Minggu, 29 Desember 2013

Novel : Peperangan Cinta : Bab 19


 Bab 19

“ASSALAMUALAIKUM!” ujar Ariana. Langkahnya dilajukan apabila melihat Arani yang sedang menangis.
            “What happens just now?” tanya Ariana sambil memandang tajam ke arah Azzalea.
            “Baru kau nak tanya apa jadi? Tadi, waktu aku suruh kau ke hospital tak terlintas pula di otak kau ye?” ujar Azzalea geram. Ariana tersengih sambil menggarukan kepalanya yang dilitupi tudung.
            “Farhan accident!” ujar Arani dalam tangisannya yang masih bersisa.
            “Farhan mana? Farhan Mukhriz ke Farhan Arsyad?” tanya Ariana selamba.
            “Woi! Bongok! Kalau Farhan Mukhriz dia takkan nangis macam ni! Buat perhabis air mata je!” ujar Azzalea geram. Sempat lagi budak ni main-main ye!
            “Air mata takkan habislah cik!”
            “Ergh! Wahai Puan Ariana Yusrina, boleh tak puan berhenti main-main!” ujar Azzalea geram.
            “Tak..”
            “Kau orang berdua boleh berhenti main-main tak? Aku  tak larat lah nak dengar kau orang berdua bergaduh! Nak bergaduh balik rumah,” ujar Arani lemah. Ariana memeluk bahu Arani.
            “Alah, sorrylah Ara. Jangan nangis dah! Nanti keluar air mata darah baru tahu!” ugut Ariana.
            “Eh, tadi kau cakap air mata tak boleh habis!” pangkas Azzalea.
            “Tapi, aku tak kata air mata tak boleh berdarah kan?” ujar Ariana semula. Arani tergelak kecil. Macam-macam perangai.
            “Yelah tu!” balas Azzalea pula.
            “Betullah!” ujar Ariana.
            Bunyi pintu yang terbuka menghentikan mereka daripada bergaduh. Seorang doktor keluar dari bilik pembedahan itu.
            “Siapa keluarga mangsa?” tanya doktor itu. Arani segera bangun.
            “Saya kakaknya,”
            “Alhamdulillah, keadaan dia sekarang tidak membimbangkan. Jadi, kami akan meletakkan dia di wad biasa sahaja,” ujar doktor yang bertag nama Asyraf sambil tersenyum.
            “Boleh saya jenguk adik saya sekarang?” tanya Arani.
            “Boleh, mari, saya tunjukkan biliknya,” kata doktor itu sambil berjalan mendahului semua. Mereka kemudiannya berjalan mengikuti langkah kaki doktor itu.
            “Ini biliknya, kalau tiada apa-apa lagi, saya minta diri dahulu,” ujar doktor Asyraf lalu berlalu pergi.
            Mereka semua memasuki wad VIP yang ditempah oleh Arani. Arani duduk di sisi Farhan, manakala yang lain duduk di sofa empuk di wad itu. Fuh! Wad ada sofa! Biasalah, wad VIP kan!
            Arani mengenggam erat tangan Farhan.
            “Chill lah Ara.. Dia okey je,” ujar Azzalea.
            “Aku tetap rasa bersalah. Argh! Tak tertanggung rasa bersalah aku ni!” ujar Arani.
            “Meskipun, dia tak apa-apa? Relaxlah! Aku kenal Farhan tahu! Dia kuat!” ujar Azzalea.
            “Farhan Mukhriz ke Farhan Arsyad?” tanya Ariana selamba. Azzalea menjeling tajam ke arah Ariana. Sengajalah tu! Nak cari gaduh!
            “Sudah-sudahlah bagi jelingan maut kau tu! Aku tak kisah pun,” ujar Ariana selamba.
            “Kau orang dah call Nis?” tanya Arani.
            “Dah. Dia orang pertama yang aku call,” ujar Azzalea.
            “Habis tu, kenapa tak sampai lagi?” tanya Ariana pula.
            “Woi! Sudah-sudahlah kau orang buat kita orang macam patung! Bersembang macam kita orang berdua ni tak wujud,” ujar Haikal. Ikram hanya tersenyum nipis.
            “Aku lagi seronok kalau kau orang tak wujud,” ujar Ariana selamba. Terbuntang mata Haikal mendengarnya.
            “Tak payah aku kahwin muda..” sambung Ariana.
            “Kena juga.. Mungkin dengan orang lain yang lebih menjengkelkan dari aku,” ujar Haikal.
            “Harap-harap tak lah, tapi kan doktor tadi kan handsome juga eh?” ujar Ariana sambil tersengih. Haikal mengetap bibirnya.
            “Woi! Dah jatuh cinta ke?” tanya Haikal dengan bunga-bunga cemburu.
            “Boleh juga, doktor itu pun tak menjengkelkan. Baik je,” ujar Ariana sengaja membangkitkan perasaan cemburu di hati Haikal.
            “Ikut suka hati kaulah!” ujar Haikal lalu berpeluk tubuh. Ikram tersenyum nipis. ‘Hey, encik Haikal. Tak akanlah cemburu pula?’

MATANYA terasa berat namun digagahi juga untuk membukanya. Wajah yang pertama sekali yang dipandangnya ialah Farhah Arani. Kakaknya sendiri. Persekitaran itu. Warna putih. Seperti di hospital. Tapi kenapa? Dia cuba mengingati semula detik itu. Detik di mana dia menyelamatkan Farhah Arani dari dilanggar lori dan akhirnya dia yang dilanggar.
            “Kak..” ujarnya perlahan. Arani tersedar apabila namanya dipanggil. Farhan cuba untuk tersenyum meskipun senyuman yang diberinya sungguh hambar.
            “Adik.. Adik okey kan? Kenapa Han selamatkan akak? Kenapa Han korbankan nyawa Han untuk akak? Han tak sepatutnya buat begitu,” ujar Arani.
            “Han sayangkan akak. Kak.. Kalau kakak sayangkan Han, kakak jangan beritahu mama, papa dan adik. Han tak nak mereka risau. Lagipun, I’m fine! Adik akak ni kuat,” ujar Farhan.
            “Fine! Tapi, akak nak Han janji yang Han akan sihat macam dulu balik. Suka kacau akak, suka usik akak. Okay?”tanya Arani.
            “Han janji akak,” ujar Farhan.
            “Pinky promise?” Arani menyuakan jari kelingkingnya. Farhan tersenyum kelat.
            “Promise,” jari mereka disatukan.
            “Hello! Sorry, I’m late!”ujar Nisrina ceria. Azzalea dan Ariana memandangnya pelik.
            “Kau happy sebab nak kahwin ke?” tanya Ariana. Keningnya berkerut. Bukan minah ni tak nak ke?
            “Hah? Mana ada!”
            “Then? Why are you looking so happy?” tanya Azzalea. Mereka memandangnya dengan pandangan yang penuh dengan syak wasangka.
            “Erk! Just.. Nothing!” ujar Nisrina perlahan. Aku nak happy pun kena marah? Naya lah aku kalau macam ni.
            “Pasal apa lambat?” tanya Arani.
            “Traffic jammed!” ujar Nisrina.
            “Can we trust you?” ujar Ariana pula.
            “Of course can!” balas Nisrina.
            “But.. Sebab apa aku boleh sampai lagi awal dari kau?” Ariana melontarkan soalannya. Nisrina tersengih lalu menggosok belakang tengkuknya.
            “Ops! Terkantoi!” ujar Nisrina.

            Mereka memandang sesama sendiri sebelum tertawa. Macam-macam hal!


p/s: Alhamdulillah, laptop lama Lia dah boleh buka! So, novel ini akan kembali dipublish! Sorry sebab dah lama tak update! In Sha Allah, nanti tiap kali Lia balik Lia akan publish novel ni! Sebab Ayiz pun dah masuk 17 tahun dah tahun depan, so dia dah malas nak kisah soal blog.. Kalau dia rajin, mungkin dia akan publish.. Kalau tak, alamatnya tunggu Lia baliklah! Bye! Happy New Year!