Minggu, 29 Desember 2013

Novel : Peperangan Cinta : Bab 29

BAB 29

“HUSNA nak pergi mana tu?” panggil Tengku Sofea dari jauh. Husna menghentikan langkahnya. Ah! Potong stim lah mama ni!
            “Husna nak pergi rumah abang, Husna tidur sana malam ini. Bye ma,” baru sahaja Husna ingin melangkah keluar, suara Tengku Sofea kedengaran.
            “Bawa Eryna sekali. Dia pun ada pujuk mama suruh bawa dia pergi rumah Carl tapi al-maklumlah mama sibuk. Jadi, Husna ajelah bawa dia,” ujar Tengku Sofea. Mata Husna membulat. Biar betul!
            “Tapi, Husna beritahu akak yang Husna datang seorang. Mesti, akak hanya kemas satu bilik aje,” bantah Husna.
            “Ala.. Kamu call si Ann tu suruh kemas lagi satu bilik. Ataupun, Eryna itu tidur sekali dengan kamu,” ujar Tengku Sofea selamba.
            “Tapi, abang kan mesti tak selesa..” ujar Husna lagi.
            “Jangan banyak cakap! Kamu bawa Eryna aje! Banyak songeh!” suara Tengku Sofea mula meninggi. Husna mengeluh perlahan sambil melihat figura ibunya melangkah masuk ke dalam. Bala sudah sampai!
            Husna mengambil telefonnya lalu menelefon Ariana.
            “Hello, Husna. Kenapa telefon akak ni?” tanya Ariana aneh.
            “Akak.. Mama suruh Husna bawa Eryna. Husna dah bagi alasan pelbagai tapi mama suruh juga,” ujar Husna lemah. Ariana tersenyum tawar. Banyak songehlah minah tu di rumah aku nanti.
            “Tak apalah, akak kemas satu lagi bilik. Ok?” tanya Ariana.
            “Sorry tau akak, okeylah Husna nak end call. Bye, assalamualaikum,” ujar Husna. Ariana menjawab salam di dalam hatinya.
            Dia melepaskan penatnya di sofa. Dia mengurut perlahan dahinya. Penat memasak tidak hilang lagi, tiba-tiba tambah satu tugasan lagi. Ah! Aku rasa tugasan memasak pun kena buat sekali lagi. Entah apalah si Eryna tu suka makan. Jangan dia kutuk aku sudah. Berdesing telinga mendengarnya. Ariana bangun lalu berjalan ke sebuah bilik.

ARIANA membuka pintu. Eryna melangkah masuk diikuti oleh Husna. Husna tersenyum tawar lalu memeluk tubuh Ariana.
            “Akak, akak buat tak dengar aje apa yang minah tu cakap. Kalau akak pakai earphone pun tak apa. Tak payah dengar terus kan?” ujar Husna selamba. Ariana tersenyum tipis.
            “Pandailah kamu, dah jom bawa beg masuk bilik.” ujar Ariana.
            “Ariana.. Where is the master bedroom?” tanya Eryna. Berkerut kening Ariana mendengarnya. Apa yang perempuan ni nak buat?
            “Why do you ask?” tanya Ariana semula.
            “Soalan dibalas dengan jawapan bukan dengan soalan. Kau ni sah-sah SPM fail ni!” ujar Eryna kasar.
            “Kalau SPM aku fail pun apa salahnya. Jangan sikap aku fail sudahlah!” balas Ariana kasar. Dia ingat dia itu siapa? Kalau nak cari gaduh, boleh blahlah!
            “Akak..” Husna memegang tangan Ariana. Tak pasal-pasal je ada orang main tarik rambut pula nanti.
            “Kurang ajar! Sesedap hati kau je mengutuk aku!” Eryna melangkah ke arah Ariana. Baru sahaja dia ingin menampar Ariana tangannya dipegang oleh Haikal.
            “Jangan buat kecoh di rumah ini! Aku beri kau dua pilihan, nak diam atau get lost from this house,” ujar Haikal. Eryna segera mendiamkan dirinya. Tak pasal-pasal je dia kena halau nanti.
            “Ann, masuk bilik,” arah Haikal. Ariana segera melangkah masuk ke bilik. Rasa terkejutnya masih bersisa. Cubaan penampar dari Eryna sedikit sebanyak menggentarkan dirinya.
            “Husna, Eryna, masuk ke bilik yang disediakan,” uajr Haikal sebelum berlalu masuk ke biliknya.
            “Huh, pasti dia kena marah teruk-teruk,” ujar Eryna angkuh. Husna menjeling tajam ke arah Eryna. Sesedap hati dia je nak mengutuk kakak ipar aku.
            “Kau tak rasa ke yang kau kena marah tadi? I think, abang hanya nak tengok apa yang kau dah buat kat isteri dia tu,” ujar Husna selamba lalu berlalu pergi.
            “Kau memanglah Husna! Kalau tak difikirkan kau tu adik Haikal. Dah lama aku cili-cili mulut kau tu,” ujar Eryna dengan perasaan geram yang membara.

“KENAPA kau cari gaduh dengan Eryna, huh? Kau tahu tak yang Eryna tu kawan mama aku. Kalau dia mengadu apa-apa pasal kau, yang terima padahnya kau! Sesedap hati kau je nak bergaduh dengan dia,” ujar Haikal tegas. Ariana memandang tepat ke arah mata Haikal.
            “Aku tak cari gaduh dulu, okay? Aku tak kisah kalau kena marah dengan Tengku Sofea. Aku tak pernah anggap dia ibu mertua aku sebagaimana dia tak pernah menganggap aku sebagai menantu.” ujar Ariana geram. Membuntang mata Haikal mendengarnya.
            “Hello, girl! She’s my mother! Please respect her!”
            “Aku tak akan pernah respect orang yang tak pernah respect aku!” balas Ariana.
            “Listen! She’s my mother, your mother in-law. If you don’t respect my mother, I will do it the same to your mother,” ujar Haikal tegas.
            “Urgh! I’m surrender. I’ll try to respect her..” ujar Ariana lemah. Dia tak akan biarkan hati ibunya terluka dengan sikap Haikal. Biarlah dia menjadi lilin yang membakar dirinya untuk menerangi kehidupan orang lain.
            “Do the same to Eryna too,”
            “Why must I do that?” Ariana menjongket keningnya.
            “Because if you nak kena marah dengan mama. Just buat perangai yang sama seperti tadi. I guarantee, esok juga dia akan datang dan marah kau.” ujar Haikal.
            “Jadi, aku kena buat baiklah dengan dia? Ah! Pengsan aku kalau begini terus!” ujar Ariana perlahan.

“WHAT is this? Masakan kampung? Hey, you! Selama ini aku tak pernah makan semua ini tahu! Cepat kau pergi keluar beli makanan dari mana-mana restoran 5 stars!” arah Eryna tegas. Ariana mengeluh perlahan. Demi mematuhi arahan Haikal tadi dia melangkah keluar dari rumah lalu memandu keretanya ke restoran.
            “Where is Ariana?” tanya Haikal pelik. Eryna tersenyum menggoda. Dia mendekatkan tubuhnya dengan Haikal.
            “Ala.. Dia pergi keluar makan dengan kawan dia. Husna ikut sekali tahu. You, jom makan di luar. Makanan ni semua tak menepati cita rasa I. Jomlah you,” pujuk Eryna. Haikal hanya mengangguk walaupun hakikatnya dia berasa pelik. Sejak bila Ariana keluar tak beritahu dia ini? Ah! Mesti merajuk ni. Susah betullah dapat isteri kaki merajuk.