Minggu, 29 Desember 2013

Novel : Peperangan Cinta : Bab 23

BAB 23
 “MACAM mana keadaan Farhan, Ara?” tanya Puan Sri Rina memandang anak sulungnya yang sedang menangis di pintu kecemasan.
“I don’t know, mummy.. Dia tak keluar lagi,” kata Arani sendu.
“Banyakkan bersabar ye sayang,” Puan Sri Rina cuba memujuk anaknya.
I’m trying,” Arani melepaskan tangisannya di bahu Puan Sri Rina. Sebentar lagi, pasti adik bongsunya tiba.
“Mummy, daddy mana?” tanya Arani apabila menyedari yang daddynya tidak ada bersama mereka.
“Kamu faham-fahamlah dengan sikap daddy kamu itu, dia tidak boleh berenggang dengan pejabat dia. Dia masih ada lagi di England. Nanti, dia balik,” ujar Puan Sri Rina.

WHO is his family?” tanya Doktor Asyraf.
‘Eh! Buat-buat tanya pula pak cik ni! Dia tak nampak ke yang aku ni perempuan yang sama hari itu, ataupun sengaja,’ Arani meluahkan rasa geram yang bertamu di hatinya.
I am his mother,” kata Puan Sri Rina.
“Keadaan dia agak kritikal kerana dia kehilangan banyak darah. Lagipun, pihak hospital kekurangan darah jenis AB jadi saya mohon kerjasama dari kalian untuk menderma darah kepada Farhan,” kata Doktor Asyraf.
“Saya nak derma darah,” ujar Puan Sri Rina pantas. Arani memandang tajam ke arah mummy.
“Mummy tak boleh. Mummy ada darah tinggi. Biar Ara dengan Fara je yang derma. Boleh doktor?” tanya Arani kepada Doktor Asyraf. Doktor Asyraf hanya tersenyum sambil mengangguk. Fuh! Doktor ni cukup pakejlah! Handsome! Smart! Baik! Mesra! Pergh! Memang terbaiklah! Nak ngorat boleh?
“Sis, how’s Farhan?”tanya Fara yang baru sahaja tiba. Arani mengalihkan pandangannya ke arah Fara.
“He’s fine, but...”ayat Fara tergantung apabila Doktor Asyraf mencelah.
“Ehemm.. Excuse me?”ujar Doktor Asyraf lalu berlalu.
“But what sis?”tanya Fara Aira.
“He lost a lot of blood, Fara. And, I think you know what it’s mean,” ujar Arani.
Fara terkedu. That’s mean yang dia akan mendermakan darah kepada abangnya itu. Abang yang selama ini lansung tidak rapat dengan dirinya. Al-maklumlah, sejak kecil lagi dia tinggal bersama ibu saudaranya di luar negara. Hanya kadang-kadang sahaja abangnya akan berjumpa dengannya.  Yang terakhir pun, 4 tahun lepas. Itu pun sebab mummy dan daddy ada.

“AWAK yang hantar pinangan ke rumah saya, kan?” tanya Nisrina kepada Daiyan.
            “Is there any problem about that?” tanya Daiyan sambil menjongketkan keningnya.
            “Awak boleh terima saya seadanya, ke? Saya ada banyak kekurangan,” ujar Nisrina.
            “Bukankah sepasang suami isteri itu diciptakan untuk melengkapkan kekurangan diri masing-masing? I accept you, the way you are,” ujar Daiyan.
            “No, you can’t understand me!”Tanpa sedar, Nisrina menguatkan suaranya.
            “Apa benda yang membuatkan awak mengatakan yang saya tidak memahami awak? lagipun, awak tak pernah beritahu apa-apa kepada saya,” ujar Daiyan.
            “I have nothing! Zero! Sifar!”
            “What do you mean?” berkerut dahi Daiyan mendengarnya. Apa benda yang perempuan ni cakap ni?
            “I..”
            “Nis, what are you doing here?”pertanyaan yang terbit dari seorang lelaki membuatkan Nisrina terkaku. Pandangannya dihalakan ke arah Aizriel.
            “Hai abang! Abang buat apa di sini?”
            “What are you doing here, Nisrina?” Aizriel menekankan tutur bicaranya.
            “Meet my future husband,”balas Nisrina perlahan.
            “Future husband? But, Nis..”
            “Please.. Let Nis and Ann handle this problem. You don’t have to worry about it, okay?” Daiyan mengerutkan keningnya. Masih tidak faham dengan gadis di hadapannya ini. Tingkah laku Aizriel juga membingungkan. Ah! What happen here?
            “Okay, but you need to explain this to me as soon as possible,” tekan Aizriel seraya berlalu. Nisrina melepaskan keluhannya. Lega!
            “Can you tell me what happen here?” Daiyan bersuara dengan nada yang tegas.
            “Okay, listen this story..Saya akan menilai awak dari segi jawapan awak untuk kisah. Jika awak memberi jawapan yang membanggakan, saya akan terima awak. Jika sebaliknya, saya akan tolak awak,” ujar Nisrina memberi kata putus. Daiyan termangu sendiri.
            “There was a girl, yang sangat naif dan lemah. Huluran kasih dari seorang lelaki yang baru dikenalinya itu diterimanya dengan senang hatinya. Pada suatu malam, gadis ini diajak keluar untuk makan malam. Then, lelaki itu meletakkan sesuatu minuman gadis itu yang boleh membuatkan gadis itu pengsan. The next day, girl tu bangun. Bila dia bangun baru dia sedar yang dia berada di suatu tempat yang sangat asing baginya. When she look at her own body, she reliezed that she was been raped, she reliezed that the man is a bastard!
            And, my question is.. Sanggupkah awak terima dia seadanya? Saya tak minta awak beri jawapan sekarang. Saya beri awak waktu tiga hari. Awak buat istikharah ye.. Hari sebelum pernikahan, kita jumpa di sini jam 3 petang. Okey?” tanya Nisrina. Daiyan hanya mengangguk.

“DAH sihat?” Ariana memandang ke arah Haikal yang baru turun dari tingkat atas. Haikal tersenyum tawar.
            “Okeylah sikit,” ujar Haikal lalu duduk di hadapan Ariana.
            “Tak pergi office?” tanya Haikal. Ariana mencebik. Geram dia dibuatnya.
            “Pergi tapi kena halau balik dengan daddy. Malang betul!” ujar Ariana geram.
            “Itulah. Tak pasal-pasal je. Siapa suruh pergi office waktu orang beri cuti?” Haikal tersenyum sinis.
            Mamat ni sah dah sembuh sepenuhnya ni! Mulut.. Sedap-sedap je mengutuk orang! Ingat orang ni apa?
            “Saja.. Buat apa nak duduk di rumah? Tolong tambah berat badan lagi adalah!”
            Gila ke apa? Cuti dua minggu tu! Boleh kata kalau aku duduk sahaja, gerenti gemuk aku! Lagipun, aku bukannya teringin sangat nak ber honeymoon dengan lelaki ini. Bikin sesak otak adalah! Nak cari hujah balas cakap mamat ni!
            “Aku nak keluar. Pergi hospital, lunchcari sendiri,” ujar Ariana lalu naik ke tingkat atas. Haikal mencebik.
            Apalah! Ada isteri macam tak ada je. Lunch dekat luar juga aku hari ini.
            Bunyi telefon bimbit Haikal menyedarkan dirinya daripada terus mengelamun.
            “Hello Daiyan..”

DOKTOR Asyraf melangkah keluar dari bilik Farhan Arsyad. Aira dan Fara meluru ke arah Doktor Asyraf.
            “Alhamdulillah, dia sudah melepasi tahap kritikal. Insya-ALLAH, dalam beberapa jam lagi dia akan sedar,” ucap Doktor Asyraf sambil tersenyum. Mereka memanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa.
            “Kami boleh melawat sekarang?” tanya Arani.
            “Ya, kalau begitu saya minta diri dahulu,” ujar Doktor Asyraf lalu berlalu pergi.
            “Fara, you go inside the room first. I want to call mummy,” ujar Arani lalu berlalu pergi. Fara teragak-agak untuk masuk ke dalam. Dia memulas tombol lalu melangkah masuk ke dalam.
            “Abang..” Fara bersuara perlahan. Dia mampu untuk bercakap dalam bahasa melayu tetapi dia agak lemah dalam bahasa itu. Ialah, kebanyakan kawan-kawannya bertutur dalam bahasa Inggeris. Itulah yang menyebabkannya kurang memahami bahasa melayu.
            Farhan membuka matanya perlahan. Wajah Fara menyapa pandangannya. Walaupun, sudah agak lama dia tidak memandang wajah itu. Namun, wajah itu sentiasa tersemat di hatinya. Fara Aira, adik kandungnya. Biarpun, jarang bertemu. Dia amat sayangkan adiknya itu. Cuma dia agak janggal dengan kehadiran Fara.
            “Abang! Thank God, you’ve been reliezed!” ujar Fara ceria. Farhan memberikan senyuman tawar kepada adiknya. Tidak menyangka yang adiknya sanggup terbang beribu batu untuk berjumpa dengannya.
            “Why Fara?” tanya Arani yang baru masuk. Fara memandang Arani dengan senyuman yang ceria.
            “Alhamdulillah! Farhan dah sedar!” ujar Fara. Kaku juga Arani di ketika itu. Fara boleh cakap melayu?
            “You can talk Malay?”

            “Taklah, pandai sangat. Tapi, bolehlah..”