Minggu, 29 Desember 2013

Novel : Peperangan Cinta : Bab 25

BAB 25

“HELLO, Azza. Kau boleh datang hospital tak? I’m so bored! Farhan tidur. Can you?”
            “Tak! Kereta aku di bengkel,” ujar Azza.
            “Ala, kau datanglah dengan kereta Ikram,” ujar Arani pula.
            “Kau nak aku kena hempuk dengan abang aku ke apa? Kau ingat tak lagi apa yang jadi 4 tahun lepas? Aku drive kereta dia diam-diam, tak pasal-pasal je accident. Lepas dia tahu, mengamuk macam nak rak. Bernanah telinga aku dibuatnya!” ujar Azzalea tegas. Naya je kalau Ikram tahu dia naik kereta Ferrari milik Ikram.
            “Serve you right! Siapa suruh bawa kereta laju-laju? Kan dah accident! Aku tak kira, by hook or by crook, you need to come here!” tegas kata-kata Arani lalu mematikan panggilannya.
            Azzalea mendengus. Kenapalah aku ada kawan yang tak bertimbang rasa seperti dia ni? Azzalea meletakkan telefon bimbitnya di atas katil sebelum menuju ke bilik Ikram.

“ABANG! Nah air,” Azzalea memberikan segelas air. Ikram yang sedang khusyuk membuat kerja berpaling ke arah Azza sambil membuat muka tak percaya. Yalah! First timebudak tu bagi air waktu orang buat kerja. Dah boleh jadi bini orang dah ni!
“Kenapa tiba-tiba baik dengan abang ni?” tanya Ikram penuh syak wasangka. Matanya tajam merenung ke arah Azzalea.
“Nak pinjam kereta,” selamba je Azzalea menuturkannya.
Where are yours?” tanya Ikram. Dia memang tidak benarkan Azza memandu keretanya sejak dulu lagi. Entah di mana silapnya kunci kereta Ferrarinya ada di tangan adiknya. Apa lagi dahlah budak tu tak pernah pandu Ferrari kan dah accident!! Nak menangis juga dengar kereta kesayangan aku tu calar balar. Tapi nasiblah papa bagi beli kereta lain, kalau tak dirampasnya kereta adiknya. Biar tak ada kereta, baru tahu kot?
“Masuk bengkel,” jawapan selamba diberikan.
No way!” bingkas Ikram bangun lalu menolak adiknya kelar dan mengunci pintu biliknya. Kemudian, dia berbaring di atas katil. Tanpa disedari, dia terlelap.

“ABANG...” panggil Azzalea. Dia cuba untuk membuka pintu namun ianya tersekat. ‘Dia kunci pintu ni. Tak guna!! Kureng asam punyer abang!!’ getus hati Azzalea.
‘Hah!’mentol lampu sudah menyala di atas Azzalea. Here we come!
Azzalea mengambil kunci pendua lalu membuka pintu Ikram. Yes! We did it!!
Dia menutup semula pintu bilik setelah melihat bahawa Ikram tertidur dengan nyenyaknya di atas katil miliknya. Idea sudah mari!!!
Azzalea terjengket-jengket mengambil barang yang paling tidak disukai oleh Ikram, dia membawa benda itu lalu memeluk benda itu. Dia memasuki bilik Ikram dengan perlahan-lahan. Dia terjengket-jengket sambil meletakkan benda itu di atas badan Ikram.

“SIS,” sapa Fara Aira. Farhah Arani mendongakkan mukanya.
            “Yes, my dear sister. Why?”
            “You go home first. Biar, Fara jaga Han,” ujar Fara Aira. Farhah Arani tersenyum dalam diam. Thank you, sis.
            “Okay,” Arani bangun lalu berbisik perlahan di telinga Fara.
            “Try to tackle his heart. Kamu jauh dari dia selama ini itulah sebabnya dia agak dingin dengan kamu,” bisik Farhah Arani. Fara Aira hanya mengangguk. Dia faham apa yang harus dilakukannya ketika ini. Dan, dia akan sedaya upaya merapatkan jurang yang tercipta antara dia dan Farhan. Itu tekadnya.

IKRAM terjaga apabila terasa ada benda yang berbulu-bulu di atas badannya. Dia membuka matanya. Alangkah terkejutnya apabila melihat haiwan yang paling tidak disukainya sejak kecil.
“Kucing!!!” dia melemparkan kucing itu ke tepi. Mukanya terasa pucat. Kucing itu bertempiaran lari apabila dilempar dengan begitu kuat oleh Ikram.
Tiba-tiba terdengar gelak tawa seorang gadis. Serentak dia berpaling ke arah pintu.
“Azzalea Mariah!!!!!! Sesuka hati kamu buat kat abang kamu macam ni yer!!! Jaga kamu budak!!”jerit Ikram dengan sekuat hatinya. Hilang sudah rasa takutnya sebentar tadi apabila terdengar gelak tawa Azza.
“I’m not a girl!!!!” jerit Azza pula. Dia berlari ke laman. Secepat yang mungkin dia membuka pili air lalu memercikkannya ke arah Ikram. Ikram terkedu dengan tindakan adiknya. Tergamak adiknya membuat abangnya sebegini. How dare you Azza? Tak apa, ada ubi ada batas. Nanti, aku nak balas!!
Ikram menarik pili air yang berada dekat dengannya. Memang disediakan dua pili air di situ untuk menyenangkan tugas pembantu-pembantu rumah mereka membuat kerja. Dia membuka pili air itu lantas memercikkannya ke arah adiknya. Kini mereka bermain air. Ish! Ish! Ish! Budak-budak kindergarten betullah!!

ARANI memandu keretanya ke halaman rumah Azzalea. Rasa tidak puas hati menjengah hatinya. Kata nak datang ni dah berkurun aku tunggu tak muncul pun muka. Dahlah Azza sahaja orang yang boleh lepak dengannya. Nisrina sibuk dengan persiapan perkahwinannya. Ariana. Huh! Dia mesti tengah berperang dengan Haikal kat rumah tu!
Arani membelokkan keretanya ke dalam perkarangan rumah Azzalea. Rumah Azzalea yang besar menyenangkan dirinya untuk meletakkan kereta di dalam kawasan perumahan Azza.
‘Kenapa macam tak ada orang je rumah ni?’tanya Arani di dalam hatinya. Dia berjalan ke arah beberapa pembantu rumah Azza yang asyik bersembang. Niat di hati hendak menanyakan di mana Azza.
“Assalamualaikum, nak tumpang mengganggu boleh tak?” tanya Arani selamba.
“Waalaikumussalam. Ganggu ajelah. Kami pun tak ada kerja,” balas salah seorang pembantu rumah itu.
“Azza di mana?” tanya Arani. Straight to the point, tiada belok-belok dah!
“Rasanya ada di halaman belakang. Sedang bermain dengan abangnya kot. Sebab dari tadi abangnya jerit nama dia. Marah mungkin,”jelas pembantu rumah yang lain.
“Oh, tak apalah. Saya cuba cari di belakang yer,” kata Arani lalu meminta diri.
‘Hey, mana pula cik Azza ni? Nak bergaduh dengan abang sendiri pun agak-agaklah.. Ni sampai belakang dia lari, mana aku nak cari. Dahlah rumah ni besar gedabak! Aku cari kat halaman belakang pulaklah’ omel Arani sendiri.
Dia berjalan ke halaman belakang, dugaannya benar apabila kelihatan Azza dan Ikram bermain air. Riak muka Azza jelas menunjukkan bahawa dia bahagia. Eh, budak ni tak tahu ke aku tercongok tunggu dia di hospital, tadi boleh pula dia main dengan Ikram
“Woi, dahlah tu! Dah berabad dah aku tercongok kat sini. Kau orang boleh main?” Arani melontarkan suaranya. Azzalea dan Ikram terkedu. Wajah adik beradik kacukan Cina-Melayu ini memerah. Malunya tak usah kiralah. Kantoi yang sikap dingin mereka hanya lakonan sahaja!
“Sejak bila kau ada di situ?” tanya Azzalea.
“Sempatlah juga tengok kau orang main air selama beberapa jam,” ujarnya menyindir.
“Tak silap aku, aku baru je main air. Ya tak, bang?”
            Ikram hanya mengangguk. Arani tersenyum sinis. Ikram, Ikram. Boleh dia tunjuk muka control macho dia tu kat aku? Muka dingin kau dah berakhir lah..
            “Azza, Ara. Have a nice chat. Aku pergi dulu. And, Azza.. Kunci kamu, abang ambil,” ujar Ikram tenang. Mata Azzalea membuntang.
            “Abang! Tak adillah macam ni!” Azza memegang lengan Ikram. Dia membuat wajah kesian.
            “Tak payah nak buat puppy eyes, abang tak layan,” ujar Ikram sebelum berlalu ke biliknya.
            “Itulah! Ikram versi sebenar. Nakal bukan main. Kalah budak kindergarten,” kutuk Azzalea. Dia tak sedar yang dia tu pun sama je..
            “Kau tu pun. Dengan kita orang bukan main dingin, dengan abang dia? Nakal bukan main! Kena report dekat Akif ni!” ujar Arani sambil menjongket kening. Mata Azzalea terbuntang. No! Jangan! Tidak!
            “Jangan sesekali kau beritahu dia pasal aku! Nanti tak pasal-pasal aje. Mata kau lebam sebelah,” ujar Azzalea separuh mengugut.
            “Ada aku kisah? Jom keluar,”
            “Dengan macam ni?” tanya Azzalea sambil melihat ke arah dirinya. Seluruh tubuh basah. Oh, thank you abang!
            “No, change your clothes first. Aku tunggu di ruang tamu,” ujar Arani. Azzalea mengangguk lalu naik ke biliknya.

            Tak apa, abang! Ada ubi ada batas, ada hari orang balas.