dengar.Abang akan tunaikan permintaan mak itu.”Jelas Aqil .Sarah ternganga seketika mendengar bicara suaminya.

    “Abang nak sebab permintaan mak atau abang dah mula boleh terima dan sayang Sarah?” Soal Sarah.Aqil mendiamkan dirinya.

    “Abang tak ada jawapan untuk itu.”Jawab Aqil lalu bangun dan menuju ke tingkap.
   “Abang masih sayangkan Kak Reen?” Soal Sarah lalu bangun dari pembaringan.Aqil mengeluh sendirian.

    “Mungkin ya tapi abang tak tahu bagaimana caranya untuk memujuk Reen kembali semula pada abang.”Jelas Aqil.Sarah hanya melihat saja suaminya yang sedang merenung di luar tingkap yang terbuka luas.

   “Sarah minta maaf bang kalau Sarah ni tak mampu jadi isteri seperti mana Kak Reen dulu.”Ujar Sarah.Aqil menoleh pada isterinya yang sedang menunduk.

   Aqil tidak tahu mengapa sukar baginya untuk menerima Sarah dalam kehidupannya.Mengapa sukar untuk dia melepaskan Reen.Hatinya sakit apabila berjauhan dengan Reen namun dalam masa yang sama juga Aqil merasa bersalah pada Sarah kerana  melayan Sarah sebegitu rupa.

   Apa patut yang aku lakukan?Perlukah aku membuka pintu hati aku ini pada Sarah dan membiarkan Reen pergi.Aku sayangkan Reen.Ya Allah kau bantulah hambamu ini.Aku buntu Ya Allah. Aqil berdoa  di dalam hatinya.

   “Sarah berikan abang masa.” Jelas Aqil sambil mengeluh dengan perlahan.
    “Sarah nak abang tahu satu saja yang Sarah sayangkan abang dari dulu lagi.Sarah akan tunggu pintu hati abang terbuka untuk Sarah .”Balas Sarah pula sambil mengukir senyuman.

    “Terima kasih Sarah.”Balas Aqil lalu tersenyum pada isterinya.Sarah merasakan inilah kali pertama dia melihat suaminya memberikan senyuman yang ikhlas buat dirinya.

    Semoga ada sinar kebahagian untuk mereka berdua .Kalau dah jodoh mereka tak ada siapa pun boleh halang.Mudah-mudahan Aqil boleh menerima Sarah dalam hatinya.Hanya masa yang boleh mengubati .

bersambung...

NotaTersepit :Sekarang ni tengah mood menulis .Tak sabar rasanya nak siapakn BCIP nih .Hehehehe..Arap2 semuanya berjalan dengan lancarlah.