Minggu, 29 Desember 2013

Novel : Peperangan Cinta : Bab 38

BAB 38
“HELLO,Daiyan. I need your explanation! Kenapa kebanyakan baju Ann dalam bilik yang lain? Aku dengan dia dahulu tak tidur sama ke?” tanya Haikal sebaik sahaja Daiyan mengangkat panggilannya.
            “Mungkin kau orang tak tidur sama dulu,” balas Daiyan selamba. Pening juga nak melayan orang yang hilang ingatan ni!
            “Habis tu, kenapa kau cakap aku cintakan dia?”
            “Listen hear Carl, sebelum ini kau nafikan perasaan cinta kau pada dia hanya kerana dia dah tolak cinta kau dulu. Kau hanya dapat pastikan perasaan kau yang sebenar apabila kau dengar ceramah dari kita orang bertiga. Selepas kau dengar ceramah kita orang tu, kau dapat tahu yang Ann accident. Automatik kau terus berlari ke kereta dan pandu kereta ke hospital. Tu kau kata kau tak cinta?” tanya Daiyan.
            “Abang, siapa call tu?” tanya seorang perempuan di corong telefon.
            “Haikal,” ujar Daiyan pula.
            “Kau simpan perempuan ke kat rumah?” tanya Haikal separuh menuduh.
            “Ya Allah! Tensionnya aku dengan mamat ni! Listen here, aku dah kahwin okay? Ikram dengan Akif pun dah ada mak we. So pleaselah! Jangan tuduh aku yang bukan-bukan. Ish! Tensionnya aku!” Haikal tersengih. Sorrylah dude! Nama pun hilang ingatan.
            “So, kau rasa Ann cintakan aku tak?” tanya Haikal.
            “Erk! Yang itu kau kena tanya isteri akulah, sebab dia kawan Ann,” ujar Daiyan sebelum memanggil Nisrina.
            “Hello, ada apa Carl?” tanya Nisrina.
            “Hello, apa nama kau?” tanya Haikal.
            “Nisrina, okay?” Nisrina merengus geram.
            “Oh, Nisrina. Kau rasa Ann cintakan aku tak?” tanya Haikal. Nisrina terkedu. Apa punya soalan ni? Kau pergilah tanya bini kau sendiri!
            “Listen to me! Kau dengan Ann tu saling mencintai tapi cuba nafikan perasaan sendiri okay! Bye,” ujar Nisrina lalu menekat punat merah.
            “Nis.. Nis.. Erk! Tamat dah. Hampeh punya Nisrina!” Haikal menggelengkan kepalanya.

“NAYA lah aku kalau macam ni!” Ariana mundar-mandir di hadapan pintu bilik Haikal dan dia.
            “Aku nak masuk bilik mana ni? Masuk bilik aku, Haikal pandang pelik. Ah! Terjah aje lah!” ujar Ariana lalu melangkah masuk ke dalam bilik Haikal.
            Erk! Terkedu sebentar. Mamat ni baru habis mandi ke? Logik ke? Sekarang dah pukul 10 malam..
            “Carl baru habis mandi ke? Kenapa mandi pukul 10 malam?” tanya Ariana lembut. Haikal tersengih.
            “Sengaja,” Ariana menapak ke katil. Dia berbaring dan belum sempat matanya dilelapkan ada tangan yang melingkari pinggangnya. Dia buat tidak kisah, kerana dia tahu yang setiap kali dia tidur bersama dengan lelaki itu, dia akan dijadikan bantal peluk.
            Namun, deruan nafas di lehernya membuatkannya membuka kelopak matanya.
            “Kenapa dengan awak, Carl?” tanya Ariana pelik.
            “I want you tonight..”

ARIANA melangkah perlahan ke pejabatnya. Kepalanya terasa amat berat ketika ini. Dia mengemaskan mejanya. Dia hendak pulang ke rumah, dia hendak berehat. Dia berjalan lemah ke luar.
            “Alma, saya ambil cuti separuh hari yer? Kepala saya pening sangat ni,” ujar Ariana. Alma menganggukkan kepalanya.
            “Puan nak saya temankan puan ke kereta?” tanya Alma. Ariana mengangguk. Dia sendiri pun tidak yakin dengan dirinya.

ARIANA merebahkan badannya ke katil. Sakit kepalanya sudah tidak boleh ditanggung. Di mana Haikal ketika itu pun dia tidak tahu. Yang penting, sakit kepalanya kini.
            Haikal masuk ke dalam bilik, terkejut dia apabila melihat figura gadis yang sedang enak tidur di katilnya. Hatinya mula berdegup kencang. Siapa pula yang ceroboh masuk bilik aku ni? Tapi tak akanlah sampai tidur di atas katil?
            Dia menghampiri katil. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat isterinya sedang terbaring lesu di atas katil. Bukan Ann pergi kerja ke pagi tadi? Tak akanlah cepat sangat balik? Dia menyentuh dahi Ariana. Panas! Sah! Demam!
            Dia turun ke bawah lalu mencapai tuala dan air sebelum naik ke atas semula. Dia melekapkan tuala itu di dahi Ariana.
            Tidak lama kemudian, mata Ariana terbuka.
            “Badan Ann panas ni, jom pergi klinik,” ajak Haikal lembut. Ariana menggeleng lemah. Tak ada maknanya! Baru balik dari hospital, nak pergi klinik pula!
            “Takkanlah nak biarkan sahaja, melarat nanti..” pujuk Haikal lagi.
            “Baru keluar hospital, tak akanlah nak pergi klinik pula. Dah muak dengan bau-bau ubat semua tu!” ujar Ariana lemah.
            “Please... For me,” Ariana tetap menggeleng.
            “Okey, fine. Esok. Ambil mc,” arah Haikal. Ariana menganggukkan kepalanya.

“UWEK!” tubuh Ariana makin lemah. Makanan yang dimakannya sudah pun dibuangnya. Argh! Dia berjalan keluar dari bilik air. Kelihatan muka risau Haikal muncul di ruangan matanya.. Perlahan-lahan wajah itu semakin kelam dan gelap menyelubungi ruangan matanya..

            “Ariana! Ann! Bangun!” hanya itu yang dapat didengarnya sebelum pandangannya kelam sepenuhnya..